Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Thursday, September 5, 2013

Sabotaj ahli politik dan media Cina terhadap Tanda Putera gagal






Tak henti-henti Tanda Putera dihina, dikutuk dan diperlecehkan oleh media-media perdana dan alternatif. 

Malay Mail siarkan gambar orang kelar poster Tanda Putera
Semua nak cari salah sampai katanya kurang keterampilan orang India dalam filem tu. Eh karater Kara tu bukan ke orang India Punjabi. Inspektor Kulasingam yang terbunuh itu bukan ke India?

Buat cerita masaalah prop yang mana filem Hollywood pun kadangkala tak boleh elak masaalah prop. Filem Pearl Harbour guna kapalperang tahun 2000. Baca CTS SINI


Dah tak dapat kesan tuduhan rasis setelah kaum Cina yang lihat kata ianya tak ada apa-apa, mereka pula timbulkan isu jualan rendah. Alahai ... filem lain ada sampai tak sampai 10 orang satu panggung. 



The Star angle kan gambar supaya nampak kosong. Macam kita tak tahu.... Baca Helen Ang SINI, SINI, dan SINI tentang sabotaj media Cina. Rasanya Helen pasti sudah tonton dan yakin ianya tak ada apa-apa dan seimbang.

Berikut kenyataan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang masih gigih dengan filem karyanya;


Prestasi tayangan filem TANDA PUTERA pada hujung minggu lalu agak di luar jangkaan. Beberapa Tweet dan komen di media sosial melaporkan fenomena penonton –penonton di beberapa pawagam memberikan ‘standing ovation’ atau tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon utama filem ini.

Ini adalah maklumbalas yang amat dialu-alukan dan berlainan dengan laporan oleh media tertentu, lengkap dengan gambar menunjukkan panggung  yang hanya mempunyai 30 orang penonton  waktu tayangan tengah hari di sebuah pawagam di Pulau Pinang, pada hari kerja.

Kami kurang pasti mengapa ini di gembar gemburkan memandangkan kekurangan penonton pada hari kerja adalah sesuatu yang biasa walaupun bagi filem blockbuster Hollywood.  Membaca berita ini, seorang kawan menceritakan bagaimana dia dan suami pernah menonton filem James Bond, “Skyfall” di hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja dalam panggung di Kompleks beli-belah yang terletak di Kelana Jaya itu! Manakala seorang lagi membawa anak perempuan dan rakan-rakannya menonton filem terbaru, "One Direction- This is us" di Kompleks beli-belah di Bandar Utama pada Isnin lalu dan mendapati hanya 9 orang dalam panggung itu! Mengapa tiada gembar gembur atau sebarang laporan tentang panggung yang hampir kosong ini? Apakah motif di sebalik laporan teruk atas filem Tanda Putera?

Dan paling memualkan, terdapat individu tidak bertanggungjawab yang telah mencuri foto stil daripada Facebook Tanda Putera dan mendakwa apa yang terdapat dalam foto stil itu adalah kesilapan teknikal yang ketara dalam filem ini. Ini suatu pembohongan besar yang tidak ada dalam filem.  Paling mengecewakan, fitnah ini turut dimasukkan, tanpa selidik, oleh sebuah stesen TV swasta dalam buletin beritanya yang antara lain menyatakan harapan “ia memberi suatu pengajaran kepada pembikin filem supaya tidak mengulangi kesilapan teknikal sebegitu pada masa depan”.  Kami akan membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Multimedia dan akan mendapatkan pandangan peguam tentang tindakan seterusnya.

Namun, walaupun menerima hentaman dan sindiran oleh beberapa pihak termasuk beberapa Pemimpin Politik, yang cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem ini dan pengarahnya,  kami  sangat bersyukur kutipan filem TANDA PUTERA boleh dikatakan baik, terutama bagi sebuah filem bergenre sejarah.

Kepada pembenci filem ini yang melabelkan nya filem UMNO, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli UMNO seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan. Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit !

Mereka sepatutnya memohon maaf kerana fitnah yang melampau tapi kami tidaklah berharap sangat. Yang lebih penting dan kami hargai adalah sokong kuat yang kami terima. Permintaan bagi **tayangan khas oleh syarikat/orang persendirian di lokasi pilihan mereka serta tempahan secara berkumpulan yang kian meningkat dijangka berkesan menambah jumlah kutipan.

