Greetings

Wednesday, September 18, 2013

PAS dah "tolol serasi" dengan PKR dan DAP


Setelah selesai Multaqa Ulama PAS di Kota Sarang Semut baru-baru ini, banyak sungguh cakap-cakap yang timbul mengenai resolusi program tersebut khususnya kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, yang mahu partinya mengkaji semula “tahaluf siyasi” dengan PKR dan DAP.

Kenyataan itu menimbulkan spekulasi yang memungkinkan PAS keluar dari Pakatan Haram dan program yang menghimpunkan lebih 1,000 ulama PAS itu jelas bersemangat apabila majoriti mereka yang hadir mahu PAS kembalikan kepimpinan parti itu pada golongan ulama.

Persoalannya, mengapa perlu dikaji semula “tahaluf siyasi” dengan PKR dan DAP? Sejak berpeluk dengan dua parti tersebut, apakah pakatan pembangkang itu membawa kemudaratan pada PAS? PAS baru nak sedar tentang perkara itu?

Sebenarnya sudah berkali-kali PAS diberitahu bahawa “tahaluf siyasi”nya dengan PKR dan DAP membawa kerugian besar pada parti itu. Dasar PAS langsung tidak dipandang sahabat “syaitan”nya, malah dasar perjuangan utamanya selamba dicantas.

Kalau diteliti kandungan intipati buku “jinggay” karangan Anwar dan DAP, kita dengan jelas boleh melihat bagaimana dasar PAS dinafikan. Malah beberapa dasar kecil PAS hanya dinyatakan secara liberal dan umum di dalam “kitab suci” Pakatan Haram itu.

Mungkin risau hilang undi golongan bukan Islam, PAS hanya mampu menganggukkan kepala.  Mungkin ada PAS, biarlah mereka hilang perjuangan dan tercemar maruah Islam asalkan mereka dapat kerusi di Parlimen dan DUN?

Antara “tahaluf siyasi” PAS yang terhebat ialah mengenai kalimah “Allah”, perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Kalimah “Allah” telah digadaikan dan PAS hanya buat “U-turn” ketika PRU ke-13 begitu hampir diadakan. Nampak sangat tidak ikhlas!

“Negara Islam” berkubur lebih awal. Nik Aziz cuba menjustifakasikan kononnya Negera Islam terkandung di dalam Negara Kebajikan yang diwar-warkan Pakatan Haram. Pelik! Setahu saya, “kebajikan” itu yang terkandung di dalam Islam dan bukan sebaliknya!

Bukankah Islam itu syumul dan segala-gala di dunia ini semuanya terkandung di dalamnya, termasuk “kebajikan”. Tapi mungkin Nik Aziz “terlebih ulama”, maka dia letakkan Islam di dalam kebajikan! Entah dari Tok Guru mana dia belajar, saya kurang pasti…

Hukum Hudud? Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin sendiri menegaskan bahawa dia akan membuat laporan polis terhadap sesiapa yang mengatakan PAS mahu melaksanakan hukum hudud. Katanya, PAS sejak dari awal penubuhannya “tidak pernah memperjuangkan hudud” di dalam perlembagaannya!

Itulah “harga” yang perlu dibayar PAS bila bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Harun Taib tahu dan sedar hakikat itu. Namun apakan daya, Mustapha Ali lebih besar kuasa dan pengaruhnya sehingga mampu memansuhkan kenyataan Dewan Ulama PAS.

 Saya yakin, walaupun semua golongan ulama di dalam PAS mahu parti itu keluar dari Pakatan Haram, PAS takkan berbuat demikian. PAS mungkin akan terus kekal bersama PKR dan DAP.

Sepenuhnya di MyKMU SINI

5 comments:

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 9:01:00 AM GMT+8

    Dimanakah terletaknya kekuatan PAS kini?

    Di kepiah putihnya kah?

    atau di jubah putih leretnya kah?

    Jawapannya; di spender putih stopa

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 9:10:00 AM GMT+8

    Saudara Unspinners

    Mohon siarkan posting saya yang mana telah saya hantar ke Blog Ridhuan Tee sebelumnya .. mudahan2 menyedar mereka orang PAS yang telah disesatkan oleh para ulamak PAS yang gila kuasa.

    TAHALUS SIAO-SI

    (Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee

    Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........

    Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.

    Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...

    " Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "

    Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :

    MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.

    Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.

    Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.

    Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.

    Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).

    Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.

    Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).

    Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.

    Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.

    Ana Muslimah



  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 10:14:00 AM GMT+8

    ternyata komen di atas sesungguhnya terlalu bernas untuk melayu Islam kita bermuhasabah diri..terpanggil dgn komen di atas begitu terang dan jelas perpecahan melayu kini tidak boleh diselindungi lagi..

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 11:11:00 AM GMT+8

    Nampaknya, pemimpin2 melayu(tak kira parti) semua sibuk nak jaga hati cina dan kafir.
    Takde siapa yang nak jaga Melayu. Habis lah Melayu ni.

    Semua negeri (BN & Pakatan) declare buat project nak tolong Melayu, tapi semua pemimpin Melayu sapu dulu.

    Melayu semua sibuk nak jadi pak arab, jadi liberal, jadi bapok & pengkit, nak jadi kaki auta, kaki penipu, kaki botol & seks dan macam2. Duit sedekah pun kena sapu jugak...

    Melayu memang dah nak sampai ke akhir zamannya. Bersedialah melayu2untuk jadi macam bangla, indon dan myanmmar kat bumi melayu nanti. Semua malas, pemimpin pentingkan diri sendiri dan anaknya.

    Saya ucapkan syabas kepada pemimpin2 Melayu atas usaha untuk melenyapkan melayu.

    Good luck melayu...

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 9:30:00 PM GMT+8

    nik ajis malu mengaku melayu tapi idup mahukan diri diberi kemudahan melayu bumiputera.

    tahyul sia-sia menate2 ni.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)