Friday, September 6, 2013

Zam saksi sendiri Mei 13, saran tonton Tanda Putera



Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September)  maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya  Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.


Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.


Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu?kenaapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?( Baca buku
Memoirs of Lee Kuan Yew)


Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada  di kawasan  rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor  di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. 


Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.
Pak Melan  diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya  tetapi beliaulah yang  menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan  supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah  kena!orang kita dah kena!


Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra  dalam pekara ini adalah benar dan tepat.


Saya berlari ke luar  dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kejadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan  mayat bergelimpangan. Orang orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya   Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.


Sebelumnya  saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori  melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat  dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung"


Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar. Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur, sama ada sebagai penjaja di pasar, peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti-universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.


Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.


Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13  adalah  peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan " Ini kalilah."


Populasi Melayu akan bertambah, profesional  Melayu akan semakin ramai. Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahan BN dan  Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.


Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.


Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak  mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya.


Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia  menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum  yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting  tidak kehilangan akal, malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni,makmur dan  aman damai.


Tun Razak memberitahu  doctornya :"Saya mahu sedikit masa lagi." tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.

Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.


Zainudin Maidin - Mantan Menteri Penerangan Malaysia

10 comments:

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 3:35:00 PM GMT+8

    Filem ini memang terbaik untuk menonton setiap hari tetapi sayangnya ada kerja.

  • moya says:
    September 6, 2013 at 5:05:00 PM GMT+8

    Thank you Zam, you read my mind! Tapi, ramai orang2 "pandai" melayu marah dengan UMNO terus nak bakar kelambu. Yang pemimpin UMNO pula tak ambil peduli.
    Pemimpin seolah-olah mengmbil pendekatan " LANTAKLAH". Maklum sajalah, tempat mereka mencari pengaruh adalah di Kampung dan tepi-tepi bandar besar. Ini tidah elok untuk survival jangka panjang UMNO. Saya sendiri, terlalu saying akan UMNO kerana UMNO inilah yang menyatukan bangsa.
    13 Mei 1969 membuka banyak lembaran buat UMNO dan orang Melayu. Selepas 13 Mei 1969, terpancar luas minda pemimpin UMNO untuk membuat program untuk peningkatan umat Melayu. UDA diberi mandate untuk membuat property di Bandar untuk orang Melayu. Tetapi, orang Melayu kampong yang ada kuasa, membuka PEREMBA pula, dan akhirnya, UDA terkoyong-koyong tk ada Tanah yang strategic di Bandar. MARA di utuhkan. Banyak penyalahgunaan kuasa di MARA, tapi, MARA banyak membawa kejayaan kepada Melayu, terutama dalam pelajaran.
    Yang paling saya ingat Si Bahlul Tolol Tamrin Ghafar, apabila menjadi Pengerusi MARA membeli beribu Golf Membership dari Kelab Rahman Putra. Rasa nak pecahkan kepala Si Bodoh ini.
    Rancangan2 FELDA, RISDA, FELCRA, semuanya diperluaskan dan diberi keutamaan. Begitu juga MADA, KEDA dsbnya. Universiti Kebangsaan Malaysia diberi mandate untuk mendidik anak2 Melayu dan sekarang semuanya bekerja dan at par dengan graduan-graduan lain, walhal, keputusan STP merek masa itu adalah ditahap minimum.

    Sepatutnya, selepas PRU 13, UMNO mengmbil pendekatan yang sama, yang sesuai dengan masa sekarang, untuk kesinambungan survival Melayu. Ini tidak, seolah-olah UMNO telah buta. Buta dengan perancangan membangunkan ummah. UMNO tak tahu apa yang patut dilakukan untuk melihat bangsa Melayu akan hidup setara dengan bangsa lain di Negara sendiri.
    Tak perlu berlaku 13 Mei lagi untuk merancang semula masyarakat di Malaysia ini.
    PRU 13 telah melahirkan keputusan dan senario yang sama dengan PRU sebelum 13 Mei 1969 . Melayu dan cina berpisah NYATA. Cuba kaji semula, apa perasaan cina dengan keputusan drastic kerajaan di 1970 merangsang FELDA, RISDA, FELCRA, MADA,MARA dsb ? Mereka marah bukan?
    Yang tidak marah cuma yang dapat kontrak melaksana projek-projek tersebut, tetapi yang dapat sub-kontrak pun marah juga.
    Sekarang pilihlah program yang paling sesuai, kerana, kalau cina marah macam mana sekali pun, kalau meraka marah sampai menghantuk kepala mereka ke dinding sampai pecah sekali pun, UNDI mereka tidak akan melebihi UNDI PRU 13. Biaq Pi Merekalah.

