Thursday, September 12, 2013

Peguam DAP dan PKR diperlu untuk lepaskan sindiket dadah terbesar



Sindiket dadah terbesar tumpas
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa terbesar tahun ini yang didalangi warga tempatan selepas menangkap lima individu dan merampas dadah bernilai RM50 juta dalam dua serbuan di Cheras dan Bandar Sungai Long, Kajang dekat sini malam tadi.

Dalam dua operasi yang dijalankan serentak pada pukul 8.45 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu, polis menyerbu dua buah rumah dan berjaya menangkap empat lelaki dan seorang wanita yang merupakan ahli sindiket tersebut.

Pengarahnya, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan di kedua-dua rumah yang dijadikan stor penyimpanan dan pembungkusan dadah itu, polis menemukan pelbagai jenis iaitu 209.96 kilogram (kg) syabu, 40.47kg heroin dan 26.85kg ekstasi yang dibungkus di dalam bungkusan teh Cina.

"Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah wang tunai berjumlah RM51,229, AS$300 dan 450 bath dan menyita sembilan buah kenderaan mewah antaranya Mercedes-Benz yang telah dibina ruang khas di dalamnya untuk menyembunyikan dadah ketika menjalankan perniagaan haram mereka selain dua buah komputer riba dan barang kemas.


Baca sepenuhnya di http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130911/je_01/Sindiket-dadah-terbesar-tumpas#ixzz2edZTuOi5

WANTED

Peguam DAP, PKR dan PAS untuk lepaskan pengedar dadah. Imbuhannya pasti hebat dibayar drug warlord.

Boleh sumbang untuk dana kempen PRU 14 Pakatan Rakyat 

3 comments:

  • hangkedee says:
    September 12, 2013 at 7:27:00 PM GMT+8

    Syabas PDRM.

  • Anonymous says:
    September 13, 2013 at 1:43:00 AM GMT+8

    Memang tak guna PSM DAP PKR PAS. Jika mereka berkuasa di kerajaan pusat pihak polis tak dapat selesaikan kes mereka. Malahan, kongsi gelap dan sindiket dadah akan lari dari hukuman berat yang diberikan oleh hakim dimahkamah.

  • Anonymous says:
    September 13, 2013 at 10:44:00 AM GMT+8

    Kenapa bile bergambar dgn hasil rampasan, ada sesetengah pegawai pakai glove, ade yg kes yg xpakai?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)