Thursday, September 5, 2013

Pemikiran PAS begitu cacamarba


Bukan ke PAS dah kata pada DAP tak mahu hukum hudud dan pemimpin PAS menganggap akidah syiah sebagai sesat?

Lain pula dikata dalam perbhasan DUN Kedah. Ini satu laporan minggu lalu yang kami keluarkan balik:


ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, penolakan keputusan itu juga tidak ada kaitan sama ada penyokong PR terlibat dalam fahaman itu.


Fasal 17

“Kami menolak kerana Rang Undang-undang ini bertentangan di beberapa fasal dengan Syariah yang sebenar. Contohnya pada fasal ke 17 yang menyentuh berkenaan dengan meminum minuman memabukkan.

“Disebut di sini, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Padahal, dalam undang-undang Islam, orang yang minum arak perlu disebat. Sekurang-kurangnya, sebutlah perkataan sebat,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam.

Fasal 21

Menurutnya, fasal ke 21 yang berkaitan persetubuhan luar nikah (zina) juga bertentangan dengan Syariah yang sebenar apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Dalam undang-undang Islam yang sebenar ialah disebat atau bagi yang sudah berkahwin berdasarkan hadis ialah direjam, itu hukuman yang sebenar.

Fasal 37

“Kemudian pada fasal ke 37 yang menyentuh berkenaan Qazaf. Hukuman yang disebut ialah didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ayat ALLAH menyebut, sekiranya tidak boleh mengemukakan empat orang saksi, maka si pelaku ini hendaklah disebat 80 kali sebatan. Ini hukuman Syariah yang sebenar,” katanya.

Beliau yang juga Adun Alor mengkudu turut menegaskan bahawa percanggahan itu menyebabkan semua Adun PR terpaksa menolak Rang Undang-undang tersebut yang jelas bertentangan dengan hukum Syariah.

“Macam mana kami nak terima. Dalam hal ini, kami tidak bersedia sekiranya selepas undang-undang ini dilaksanakan kerana diluluskan oleh Adun, dan pada satu ketika orang yang didakwa mohon supaya digunakan hukum Syariah yang sebenar, maka Adun-Adun yang akan bertanggungjawab.

“Kalau kami mati pun, kamilah yang kena tanggung hukuman yang tidak betul kepada semua,” katanya.

Fasal 7 & 8

Tambahnya, fasal 7 dan 8 berkenaan mempersendakan ayat-ayat al-Quran dan menyebabkan Islam dipandang hina juga perlu disemak semula.

“Tidakkah dengan memasukkan fasal 17, 21 dan 37 dalam enakmen ini menyebabkan Islam dan al-Quran dipersenda kerana tidak buat yang sebenar. Memang Exco Agama, Mohd Rawi Hamid menyatakan bahawa Syiah ini kita perlu hadapi bersama kerana ia satu kesalahan dan kesilapan.

“Tetapi, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang dinyatakan tidak dapat lari dari angka tiga, lima dan enam yang cukup bertentangan dengan apa yang kita sebut berdasarkan hukum syarak dan Syariah yang sebenar,” katanya.

Tiada perkataan Syiah

Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.

“Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini,” katanya.

Retorik saja. Cubalah fokus pasal penggubalan. Hmmm ... padanlah pentadbiran PAS di Kedah dan Kelantan teruk sekali


Hadi ada kata di atas. Tapi sayangnya mereka tahu berkata tapi tak muhasabah diri.

3 comments:

  • Alim Kucing says:
    September 5, 2013 at 9:19:00 PM GMT+8

    Di Kelantan, negeri Serambi Mekah sudah terlaksanakah hukum Hudud? Jangan sekadar gah dengan nama gelaran sahaja.

  • Anonymous says:
    September 5, 2013 at 10:12:00 PM GMT+8

    Helah berputar, putar berhelah !

  • maae says:
    September 5, 2013 at 11:07:00 PM GMT+8

    PAS sekarang bukan seperti zaman permulaan. Jika dulu ada teras perjuangan, tapi sekarang hanya menepek di sisi dap dan boleh di kuis pkr bila-bila sahaja perlu. Jika dap gatal badan, pkr akan segera nyahkan pas. Apabila di nyah, terhegeh-hegeh semula minta di tempel semula...

    PAS sekarang tiada pendirian. Kita tahu ramai professional dalam pas, mereka jadi kumpulan jumud dan ilmu di dada bukan untuk kebaikan. Saya ramai kenalan seperti ini. Malang nya tiada nilai dari segi pembangunan Ummah dan Negara. Satu kerugian besar. Malah majoriti mereka kakitangan kerajaan atau makan pencen kerajaan. Segelintir yang berniaga sendiri, menjadi ahli PAS.

    Kalangan mereka ramai tokoh-tokoh yang di kenali ramai.

    Jika mula nya mengakui, kemudian menafikan, tidak pula bercakap benar lantas menuduh Umno Melayu sebagai perosak, jaga-jaga lah sebahagian mereka yang nyata tergolongan munafik seperti ini.... maka fahaman Syiah amat berbahaya kepada Islam yang Benar - Sunnah Wal Jamaah.

    Di kalangan Umno juga kedapatan. Mereka hanya menganiaya diri sendiri dan kawan terdekat. Mereka juga golongan munafik yang sama.

    Maaf unspinners, panjang komen pula. Moral nya, penat dengan dosa, muhasabah balik pangkal jalan dan bertaubat nasuha. Kemudian buat kebaikan maksima ikut kemampuan masing-masing demi "jalan pulang".

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)