Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Monday, September 16, 2013

Perjanjian 18 dan 20 point tidak wujud

Batu Sumpah di Keningau hanya sebut 3 perkara utama

Setiap kali hari Malaysia, akan ada pihak dan mereka ini tidak henti-henti kata ada perjanjian yang dinamakan 20 point agreement antara Malaysia dengan Sabah dan 18 point dengan Sarawak. Langsung dikatakan kerajaan pusat dituduh melanggar perjanjian yang tidak wujud itu:


Tapi suara yang sama mereka kata Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia tapi Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura (tapi disingkirkan kemudian) bersama-sama membentuk Malaysia. Jika sama-sama membentuk Malaysia, tak masuk akal ada perjanjian antara Sabah/Sarawak dengan Malaysia.

Pemahaman salah ini digunakan Anwar Ibrahim untuk umumkan Pengisytiharan Kucing sebelum PRU13. Bekas Speaker DUN Sabah Dato Salleh Said Keruak pernah menyangkal kewujudan 20 point agreement pada Jun 2012.

Jawapan kepada pembohongan ini telah dijawab oleh The Unspinners pada 10/4/2012 dan kami ulang kembali: 



Sering kali untuk menaikkan semangat tempatan di Sabah Sarawak, pihak pembangkang menimbulkan isu 18 atau 20 point agreement untuk Sarawak dan Sabah.

Kononnya kerajaan pusat sudah engkari perjanjian yang dimetrai ketika gabungan Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya menjadi Malaysia.

Mula-mula mereka akan timbulkan isu Sabah dan Sarawak sudah merdeka dan mereka tidak masuk  Malaysia untuk merdeka tapi bergabung untuk masuk Malaysia.

Diketepikan realiti politik ketika itu bahawa British tidak mahu memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak melainkan jika bergabung dengan Malaya.

Indonesia dan Filipina ada menuntut kedua-dua negari itu dan akhirnya mereka lebih selesa untuk ikut bersama Malaya. Indonesia dikuasai dari dalam komunis dan Filipina tidak memberi harapan prospek yang baik.

Namun begitu Sabah dan Sarawak mengadakan referendum. Ada terima dan ada tentang tetapi akhirnya majoriti yang bukan secara simple menentukan mahu ikut Malaysia. referendum bukan dijalankan oleh Malaya tetapi pihak antarabangsa.

Selepas itu juga diadakan perbincangan melibatkan semua pihak yang mana Sarawak meminta 18 permintaan dan Sabah ada 20 permintaan, dan selepas itu baru dipersetujui dan dimetrai dalam satu perjaniian.

Parlimen Malaysia pun meluluskan satu Akta yang dipanggil Akta Malaysia. Apabila Singapura dibuang dari Malaysia, satu Akta diluluskan oleh Parlimen untuk tujuan itu.

Setelah 49 atau 55 tahun Merdeka, kenapa pula kita masih perlu ada perbezaan antara malaysia Timor dan Malaya?

Ikutkan kita mahu tetapkan Hari Malaysia pada Hari Merdeka juga tetapi Filipina membuat komplen di Bangsa2 Bersatu dan terpaksa tertunda selama 13 hari perisytiharan

6 comments:

  • Sirap Limau says:
    September 16, 2013 at 12:33:00 PM GMT+8

    macam tak sesuai je hari malaysia nak disamakan dgn hari merdeka... apa2 pun berbalik pada pucuk pimpinan..

  • Anonymous says:
    September 16, 2013 at 2:29:00 PM GMT+8

    Masih ramai yang jahil tentang sejarah bagaimana Sabah dan Sarawak sertai Federation Of Malaysia. Tambah teruk bila ada individu putarbelitkan fatka untuk dapatkan sokongan politik. Puak-puak jahanam ini ambil fakta yang mereka nak putar belit saja tapi dan ceritakan sepenuhnya.

  • Anonymous says:
    September 16, 2013 at 4:22:00 PM GMT+8

    16hb sept hari penuh brsejarah utk MSia, namun bakal diingati sebagai hari auta temberang si nuar brahem nk jd PM MSia, tambah lg trkini pemimpin komunis puaka mati pulak jatuh pd tarikh ni....

  • Anonymous says:
    September 16, 2013 at 10:02:00 PM GMT+8

    Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Berkuasa, berkat doa mukminin di Tanah Air Malaysia ini. Bapak Komunis pun tercabut nyawanya pada tarikh keramat, tarikh tertubuhnya Malaysia dengan aman tanpa pertumpahan darah. Yang masih sesat dalam terangnya Limpah Kurnia Allah yang Maha Besar ialah orang PAS dan Melayu PKR yang masih bermimpi basah bersama Imam mereka Anwar Al Juburi. Insaflah wahai saudara2 ku dalam PAS Juga PKR.

    Bangku Besi Kaki 5.

  • Anonymous says:
    September 19, 2013 at 4:36:00 PM GMT+8

    1. Penulis cuma berhujah bukan berfakta.
    2. Sarawak dan sabah lebih awal merdeka dari Tanah Melayu.
    3. Pungutan suara bukan menyeluruh, tetapi cuma beberapa ribu dari penduduk asal. 1/3 sokong,1/3 tolak dan 1/3 dari beberapa ribu iku berkecuali. Malahan rusuhan berlaku untuk menentang pembentukkan Malaysia. Tetapi,pemimpin malaya memujuk dan berjanji supaya kedudukan negara sabah dan sarawak akan terpelihara.
    4. Sekarang, mana ada lagi kebajikan negara sabah dan sarawak terpelihara? Bukankah Malaysia gabungan 3 buah negara dan sabah dan sarawak diturun taraf jadi negeri yg sama taraf ngn negeri kat tanah melayu. Bahkan hasil bumi borneo dirampas dan tidak dibahagi sama rata.
    5. Tanah melayu telah lama menjajah tanah sabah dan sarawak. Hasil bumi dikaut untuk memajukan tanah melayu.
    5. Melayu takut ketuanan mereka hilang,sebab itu singapura ditendang keluar. Sebab itu pati diberi ic di sabah.semua ini adalah cara mereka memperbanyakkan melayu dan sokongan.
    6.70-an, di sbh org melayu cima 6% dan kini meningkat ribuan orang. Melayu yg dimelayukan oleh Tun M, menguasai negeri sanah n meminggirkan penduduk asal.
    7. Sejarah tidak pernah menipu. Tetapi org yg menipu sejarah. Biarpun buku teks meracuni rakyat sabah swk yg malaysia mempunyai 13 negeri..tetapi hakikatnya sabah dan sarawak bukan negeri tetapi negara yg bergabung untuk menentang ancaman komunis dan memberi kemerdekaan tanah melayu, bukan nak merdeka sebab borneo awal sudah merdeka.

  • Anonymous says:
    October 3, 2013 at 6:00:00 PM GMT+8

    to read more regards to the treaty http://treaties.un.org/doc/Publication/UNTS/Volume%20750/v750.pdf

fda

Link2Me WeLinkBk (254)