Sunday, September 15, 2013

Kerajaan masih berkemahuan politik untuk agenda Bumiputera



Pemerkasaan ekonomi kemahuan politik kerajaan

SHAH ALAM 14 Sept. - Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bagi melonjakkan kekayaan, pemilikan ekuiti serta memperkasakan modal insan bumiputera sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu kemahuan politik yang tinggi dari kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima teras utama yang digariskan termasuk empat lagi pengumuman tambahan juga memperlihatkan sikap tidak apologetik kerajaan dalam memastikan matlamat memperkasa bumiputera tercapai.

"Saya tengok bukan sahaja telus serta tidak apologetik tetapi mempunyai satu kemahuan politik yang tinggi apatah lagi dipantau sendiri Perdana Menteri dan Kabinet," katanya selepas majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Mengenai langkah Najib mempengerusikan sendiri Majlis Ekonomi Bumiputera yang baharu dibentuk sambil dibantu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi, Hishammuddin menyifatkan keputusan itu dapat mengelakkan berlakunya ketirisan.

"Langkah ini supaya tidak berlaku ketirisan dan pembaziran kerana jika keadaan itu berlaku, ia tidak membawa apa-apa makna kepada usaha kita hari ini. Malah saya sendiri mempunyai keyakinan yang tinggi apabila Perdana Menteri mempengerusikan sendiri majlis ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula berkata, pengumuman beberapa langkah penting bagi memperkasakan ekonomi bumiputera itu memang telah sekian lama dinantikan dan yakin usaha murni tersebut akan mencapai kejayaan.

Menurutnya, apa yang menarik, langkah memperkasakan orang Melayu dan bumiputera agar mampu bersaing dengan kuam lain bukan sahaja melalui penyediaan bantuan kewangan tetapi apa yang lebih penting wujudnya pelan pembangunan modal insan komprehensif.

"Ini merupakan langkah yang kita sangat alu-alukan. Saya yakin langkah ini akan melonjakkan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja dalam bidang keusahawanan tetapi merangkumi aspek pendidikan. Ini penting agar matlamat ditetapkan tercapai," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 15, 2013 at 2:40:00 PM GMT+8

    Cina Lim Guan Eng memang bengang bila tengok youtube ini. Karpal lagi meracau bila youtube ini tersebar! Anwar terus geram bila tak de chance lagi !

    http://www.youtube.com/watch?v=PEvB_1gRIhE

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)