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 6:21:00 PM GMT+8

    kENAPA 3 JUTA UMNO TAK TONTON, KESIAN sUHAIMI BABA

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 6:57:00 PM GMT+8

    Orang omno nunggu tayangan free maklumle orang subsidi

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 7:46:00 PM GMT+8

    Terima kasih for your insights TS . Saya lahir selepas 13 Mei. Hanya cara ini saya rasa terbaik untuk menyelami faham sentimen dan suasana ketika itu

    SANDY

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 7:54:00 PM GMT+8

    Alhamdullillah. ....ada juga yang celik sejarah

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 8:40:00 AM GMT+8

    Ada lagi orang yang tak dapat terima hakikat dari sejarah yang dah berlaku. Panas punggung lim kit sial anak beranak.

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 1:48:00 PM GMT+8

    Malangnya selepas 13 may dan di perkenalkan DEB orang Melayu umno menjadi semakin malas untuk berusaha

    Seolah olah pada mereka ini lah lesen besar untuk mereka bersenang lenang ala pak kaduk si luncai lebai malang dan mat jenin.

    Pasti Tun Razak dan Tun Ismail kecewa dengan sikap orang Melayu hari ini terutama umno serta mentaliti para pemimpinnya hari ini.

    Semangat Melayu dahulu sudah pudar.. Apa yg ada hari ini cuma nafsu

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 2:06:00 PM GMT+8

    Dah tanya Kj dgn bebudak tingkat 4 dia...nazri dgn anak dia... Kabinet Najib yg Melayu... Pemandu dan penasihat najib... Hisham tote..

    Depa dah tonton ke .... Bayar sendiri la.

    Buat apa kutuk dap... Dah tentu tak tengok depa dari awal lagi dah kacau...

  • Anonymous says:
    September 8, 2013 at 12:58:00 AM GMT+8

    Yang paling saya bangga dan bersyukur ialah, Allah telah mentakdirkan orang-orang yang berfikiran jauh, bersemangat waja dan benar-benar ikhlas sayang kepada negara yang masih "kanak-kanak" ketika itu, sebagai pemimpin Tanah Melayu.

    Mereka TERFIKIR untuk ujudkan FELDA untuk bagi tanah dan harta kepada rakyat yg paling miskin.

    Cuba lihat negara2 yg lebih dulu merdeka drp kita... Pakistan, India, Indonesia dan Ghana (sbg contoh)... mereka merdeka melalui revolusi ttp mereka tiada pemimpin yg hanya fikirkan negara dan kebajikan rakyat di waktu mereka capai kemerdekaan.

    Di saat wanita di negara lain terpaksa berjuang utk dapatkan peluang mengundi dan menuntut ilmu, di Malaya, pemimpin2 kita menubuhkan sekolah2 dan universiti dan membenarkan lelaki dan WANITA untuk belajar setinggi yg mampu.

    Pemimpin2 ketika dulu TELAH NAMPAK bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan sesebuah negara.

    Saya berdoa semoga pemimpin hari ini agar TIDAK MENSIA-SIAKAN perjuangan pemimpin terdahulu.

    Bagi saya, pemimpin negara harus datang dari kampung... dari keluarga susah... yang faham dan tahu erti perjuangan hidup.

    Khairi yg membesar di luar negara... Najib..Hishamuddin anak keluarga bangsawan... mereka tidak akan faham.

    Tun Razak terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu utk ke sekolah... najib tak mungkin pernah berjalan kaki ke sekolah walau 100 meter sekali pun.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)