Friday, December 13, 2013

Berhala Haji dan Hajah?


Di Lumut, Perak kedapatan patung tokong ala cina yang biasa ada limau dipersembahkan tapi berupa Pak Haji dan Mak Hajah. Dipanggil tempatan sebagai Datok Keramat, Tok Salam, Haji Shamsuddin,
dll.

Adakah ini kerja tahyul mintak nombor ekor? Atau satu penghinaan terhadap Islam? Atau ada orang Melayu yag dah ikut adat cina sembah tok moyang?

Kalau dah ada cerita-cerita orang Melayu dimurtadkan ke Kristian, adakah cerita Melayu masuk ugama tok nenek cina ke?

4 comments:

  • Anonymous says:
    December 13, 2013 at 4:13:00 PM GMT+8

    Saya berpendapat bahawa orang Cina dalam kes ini tidaklah berniat menghina ISlam malahan sebenarnya memberi penghormatan - memberi penghormatan secara salah malangnya. Akan tetapi secara tidak sengaja dan kurang kefahaman kepada Islam dan berdasarkan adat dan kepercayaan meraka maka perbuatan ini boleh di anggap sesuatu yang mencemarkan Islam.

    Konsepnya macam ni:-

    1) Orang Cina "bertawassul" atau mengunakan perantara untuk mencapai Tuhan samaada yang telah hidup atau mati. 'Tuhan" itu tidaklah seperti mana yang jelas dalam Islam. Tuhan itu bermaksud kuasa yang "lebih Besar dan Tinggi" dari manusia hatta lebih tinggi dari dewa-dewi pun. Tuhan itu sesuatu yang tidak dapat di capai oleh manusia melainkan mereka yang telah mencapai tahap tertinggi - "Tahap dewa" atau yang paling hampir dengan konsep Islam ialah mereka yang telah terbuka "Hijab"nya dari segi hakikat alam semesta dan ketuhanan - seperti para wali, Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Perlu di sebutkan bahawa dewa-dewi, Buddha atau Maharaja Jade itu bukan Tuhan akan tetapi mereka-mereka yang telah mencapai tahap tertinggi. Contohnya General Kwan Kung atau Guan Yu (dewa yang pegang tombak pedang yang panjang tu) asalnya manusia biasa berpangkat general perang tetapi sebab beliau begitu handal berhemah beradat dan honourable man maka orang Cina percaya beliau telah mencapai tahap tertinggi maka layak untuk manusia bertawassul atas Kwan Kung ini.

    2) Maka orang Cina percaya bahawa mereka-mereka ini mampu memberi syafaat, mengadu hal, merayu dan meminta bagi pihak manusia untuk apa-apa pemintaan kepada "Kuasa Besar"/Tuhan tadi. Permintaan dari sekecil-kecil hingga sebesar besar macam nak lulus periksa atau nak nombor ekor atau nak berjaya dalam perniagaan hatta nak minta bini mengandung pun.

    3) Perlu disebut orang cina tidak sembah/worship/ solat kepada berhala-hala ini. Mereka hanya "Pray" iaitu bermakna meminta atau untuk orang Islam perkataannya berdoa atau meminta hajat. Pray bukan bermaksud solat. Pray maksudnya meminta atau berdoa. Zohor prayer ialah satu dwi perkataan yang salah konsep. Yang tepat ialah Zohor sallah atau Solat Zohor.

    3) Sebagai tukaran atas usaha dewa-dewi atau keramat-keramat ini membawa permintaan mereka kepada Kuasa Besar/Tuhan maka itu yang ada berjamu tu. Limau rokok kalau yang brutal tu minta darah anjing hitam la etc.

    4) Berbalik kepada berhala Melayu ini saya berpendapat Haji Shamsuddin wujud karekternya dahulu kala (cuma namanya mungkin lain maklumlah sudah berzaman atau sebab bahasa pertuturan yang berubah-rubah dan di sampaikan dari generasi ke genearsi melalui mulut ke mulut secara tradisi penceritaaan oral.) Beliau ini masa hidupnya mungkin seorang lslam yang alim dan warak baik hati etc. Mungkin juga mempunyai beberapa koramah atau mendapat maunah dari Allah swt dalam beberapa hal. Maka kisah peribadi mulia di tambah dengan karomah/maunah tadi ini diperceritakan pada masyarakat termasuklah kaum Cina. Maka kaum Cina berpendapat beliau telah mencapai tahap tertinggi maka layaklah masyrakat Cina mengangakt beliau sebagai satu tempat untuk bertawassul dan di bina berhalanya.

    Untuk penambahan fakta Laksamna Cheng Ho (Zheng He) ialah beragama Islam tetapi orang Cina mengangkatnya juga untuk bertawassul di sebabkan beliau tersangat handal orangnya. Kuil atau berhala beliau ada di Jawa dan di Cina. Kalau tidak silap saya di Penang pun ada satu tetapi saya kurang pasti.

    Akhirnya konsep ini juga di amalkan oleh orang Hindu - contohnya patung Kellie ada di sebuah kuil berhampiran Kellie's Castle di Batu Gajah Perak. Juga di amalkan oleh penganut Kristian Katholik yang bertawassul kepada Saint-Saint mereka. Yang paling malangnya juga di amalkan oleh orang ISlam yang bertawassul dan mendapat hajat di kubur-kubur keramat . Pada zaman 70 an dahulu bersepah-sepah seperti di Pulau Besar Melaka (Keramat Tok panjang kalau tak silap saya) atau keramat Habih Nuh di Singapura.

    Sekian terima kasih. Di harapkan kita semua jangan cepat melatah.

  • Labu8455 says:
    December 13, 2013 at 4:17:00 PM GMT+8

    Jenis Cina berfahaman Taois yang bercambah diMalaysia ini mereka akan menyembah apa saja yang dipercayai membawa tuah atau "luck" Hinggakan sekiranya buntut khinzir dapat mengeluarkan emas pun akan mereke jadikan berhala untuk disembah.

  • kampong lad says:
    December 13, 2013 at 8:52:00 PM GMT+8

    benda ni DAH LAMA DAH. depa ni ada nama masing2 spt datok kuning, datok hijau, datok itam siap dipakai ketayap, songkok & selendang lagi.

  • Aidil says:
    December 13, 2013 at 9:25:00 PM GMT+8

    MasyaAllah. patung mcmni pun ada ke? Hmmm - blog -

fda

Link2Me WeLinkBk (254)