Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Saturday, September 7, 2013

GAP lihat ada tersentak jika Mukhriz lawan VP


Komen GAP mengenai pemilihan Naib Presiden:
Persaingan bakal menjadi antara yang tersengit.

Zahid Hamidi terus kekalkan momentum di hadapan dan menjadi pilihan utama kerana ketidakpeduliannya melanyak penyangak dan pembangkang kiri dan kanan disukai majoriti bangsa melayu.

Shafie Apdal bakal mendapat saingan sengit untuk mendapat majoriti undi sabah sekiranya Musa Aman ataupun Saleh Said Keruak masuk. Namun, Shafie punyai sedikit kelebihan kerana Kementeriannya membabitkan pelbagai bahagian UMNO di semenanjung. Walaupun nampak berasas, dalam politik segalanya mungkin.

Ali Rustam sudah umum masuk gelanggang. Kelebihan Ali adalah pada sifat semulajadinya yang berbaik dengan semua pemimpin.

Isa Samad, adalah contoh comeback terbaik. Dia kena tindakan disiplin umno dan berehat.
Kembali masuk balik di Bagan Pinang dan disitu bermula dia menapak.

Mengikut bloger Out Syed the Box, dia mendapat maklumat Mukhriz bakal masuk gelanggang Naib Presiden. Ini akan menyentak segala 'pelan dan perancangan' luar dalam yang cuba mengekalkan status quo yang ada.

Sekiranya Mukhriz masuk, yang bakal mendapat tempias tumbang adalah Hishamuddin .

Usia menjadi faktor utama persaingan. Yang jelas kredibiliti membuat keputusan, gusar dan keras kepada musuh, totok Islam dan Melayu, tak takut pada ancaman antara faktor utama pilihan UMNO dalam menentukan line-up Vice President yang baru.

Tak habis marah GAP pada Hishamuddin. 

Apa pun Hishamuddin ada kekuatan dan kebolehannya sendiri. Cuma dia selalu maksud lain tapi keluar lain atau kena spin. Macam ditulis oleh Bigdog SINI.

12 comments:

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 1:04:00 PM GMT+8

    Hisham tak payah la...tuan presiden jng nak tolong-tolong sedara...bosan la

  • ALahaI sI LunCAi says:
    September 7, 2013 at 1:12:00 PM GMT+8

    MUKHRIZ KALAU MASUK INSYAALLAH AKAN MENANG. AKAR UMBI MAHU PEMIMPIN MASA HADAPAN DIPERSIAPKAN. AKU JANGKA MUKHRIZ ADALAH SALAH SEORANG DARIPADANYA. KURANG BERCAKAP TAPI PANTAS BERTINDAK. ISU SYIAH DAN KUIN ADALAH BUKTINYA...

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 1:33:00 PM GMT+8

    Kalau golongan bercita rasa bangsawan terus jadi pemimpin Malaysia alamat jadi kos kehidupan di Malaysia semakin meningkat.

    Mindset mereka adalah semua boleh asal ada duit walaupun tak kira duit tu hak siapa.

    Mereka bukan seperti orang kampung atau org susah yg perlu guna segala kederat tenaga untuk sesuap nasi.

    Pada golongan citarasa bangsawan ini segalanya berada di hujung jari dengan bermodalkan lidah dan air liur serta kedudukan.

    Tak kira parti mana mereka ni bila sudah di atas akan pandang rendah kemampuan atau keperluan yg di bawah...

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 1:37:00 PM GMT+8

    Syam oh syam..bakal pak lah akn datang..kj pulak ms tu amik watak anwar akan datang..

    Apakah hangpa nak pisang berbuah 2 kali dalam suhu politik negara akan datang...

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 2:38:00 PM GMT+8

    Nak jadi naib presiden kena jadi ahli MT sepenggal dulu
    oleh itu mukhriz tak layak bertanding

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 2:51:00 PM GMT+8

    skrg ialah masanya org melayu memerlukan pemimpin perang.. bukan pemimpin yg banyak bergurindam.. harap hisham dgn rela hati tarik diri dari bertanding.. baru gentleman... apa kata semua calon yg bertanding diberi masa untuk berpidato bagi menyampaikan manifesto masing2 dan arah tuju yang hendak dibawa...?

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 2:52:00 PM GMT+8

    Petikan dari Wiki :

    " The UMNO emphasizes as its foundation the struggle to uphold the aspirations of Malay nationalism and the dignity of race, religion and country. The party also aspires to protect the Malay culture as the national culture and to uphold, defend and expand Islam. "

    Kalau yang nak bertanding nanti jenis yang tak reti bahasa, baik bubar aje UMNO.

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 2:58:00 PM GMT+8

    anak Razak lembik.. anak Hussein lembut.. anak Mahathir aje nampak lebih berani... org Melayu skrg perlu pemimpin yg berani utk membela bangsa dan melawan musuh...

  • art says:
    September 7, 2013 at 3:17:00 PM GMT+8

    Setuju dengan Anon 04:00PM.

    Perwakilan perlu melihat kepada kebenaran, yang boleh membawa Melayu ke hadapan, berani, tidak pondan, tidak penakut.

    Letakkan nama Hishamuddin di barisan paling akhir.

    Pilih (1). Pak Zahid, (2). Shafie apdal (3). Mukhriz atau Rostam. Isa tak payah nak kacau daun la..

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 4:10:00 PM GMT+8

    mukhriz ada malayu ka?

  • Anonymous says:
    September 7, 2013 at 10:31:00 PM GMT+8

    Mukhriz "the best".
    Insyaallah dia akan berjaya.

  • Anonymous says:
    September 8, 2013 at 2:24:00 AM GMT+8

    DAH LAH TU HISHAM
    KAU NI JADI MENTERI AMARAN DAH LAH
    MELAYU DAH BENCI TENGOK KAU TU
    RESIGN JE LAA

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)