Sunday, September 29, 2013

Kriteria pemilihan GAP



Blogger GAP menyeru kepada hampir 148 ribu pemilih yang bakal menentukan pemimpin umno kelak supaya gunakan sepenuhnya AKAL yang ALLAH SWT kurniakan untuk memilih pemimpin menurut beberapa kriteria yang dicadangkannya, seperti berikut:
 .
1) Calun mementingkan urusan dan maruah agama islam.

2) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan islam.

3) Mementingkan urusan dan kepentingan melayu bumiputra.

4) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan bangsa melayu bumiputra.

5) Keputusan dan pendirian politik hendaklah berlandaskan kepada 2 perkara sahaja. YES OR NO. Usah berdalih-dalih dan tak buat keputusan.

6) Pemimpin yang dipilih hendaklah tiada mengalami masalah takut, ragu-ragu dan tiada banyak mengamalkan keputusan BISEXSUAL DECISION. biseksual decision itu dimengertikan sebagai pemimpin yang takde pendirian dan takut hilang undi. tiada jati diri dan keyakinan diri. pemimpin kriteria ini WAJIB ditolak.

7) Pemimpin ini wajar mengutamakan hak dan dasar kepada kepelbagaian kelompok Melayu dalam Malaysia. Melayu bukan sekadar dalam Felda, Felcra dan Kakitangan Kerajaan sahaja. Sebaliknya kelompok Melayu terbanyak sebenarnya berada di kawasan pinggiran dan bandaran yang pada saat ini sedang bertarung hebat dalam sosio ekonomi dan sosialnya.

8) Pemimpin yang ada palitan dan skandal perlu DITOLAK demi memudahkan umno menelusuri kempen pru 14 nanti. baik ianya datang dari wanita, pemuda,puteri dan MT.

Baca seterusnya di SINI

3 comments:

  • Anonymous says:
    September 29, 2013 at 2:57:00 PM GMT+8

    Kena Tanya Dewan Bahasa tentang kesahihan Definisi Baru "Biseksual"

    Adakah patut unsur sex digunakan sebagai contoh untuk menonjol perangai "Flip Flop" yang sering di praktikkan olih Pak Lah dan Najib. Kalau macam tu adakah mereka bolih dianggap Biseksual?

  • kluangman says:
    September 29, 2013 at 3:18:00 PM GMT+8

    Perwakilan memang nak pilih macam tu tapi ada ke ciri2 tersebut pada wajah2 Naib Presiden UMNO? calon Ketua Pemuda? Calon Ketua Wanita? Calon MT? Tanya je..jangan marah.

  • Anonymous says:
    September 29, 2013 at 3:45:00 PM GMT+8

    Beza Umno dengan Pas.

    Bila orang besar Pas sakit, orang2 besar dari Umno berduyun2 datang menziarah dan bertanya khabar. Ada pula tu sanggup menawarkan segala bantuan yang diperlukan. Itu lah budaya orang Umno yang di tuduh KAFIR.

    Bila orang besar Pas mati, orang2 besar dari Umno berduyun2 datang mengunjung sebagai penghormatan terakhir. Malah sanggup sama2 bersembahyang jenazah dengan ahli2 Pas. Malah sanggup mengiringi jenazah bersama2 dengan ahli Pas sampai ke kuburan. Itu lah budaya orang Umno yang di tuduh KAFIR.

    Adakah orang2 besar dari Pas boleh dan mampu melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh orang2 besar dari Umno .... ???????

    Kesimpulannya BEGITU LAH ALLAH JADIKAN PERBEZAAN DIANTARA ORANG UMNO YANG " KAFIR " DENGAN ORANG PAS YANG " ISLAM ". Mudahan2 memberikan keinsafan kepada kita yang sedang dalam perjalanan menemui Allah sebagai mana yang telah dilalui oleh Ustaz Azizan.

    Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Ustaz Azizan dan menempatkan roh beliau di dalam syurga bersama2 dengan orang2 yang beriman kepada Nya. Amin....

    Ana Muslimah

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)