Tuesday, September 3, 2013

Najib umum Polisi Ekonomi Baru Bumiputera pada Sept 14


Orang-orang Melayu bakal mendapat berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara ini.
 
Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera. 

Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini. 

Pengumuman ini sekali gus menjawab semua kritikan yang menuduh kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada agenda bumiputera. Ternyata kerajaan tidak pernah meminggirkan bumiputera, tetapi terus komited untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum. 

Komitmen Perdana Menteri ini mampu memberi harapan baru kepada orang-orang Melayu yang meragui kepimpinan berikutan perkembangan politik semasa yang banyak mengguris hati dan tidak memihak kepada orang-orang Melayu. 

Penghinaan terhadap agama Islam dan juga kes-kes jenayah yang menjadi-jadi akibat tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta EO dan ISA telah membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai mengkhianati sokongan mereka selama ini. 

Malah, orang-orang Melayu turut mengaitkan kebiadapan kaum lain menghina Islam dan Melayu sebagai berpunca dari sikap kerajaan yang sanggup memaafkan Namewee suatu ketika dahulu. Hari ini, sudah dua tiga video dibuat oleh Namewee untuk menghina Melayu, tidak termasuk filem The New Village yang menyanjung komunis. 

Semua ini membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai lemah kerana terlalu tunduk kepada kaum lain dan juga pembangkang. 

Bertitik-tolak dari itu, orang-orang Melayu mempersoal dasar keterbukaan kerajaan dalam mengendalikan GLC dan hal-hal lain yang berkaitan Melayu. 

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini membuktikan bahawa segala keraguan orang-orang Melayu adalah tidak berasas. Hakikatnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan orang-orang Melayu dalam apa jua segi dan tindakan kita mengundi BN dalam PRU yang lalu adalah tepat.


Pemuda Selempng Merah

19 comments:

  • Anonymous says:
    September 3, 2013 at 9:25:00 PM GMT+8

    sudah sampai masanya kerajaan membantu usahawan2 bumiputera yang menghadapi saingan sengit.Ketidakupayaan bersaing dengan syarikat2 yang besar termasuk glc dan dari bangsa lain,menyebabkan usahawan2 ini semakin lama semakin malap.Sepatutnya kerajaan membentuk satu kerangka yang besar seperti 'konsortium2 iks/pks' dan koperasi2 melayu untuk mengwujudkan ekonomi baru.Syarikat2 ini tidak seharusnya dibelenggukan dengan polisi2 yang kadangkala amat membebankan usahawan2 melayu.Jadi,diwaktu kini kita boleh lihat,orang2 makan gaji lebih mewah daripada orang2 berniaga.

  • Anonymous says:
    September 3, 2013 at 11:07:00 PM GMT+8

    Very low expectations ....

    Gula-gula untuk PAU 2013....

  • Anonymous says:
    September 3, 2013 at 11:10:00 PM GMT+8

    Bro... tak payah nak mengampu lebih-lebih.

    Cakap memang seronok dengar... resultnya belum tentu lagi. Silap-silap yang untung cinabeng jugak. Tengok le nanti.

  • Anonymous says:
    September 3, 2013 at 11:15:00 PM GMT+8

    Jika Benar kerajaan Najib ingin membantu kaum bumiputra, ini ada beberapa cadangan;

    1.membantu kaum bumiputra berdikari dalam bidang perniagaan

    2.membantu membuka kilang pembuatan, bengkel kenderaan dan sebagainya

    3.membantu kaum bumiputra dalam bidang `marketing'

    4.memperbesarkan ekonomi bumiputra kepada 60%

    5.memperkasakan persatuan2 bumiputra

    6.membantu dan memasarkan produk hiliran bumiptra

    7.Bantuan secara langsung kerajaan najib bidang pertanian dan perikanan

    Dan bukan nya,

    1.mengumumkan peruntukan itu dan ini - dah tak boleh pakai lagi dah

    2.projek MRT adalah gagal - apabila diumumkan berbillion ringgint peruntukan kepada bumiputra - bidang hiliran yang mendapat faedah adalah kaum cina kerana mereka membekal bahan mentah - kita ubah! kenapa tidak kaum bumiputra pula yang membekal bahan mentah untuk bidang pembinaan?

    3.bidang kewangan yang dikuasai kaum cina yang semua maklum akan mengutamakan kaum mereka




  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 12:19:00 AM GMT+8

    NASI DAH JADI BUBUR
    NYAH KAU AH JIB GORBLOK
    NYAH KAU ROSMAH PENDIK

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 1:22:00 AM GMT+8

    Ah jib ngok,

    Kalau masih mahukan sokongan dan dokongan org Melayu, sila resuffle atau replace penasihat yg tidak bukan bumiputera dan tidak menguntungkan org Melayu. Mereka beryindak ibarat kaduk naik junjung atau lebih sudu dari kuah.

    Ah jib ngok,

    BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT. PRU14 akan bakal menjelma. Jangan biarkan UMNO\BN jadi bahan sejarah di MUZIUM NEGARA.

