Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Sunday, September 1, 2013

Gayung perang Vat 69 buat orang ramai sebak


Anggota Komando VAT 69 yang bertugas di Lahat Datu turut menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASAHARI 

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Suasana sebak menyelubungi Dataran Merdeka di sini hari ini ketika anggota pasukan komando polis dan tentera membuat persembahan termasuk dalam acara gayung perang war chant oleh VAT 69 pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56.


Sebaik sahaja mengambil tempat di hadapan pentas utama menempatkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persembahan pasukan komando mendapat tepukan serta sorakan daripada ratusan ribu pengunjung yang hadir.

Mana tidaknya, semua pegawai dan anggota yang mengambil bahagian dalam persembahan itu turut terlibat dalam Op Daulat semasa mempertahankan negara daripada penceroban pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, Mac lalu.

Insiden berdarah itu yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang menyayat hati semua hadirin termasuk Raja Permaisuri Agong lebih-lebih lagi apabila layar yang ada memaparkan wajah balu anggota yang terkorban.

Penghormatan juga diberi kepada kontinjen Op Daulat yang hadir seramai 400 angota pelbagai pangkat terdiri daripada 250 dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 50 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan 100 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewakili 8,000 anggota yang terlibat.

Malah, sambutan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya mempamerkan aset keselamatan terbanyak iaitu hampir 300 membabitkan milik ATM, PDRM, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Penjara.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Berikut adalah video War chant atau gayung perang Vat 69 yang pernah diaksikan oleh Allahyarham Zulkifli Bin Mamat yang gugur di Ops Daulat ahad Datu.



Konsep hari kemerdekaan semalam adalah mempertahankan kedaulatan. Baca Utusan SINI dan SINI

Ketika kita mengingatkan akan pentingan mempertahankan kedaulatan negara, ada pembangkang bahalol yang "bodoh, tuli dan buta sejarah" hina bendera Jalur Gemilang. Baca di SINI.

4 comments:

  • Anonymous says:
    September 1, 2013 at 5:37:00 PM GMT+8

    Memang persembahan terbaik yang di tonjolkan penuh dengan semangat patrotik Vat 69 Gayung Perang!

  • OCD patient says:
    September 1, 2013 at 6:09:00 PM GMT+8

    SALAM ,

    Saya juga tersebak dan menitis airmata,saya seorang yang di katogarikan sebagai kepala angin,bengis dan kadangkala menjadi hilang akal...dan tak malu dikata sebagai orang gila sebab saya adalah pensakit mental yang masih dalam rawatan di hospital.
    Akan tetapi ketika balu2 dan termasuk Tuanku Permaisuri mengesat air mata,saya tidak tahan dan terus menitis air mata.
    Dalam kesedihan,saya menjadi berang, berang kerana MENTERI KDN ketika iitu Lembab mengambil tindakan...
    Dan dalam siaran TV ketika itu Tengku Adnan sempat melawak sampai main tangkap2 bendera orang di hadapan nya...
    Saya bukan orang politik dan tidak berpihak pada sesiapa, cuma saorang Bapa yang mahu anak anak nya hidup aman dan damai..
    kepada T.Adnan bukan masa nya untuk melawak..hormatilah suasana ketika itu..! Orang gila pun tahu hormat...

  • hangkedee says:
    September 1, 2013 at 9:47:00 PM GMT+8

    Kabenet dapur Ah job gor

  • Anonymous says:
    September 3, 2013 at 8:54:00 AM GMT+8

    Aku bukan seorang pahlawan,tapi kalau diminta untuk berjuang demi maruah agama, bangsa dan negara,aku sanggup.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)