Wednesday, September 11, 2013

Hanyadengan baju Melayu, songkok, dan selendeng, Perosak Islam kaburi mata Melayu PAS dan PKR

Bangga betul PAS Tranung Online jaja Tian CHua pakai baju Melayu tapi ....

.... Tian CHua mengetuai usaha nak hapuskan Islam sebagai ugama rasmi dan amalan songsang dari segi ISlam dan ugama-ugama lain mahu dibenarkan. Rupanya PAS suka dibenarkan amalan yang lari dari Islam dan naluri  manusia serta menjatuhkan moral

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO).  Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.


 Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland.  Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi.   Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah.  Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.


Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti ‘berkuasa’ menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung.  Pendek kata, semua manusia ‘normal’ di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.


Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan.   Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI.  COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.


COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai ‘hak peribadi’ (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.


Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam.  Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.


Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini?  Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.


Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling ‘keras’ melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam.  Bagi memelihara ‘pakatan’ mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah ‘Allah’ dari disalahgunakan oleh bukan Islam.


Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini.  Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai ‘idea’ yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.


Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam.  Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.


Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah.  Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.

12 comments:

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 11:45:00 AM GMT+8

    Tuan,
    Najib pakai baju cina, orang cina tak heran pun! Mereka masih tolak BN.

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 11:51:00 AM GMT+8

    Depa ni semua sudah menuntut dari mahaguru Lee kuan Yew.

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 12:11:00 PM GMT+8

    Kerana inginkan kuasa politik semua boleh, semua halal, janji menang PRU

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 12:16:00 PM GMT+8

    Kapir harbi bertudung, bersongkok dan berkepiah berbaju melayu hanya sebagai taktik mengaburi mata umat Islam. Hanya yang buta hati saja yang akan terpengaruh dengan tipu daya mereka.

    Sehebat-hebat mereka menipu ada orang yang lagi hebat tahu penipuan mereka.

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 2:09:00 PM GMT+8

    Ada sebilangan umat islam begitu mudah diperbodohkan bila orang kafir bersongkok, berbaju melayu dan bertudung kerana mereka melihat islam pada pakaian saja. Sedangkan dibelakang mereka memecahbelahkan umat islam dan memainkan jarum untuk menghancurkan islam.

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 2:17:00 PM GMT+8

    Ini kelemahan Melayu juga,mudah sangat percaya dan terlalu bdrtolak ansur.Lagi satu kalau mereka tak pakai ,pakain Melayu pun,org Melayu akan bertolak ansur juga dgn RM 20-30,tak percaya pergi ke Pej kerajaan,fail Cinabeng cepat di proses ,fail pak cik dari kampung hilang entah kemana.

  • Melayu di depan Yahudi dibelakang says:
    September 11, 2013 at 3:28:00 PM GMT+8

    PAS ni memang daru dulu melayu bodo. Dia ingat pakai baju melayu dan bersongkok tu akidahnya islam lah..muahaha..
    Menyamar dan menyerupai target adalah taktik komunis.
    Perempuan , baju kurung, selendang tu dah cukup sempurna.
    Tapi bukan Melayu PAS saja sekrang dah melarat kepada Melayu UMNO, perempuan tudung rasuah, hisap kote, asal pakai tudung.
    Suka hati kau lah labu. Yang penting bahasa, budaya melayu diterapkan dalam semua hal.
    Baguslah kalau mereka nak assimilate tapi yang bahayanya, di belakang Hannah Yeoh ni memuja Jesus orang Yahudi musuh Islam!
    Kena bawa orang PAS guna internet. Kalau mereka tahu mereka sebenarnya dipermainkan oleh Yahudi.

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 3:47:00 PM GMT+8

    BILA TIAN CHUA NIE NAK BERSUNAT .... KASI POTONG HABIS BARU PADAN MUKA DIE...

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 6:21:00 PM GMT+8

    sape boss besarrrrr tian cuka??????? sape penyokong kuat LGBT?????? semua rakyat malaysia dah tau...

    mungkin pas dan penyokong melayu bumiputera islam pkr pas yg ada iman tak tau?????? mungkin tak tau???? mungkin belum tau?????

    jika dah jadi mcm tanah arab.. singapork.. indo org murtad bebas... dah kena ke keluarga sendiri baru SEDAR.. BARU TAU¿¿¿¿¿¿¿¿

  • Anonymous says:
    September 11, 2013 at 9:11:00 PM GMT+8

    PAS ini kabur mata dan terlalu keliru selepas DAP pakai pakaian orang Melayu tetapi bukan Melayu. .

  • Jane Duncan says:
    September 11, 2013 at 9:42:00 PM GMT+8

    Apa nak dikata, bila tahap agama diukur dari emosi semata-mata! maka si hipokrit pun akan guna kaedah bermuka-muka! Hanya yang dengkel agama sahaja yang akan terjual dengan tipu daya!

  • Anonymous says:
    September 12, 2013 at 4:28:00 AM GMT+8

    Dari dulu Melayu mudah digula-gulakan. Perkara yang ketara Melayu akan cepat layu bila tengok bangsa lain pakai cara Melayu. Bila mereka pakai cara Melayu atau Islam, kita dah mula anggap mereka "sebahagian daripada kita". Itu sebab dari dulu hingga sekarang trend mendekati dan memenangi hati Melayu dengan menggunakan "pakaian" atau "songkok" sudah diguna oleh satu-satu bangsa sejak era zaman 60an lagi.

    Pakaian hanyalah pakaian, ia tidak melambangkan keikhlasan dan ketulusan hati. Itulah sebabnya dalam Islam semua perbuatan akan dikira mengikut "nawaitu" seseorang.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)