Tuesday, September 3, 2013

Terima hakikat, belajar berjimat dan kurangkan subsidi



Ramai juga yang berkongsi tips menjimatkan minyak yang mengarut. Kali ini MyMassa berkongsi tips yang telah terbukti dapat menjimatkan minyak kenderaan anda. Tips ini tidak memerlukan anda ubah cara hidup (kurangkan pergi jalan, duduk rumah sahaja).

Tips ini juga tidak memerlukan anda menukar kenderaan anda (dari memandu kereta kepada menunggang motosikal). Tipis ini turut tidak memerlukan tambahan gajet penjimat minyak atau apa-apa bahan tambahan kepada petrol. Tips ini hanya memerlukan anda kembali kepada perkara asas iaitu PATUHI UNDANG-UNDANG.

Undang-undang apa yang perlu anda patuhi untuk jimat minyak? 

Sudah pastinya undang-undang jalan raya. Dengan memandu mengikut had laju yang ditetapkan oleh Kerajaan, anda mampu menjimatkan minyak.

Mungkin ada pembaca yang kata, dah beli kereta berenjin 2.0l, takkan nak bawak 80km/j je kot. Buat jalan cantik-cantik, takkan tak boleh nak memecut?

Persoalannya, perasan tak pembaca bila kita memandu di jalan persekutuan, jalan negeri atau jalan perbandaran, kita sering menekan brek. Besar kemungkinan kerana pemandu di hadapan kita mahu menukar lorong.

Bila kita tekan brek, maka kita akan tekan pedal minyak selepas itu untuk kembali ke kelajuan asal. Jadi semasa kita 'terlebih' tekan minyak untuk capai kelajuan melebihi had laju yang ditetapkan dalam masa yang singkat, maka lebih banyak minyak digunakan dari yang sepatutnya.

MyMassa juga perasan banyak juga kereta yang berenjin kecil seperti Viva yang memandu di lorong paling laju. Dengan memandu melebihi keupayaan kereta, maka lebih banyak minyak digunakan dari yang sepatutnya. Kalau nak pandau laju, pakailah kenderaan yang lebih besar kapasiti enjinnya.

Tips ini mudah. Cuma MyMassa yakin tidak ramai pemandu di Malaysia (termasuk diri sendiri) mampu mengikutinya. Selain daripada menjimatkan minyak, tips supaya memandu mengikut had laju yang ditetapkan juga mampu mengelakkan diri anda di saman PDRM atau pun AES.

Di sini juga MyMassa mahu kongsikan, Petua Jimat Minyak dari SHELL.

Berikut petua penjimatan petrol disyorkan Shell untuk pemandu:

1.Tukar ke gear tinggi dengan lebih cepat

2.Elakkan memecut secara mengejut

3.Elakkan membrek mengejut

4.Pastikan angin tayar mencukupi

5.Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak

6.Elakkan membawa muatan berlebihan

7.Matikan enjin apabila kenderaan tidak bergerak

8.Gunakan penyaman udara secara berhemat

9.Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis

10. Elak memandu terlalu laju

11.Tukar minyak pelincir mengikut jadual

12. Gunakan minyak pelincir bermutu tinggi seperti Shell Helix.
Ada 16 tips lula di blog SINI

5 comments:

  • Anonymous says:
    September 3, 2013 at 6:33:00 PM GMT+8

    Kepale hotak kau!!!!

  • Anonymous says:
    September 3, 2013 at 8:00:00 PM GMT+8

    hakikat yang harus diterima seadanya ialah tanpa kenaikan harga petrol sekali pun harga barangan tetap boleh menjulang ke langit.

    contoh terdekat ialah harga ayam ikan, bawang, sayur-sayuran, kos tayar kenderaan, kos perabut dsbnya tetap menjulang naik meskipun pada waktu itu harga petrol tidak berubah.

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 12:30:00 AM GMT+8

    Hakikatnya adalah inflasi dengan US$ di negara Amerika Syarikat. Nantilah bila mereka mula perang di negara Syria.

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 10:52:00 AM GMT+8

    kali ni terpaksa kata tak setuju pada kenaikan harga minyak.sebab domino efek...contoh mudah harga barang naik sbb kos peningkatan pengangkutan naik akibat harga minyak naik.nampak kat situ?mmg dh berjimat mana yg boleh tapi kalo keadaan berterusan cemana?solution perkenal ron 92?jahanam la enjin kete aku!

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 9:37:00 AM GMT+8

    sblm melaksanakn sesuatu kputusan, kjaan atau agen2nya patut menyalurkn info dan fakta secukupnya kepada pro2 kjaan. jd pro2 kjaan tidaklah terkial2 mncari fakta kuat utk menepis serang.spatutya info juga perlu disalurkn utk mmbalas srangn dlm masa yg sama.
    skrg isu myk naik scara tiba2.
    next mgkn gst,aes, dll. sudah cukupkn fakta mmbalas yg kjaan berikn?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)