Kami amat berterima kasih dan menghargai semua pihak, terutama sekali rakan Facebook Tanda Putera serta penonton yang telah menzahirkan sokongan mereka kepada filem ini, malah telah turut menonton filem ini lebih dari sekali bersama kaum keluarga. Kepada mereka yang masih belum menonton, kami harap dapat meluangkan masa menonton Tanda Putera sebelum berakhir tayangannya di pawagam kelak.


DP Shuhaimi Baba
Penerbit/ Pengarah Tanda Putera/ Pesona Pictures Sdn Bhd
3 September 2013

** Bagi tempahan tayangan khas di lokasi pilihan, sila hubungi  talian 03-7728 2427.

7 comments:

  • Joe Black says:
    September 5, 2013 at 9:57:00 AM GMT+8

    Saperti Filem Filem yang lain, Filem Tanda Putra apabila sudah habis masa tayangannya akan menjadi sejarah. Yang pasti ia tak dapat balik modal dan akan mencatat kerugian lebih kurang 3+ juta ringgit.

    Seperti sejarah, pengarah patut belajar dari apa yang berlaku dan ubah corak beliau mempamerkan filem filem beliau (kalau dia tak pandai belajar dari sejarah (learn from history) macam mana nak buat filem sejarah? Stick to entertainment sebab mereka yang pergi ke pawagam kesana untuk dihibur.

    Filem Negara Malaysia mampu mempamerkan sejarah Malaysia dan selama ini berjaya berbuat demikian dengan tidak punya kecoh.

  • Anonymous says:
    September 5, 2013 at 10:24:00 AM GMT+8

    Kemungkinan, Red Bean Army aka Syaitan Mata Komunis telah mempengaruhi terutamanya minority orang melayu, majority orang Cina dan India untuk jangan tonton Tanda Putera. Malahan, GSC tak tayangkan filem di pawagam lain hanya di Pavilion, 1 Utama dan Mid Valley.

  • Anonymous says:
    September 5, 2013 at 1:07:00 PM GMT+8

    3 juta ahli UMNO patut tonton, kenapa tak tonton ah?

  • Anonymous says:
    September 5, 2013 at 4:50:00 PM GMT+8

    Orang Malaysia mana suka tengok cerita sejarah/fakta. Lain la cerita hantu, rempit, gangster.

  • Anonymous says:
    September 5, 2013 at 5:20:00 PM GMT+8

    bukan tak nak tengok, tarikh tayangan lepas raya ni, orang kebanyakkannya busy lagi pulak duit byk dah habis beraya

  • Anonymous says:
    September 5, 2013 at 8:00:00 PM GMT+8

    nak tgk tp di mbo subang parade tak ada langsung di tayangkan!!!

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 11:20:00 AM GMT+8

    Dah tgk pada weekend minggu lepas di mesramall terengganu. Hanya 4 org dlm panggung. Sungguh mengecewakan!! Anak2 muda kita lebih gemar tgk criter x masuk akal n picisan. Dan ketika nyayian negaraku ade seorg yg langsung x berdiri. Ape nk jadi dgn org melayu ni!! Entahlah sy difahamkan mesramall dekat dgn perumahan org petronas. Katanya org petronas ramai yg x sokong kerajaan. Tu yg boikot ape saje berkaitan dgn umno.

    Dr segi filem tu sendiri, bagi saya mmg x dinafikan garapan jalan ceritanya ade kelonggaran dan kelompangan tetapi bagi saya ianya masih satu filem yg menarik dan usaha utk membikin filem tersebut saya puji dan sgt bertrima kasih. Ayah sy merupakan org yg hidup dizaman 13 mei di kuala lumpur telah menceritakan semuanya sama seperti di dalam filem tanda putera.

    Syabas kepada semua yg terlibat dgn pembikinan tanda putera. Jgn gentar dan jgn serik utk buat filem2 sebegini lagi. Hidup Islam!! HIDUP MELAYU!!!

fda

Link2Me WeLinkBk (254)