    Jgn terlalu bagi muka dan tempat kpd kaum yg tidak mewakili org Melayu merencana dan merampas hak2 org Melayu. Mereka sanggup bermuka2 di depan PM demi menggaburi mata. Ada agenda besar yg mereka cuba realisasikan. Cuba lihat komen2 dari org Melayu dan NGO yg berada di sekeliling....

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 3:26:00 AM GMT+8

    harap ds najib tidak hanya melepaskan batuk ditangga menjelang perhimpunan agong umno..hahaha

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 7:26:00 AM GMT+8

    Dey..sudah sampai masanya kerajaan membantu usahawan2 bumiputera yang menghadapi saingan sengit'

    Dah 56 merdeka same silly old story' membantu". Adakah Kerajaan Najib dan sezaman dengan nya benar benar MENBANTU atau BUMIPUTRA itu sendiri yang Tak Mahu Di bantu atau sememangnya malas, nak express kaya je atau dont where to seek for help? Najib please anwser.

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 7:55:00 AM GMT+8

    Semua orang dah tahu dah..... Kalau project Kerajaan tak Kira bidang pembinaan perusahaan pertanian dll ka....yang lobby project ke pejabat Kerajaan tu orang melayu, di belakang melayu yang membiayai project tu cina Dan support bahan2 mentah pong cina Dan cina juga lah yang undi DAP & mengkeldai kan pas & pkr. Sedih tengok pas & pkr nie........takde Maruah.......Ingat melayu semua. ....dikeliling anda cina Dan kebanyakan Kaum India tu depa semua sokong & undi DAP! Pas & Pkr jangan nak berangan ! Kenapa korang taknak bergabung Dengan umno?

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 8:39:00 AM GMT+8

    saya selalu tertanya apakah benar deb masih belum benar tercapai.Atau ia hanya umpan bagi terus mendapat sokongan melayu untuk umno.Apakah orang melayu mesti terus disogokkan dengan pencapaian 19% sahaja dalam ekonomi.Sedangkan kita punyai kekuatan yang lebih kalau kita benar jujur dengan bangsa sendiri.

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 8:43:00 AM GMT+8

    sampai bila kita masih terus bercakap tentang nasib melayu.Sedangkan amanah telah diberikan kepada orang yang dipilih.Jangan kita lupa bahawa sekiranya kita jujur dengan perjuangan bangsa kita boleh Berjaya.Kalau pemimpin masih lupa dan terus mementingkan diri sendiri janganlah kita harap bangsa akan terbela.

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 11:05:00 AM GMT+8

    Najib jaga kepentingan melayu? Gelak besar aku. Last last cina lahanat jugak yg dapat untung.

  • Pasquale says:
    September 4, 2013 at 11:36:00 AM GMT+8

    6I just hope Najib will announce something new about enhancing MARA's performance. Anything new with Mara as a Malay economic vehicle will make the Malay more proud and for him to get more solid support form the Malays, the backbone of UMNO strength, Inshallah!

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 3:18:00 PM GMT+8

    Sebenarnya semua orang Melayu sepatutnya belajar bagaimana nak menjadikan business yang berjaya dari orang Cina dahulu dan gunakan peluang Polisi Ekonomi Baru Bumiputera untuk menjayakan business mereka.

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 3:26:00 PM GMT+8

    Setuju dengan

    Anonymous says:
    September 4, 2013 at 1:22:00 AM GMT+8

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 4:15:00 PM GMT+8

    Tak yah nak temberang lagilah Najib......nanti dikelirukan oranh melayu dengan macam macan akronim dalam program tu... last last xinabeng jugak yg dapek sumo...

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 5:00:00 PM GMT+8

    Najib nak tolong bumiputera kene hentam, tak tolong pun kene hentam, apakah kalau orang lain boleh buat lebih baik dari Najib?

    Kerajaan yang diterajui Umno memang sentiasa komited membantu memperbaiki ekonomi orang2 Melayu.

    Malangnya, ramai orang Melayu itu sendiri yang bengap, hampeh, tak bersyukur, lupa diri dsbnya.

    Ada orang Melayu bila dah dibantu pergi sokong pembangkang.

    Ada orang Melayu bila dah dibantu jadi tamak, meng alibabakan projek, benci bila orang lain pula dapat projek dsbnya.

    Bukan sahaja projek MRT, mana2 projek yang melibatkan kontraktor pembangunan kelas A, B C atau sbgnya memang bergantung penuh pada pembekal cina.

    Kenapa orang2 Melayu tak bersatu untuk jadi pembekal bahan mentah untuk industri pembinaan? kenapa orang2 Melayu tak bersatu untuk jadi pembekal binatang ternakan?

    Sebab majoriti Melayu hampeh, cakap besar tapi habuk pun tarak. ptuiii

    - aptb

  • Anonymous says:
    September 4, 2013 at 7:08:00 PM GMT+8

    Bantu bumiputera untuk match setiap peniagaan cinabeng supaya org melayu tak terpaksa beli barang kat cinabeng.

  • baharudin says:
    September 4, 2013 at 8:08:00 PM GMT+8

    Mengapa orang cina berjaya berniaga..sebab dia pandai ambil peluang...berani ambil risiiko... orang Melayu kita... semua nak senang...lepas tu bising, salahkan orang.. maki orang

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)