Greetings

Tuesday, September 10, 2013

Laung kepimpinan ulamak, Khalid Samad lebih akur pada gereja



MP Shah Alam Khalid Samad terang-terang melanggari keputusan Majlis Surah Ulamak PAS yang bermesyuarat pada 13/1/2013.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yng bersidang pada tarikh tersebut telah membuat ketetapan bahawa menterjemahkan perkataan God atau Lord dari mana-mana kita agama bukan Islam kepada perkataan Allah kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Namun begitu, Khalid dalam forum 'Adakah Allah Eksklusif Kepada Islam - Undang-Undang, Iman & Politik' anjuran Mysuara.Net mempertikaikan, disebalik larangan adalah lebih baik mendidik dan memupuk kefahaman tentang pengertian Allah kepada orang-orang Islam, lapor TMI.

Pastinya, pendirian Khalid ini adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Ulamak yang ditandatangani oleh 2 Tuan Guru utama PAS, TG Nik Aziz dan Dato' Dr Harun Din seperti di bawah.


Mungkin Khalid menganggap dirinya lebih hebat berbanding 2 tokoh utama Majlis Syura Ulamak PAS tersebut, hinggga sanggup meletakkan dirinya tidak terikat dengan keputusan syura tersebut.

Akar Umbi

1 comments:

  • akulah69 says:
    September 11, 2013 at 12:09:00 AM GMT+8

    Sebuah sekolah di bandar kuantan akan ditutup setelah pm najib setuju serah tanah sekolah itu kepada gereja... Khalid Samad nampak keberaniannya walau pada kita perkara itu nmpak salah. Namun tindakan menutup sekolah untuk serah tanah kpd gereja, krn pilihanraya...adakah tanda keberanian atau kelemahan???

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)