Friday, September 13, 2013

Pelbagai spin kisah bendera Sang Saka

Apa punya perjuangan boleh tukar-tukar???

Saka bermaksud semangat tapi juga istilah untuk hantu. Nampaknya beriya-iya budak-budak mahasiswa yang lahir lepas tahun 1990 nak ngajar orang ramai tentang sejarah bendera kita yang wujud sejak tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu tahun 1949, hampir atau lebih 40 tahun sebelum mereka lahir.

Ini bermakna mereka nak memandai mengajar kami yang lebih tua satu sejarah yang sudah termaktub  hampir atau lebih 60 tahun. Yang nak mengajar kita adalah Adam Adli dan generasi yang buta sejarah.

Yang nak mengajar kita adalah hishamuddin rais yang hidup tak lekang dari ganja, pelangkong Universiti Malaya dan sebahagian besar dalam buangan kerana penakut cabut lari.

Tuan Guru mereka pula orang tua jalanan yang hidup mundar mandir dari satu stesyen Putra ke stesyen Putra antara rumah dua isterinya. Pada umur 80 tahun dan habis hidup berkhayalan dengan sajak dan puisi, bilakah dia pelajari ilmu-ilmu yang lebih bertahap realiti?

Kononnya ada blog SINI cuba menjelaskan bendera-bendera yang ada di Nusantara:


Budak-budak belajar sejarah dari buku nak ajar ... hehehe tergelak kak cah.

Pernahkah wujud secara rasmid an diperakui bendera-bendera Sang Saka Malaya dan Bendera Rakyat yang kedua-duanya budak-budak mahasiswa GPA rendah kata adalah bendera Sang Saka Malaya. 

Bendera Sang Saka Malaya hanya wujud dalam imaginasi kumpulan tertentu yang minda mereka adalah minda terjajah. 





Pening kami, blog budak SINI kata ini bendera Sang Saka Malaya dan bukan Bendera Rakyat. Kononnya wujud kerana ada penerbitan lama. Penerbitan apa ini? Keluaran bila?

Menurut portal penerangan SINI, sejarah bendera Malaysia adalah berikut:


Merdeka, Merdeka, Merdeka ! - Tepat jam 12.00 malam 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga.


Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.


Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

bender_un
Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan United Nation


Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.


Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:


"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."


Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.


Sejarah Bendera Malaysia


Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.


Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.


Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.


Cecerita sejarah bendera-bendera yang diunjurkan dengan jelas dan terang.

Kalau bendera itu bendera rakyat mengikut cadangan PUTERA-AMCJA, itu tak ada kedaulatan dan hanya angan-angan. 

Kalau bendera itu hanya bendera Sang Saka Malaya, siapa yang nakkan bendera itu bila seluruh rakyat tak menyokong golongan kiri dan sokong UMNO dan sekutu Perikatan ketika menentang Malayan Union dan ekoran dari itu mendapatkan kemerdekaan.

Dalam Harakah SINI, Pak Samad Ismail kata:

"Bagi saya, bendera Sang Saka itu kita harus luhur, kita harus hormati, kita harus jiwai bahawa itu adalah tanda bahawasanya satu ketika dalam sejarah, ada wira yang berjuang untuk kemerdekaan dan bendera itu adalah panjinya.

"Kita tidak boleh menghina panji itu hanya kerana ada Jalur Gemilang. Jalur Gemilang harus hormati Sang Saka sebab Sang Saka yang berjuang melahirkan Jalur Gemilang," ujarnya bagi mengulas kewujudan bendera Sang Saka yang dinafikan kewujudannya.

Pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, Pak Samad sedang membaca puisi di Dataran Merdeka sambil beberapa orang aktivis mengibarkan bendera Sang Saka, sebelum seorang lelaki tiba-tiba bertindak merampas Sang Saka.

Mengimbau sejarah kemerdekaan negara, lelaki 81 tahun itu berkata, rakyat harus sedar pejuang-pejuang seperti Rashid Maidin, Abdullah Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Al-Helmy bersungguh-sungguh mahu memerdekakan tanah air dari jajahan British.

"Kita harus hormat orang-orang itu. Mereka telah memberikan nyawanya. Kita harus hormat kerana merekalah mempercepatkan kemerdekaan tanah air," katanya.

Nama-nama yang disebut ada menyumbang tapi pemikiran mereka tak diterima. 

Betul mereka menentang British dan mahu bebas dari penjajah, tapi mereka bekerjasama dan mahu kita dijajah Jepun, komunis, Indonesia dan lain-lain. 

PKMM pula berjumpa Gabenor Edward gent dan nyatakan sokongan pada Malayan Union dan ini adalah tindakan tikam belakang setelah bersama dalam pembentukan UMNO tapi tikam bnelakang kerana tak dapat kuasai UMNO. 

Dah nyanyuk dah pak Samad. sejarah zaman dia pun dia tak faham ....

7 comments:

  • Anonymous says:
    September 13, 2013 at 4:01:00 PM GMT+8

    jangan dilayan si jenglot tua dan jenglot muda tu. sorg mggunapakai nama samad..sorg lagi mengguna pakai nama hisamudin.
    si jenglot tua sejak isu royalti buku dbp..mogok..tak abis2. ni la bila kepala tersirat sosialis. marahkan institusi raja.

    jenglot!

  • Anonymous says:
    September 13, 2013 at 5:13:00 PM GMT+8

    agaknya bendera poland pula diambil dari semangat anti-Indonesia kot sebab benderanya terbalik dari bendera indonesia sendiri...

  • Anonymous says:
    September 13, 2013 at 5:18:00 PM GMT+8

    Ubun-ubun lembik lagi, hingus meleleh lagi nak ajar orang tua.

  • Anonymous says:
    September 13, 2013 at 5:47:00 PM GMT+8

    Hantu Komunis dah balik. Memang besar masalah yang dibuat oleh PSM DAP PKR PAS.

  • Anonymous says:
    September 13, 2013 at 8:45:00 PM GMT+8

    Kasihan Pak Samad, Minda tua dia sedang gelojoh untuk menjiwai watak muda, pada hal waktu buat beliau pantas berlalu. Bawa Taubatlah wahai Pak Samad sebelum ajal mu tiba kerana khuatir ajal tiba buatmu di kala kamu leka dengan kesesatan dunia. Angkara fitnah dan nafsu songsang manusia munafik yang bernama Anwar Al Berahi.

    Daeng sedeli.

  • Sengatan Ikan Sepat says:
    September 15, 2013 at 7:07:00 PM GMT+8

    salam tuan, minta tlg link kn blog sy. blog tuan telah pn sy linkkn di blog sy.

    salam brotherhood

  • Sengatan Ikan Sepat says:
    September 15, 2013 at 7:07:00 PM GMT+8

    salam tuan, minta tlg link kn blog sy. blog tuan telah pn sy linkkn di blog sy.

    salam brotherhood

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)