Greetings

Friday, September 6, 2013

Guan Eng takut samseng India, Suruh Nanyang sokong Akta Pencegahan?



Akhbar Nanyang Siang Pau semalam memperlihatkan kebimbangan dengan kewujudan begitu banyak kumpulan kongsi gelap dengan menyiarkan artikel bertajuk “Kawal dan Banteras Kongsi Gelap”.

Nanyang Siang Pau seperti juga akhbar-akhbar berbahasa Cina yang lain begitu tegar menyebarkan prejudis dan kebencian terhadap kerajaan. Mereka cenderung menyokong pembangkang, dan secara terang-terangan membawa agenda DAP.

Tanpa memuji pihak polis yang giat menggempur kongsi gelap, akhbar tersebut mengajak rakyat mengambil serius masalah ini tapi mereka kelihatan bercelaru dengan pendirian pembangkang yang kini sedang giat membela kongsi gelap.

Secara terbuka, pembangkang membela kongsi gelap apabila beberapa pemimpin DAP secara terang-terangan mempersoal tindakan polis menggempur kongsi gelap walaupun berlaku balas membalas tembakan.

Tersebar pula seorang bekas banduan yang merupakan ketua kumpulan kongsi gelap telah dilantik menjadi pemimpin DAP peringkat bawahan di Pulau Pinang. Lelaki berkenaan telah di tangkap di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Artikel Nanyang Siang Pau menunjukkan sebahagian pemimpin dan ahli DAP mula cuak hingga  menyebut “Apa yang memeranjatkan kita, di kalangan ahli-ahli kongsi gelap ini, penglibatan kaum India adalah yang paling ramai.” Ianya seolah-olah Nanyang Siang Pau (baca: DAP) menyangka kngsi gelap dipegang oleh kaum Cina.

Walaupun dinafikan, tetapi seluruh rakyat tau kaitan DAP dengan kumpulan gangster. Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap seperti rumah urut, pusat hiburan atau pusat perjudian sejurus selepas PR menguasai Selangor .

Dengan terdedah kekuasaan kaum India dalam kongsi gelap, DAP baru sedar mereka tak kuasai kongsi gelap dan desakan mereka terhadap kerajaan tidak membawa permainan kuasa yang diharapkan..

DAP tidak mempercayai kaum lain di dalam parti mereka. Berbagai penipuan dan manipulasi diguna bagi memastikan kaum lain tidak terpilih sebagai pemimpin pusat. Diskriminasi terhadap kaum bukan Cina di dalam DAP bagaikan undang-undang tidak bertulis. Kekuatan jumlah kumpulan kongsi gelap India yang lebih ramai dari kongsi gelap Cina merunsingkan mereka.

Jika dulu DAP menghentam kerajaan kerana Akta ISA, tetapi kini, DAP Nanyang Siang Pau menjuarakan Akta Pencegahan 1959 dan mencadangkan kerajaan mencontohi Operasi Helang Singapura (di Malaya) pada tahun 1950an dan 60an untuk mengawal gangsterisme.

Kini, pembangkang terpaksa menjilat ludah mereka sendiri mendesak agar Akta pencegahan dikembalikan.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 6, 2013 at 3:37:00 PM GMT+8

    Tidak memeranjat ramai rakyat Malaysia PSM DAP PKR PAS memang ada kaitan dengan kongsi gelap jika tak kenapa rumah urut, CD cetak rompak dan pengedaran dadah berleluasa?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)