Greetings

Wednesday, September 18, 2013

Exco S'ngor mesyuarat di Bangkok untuk bawa balik abu Chin Peng?



The Unspinners mendapat maklumat bahawa exco Selangor akan mengadakan mesyuarat exco negeri Selagor di World Club Hotel, Bangkok, Thailand dari hari ini 18hb ke 20hb.

Seramai 18 orang terdiri daripada exco dan pegawai kerajaan negeri Selangor terlibat dalam mesyuarat tersebut. Mereka akan bertolak dari KLIA pada 18 Sep 2013 jam 10:00 pagi ke Bangkok. Penginapan di World Club Hotel, Bangkok.

Tak pernah pun kerajaan BN buat mesyuarat exco sampai ke luar negeri. Sahkah dari segi undang-undang mengadakan mesyuarat di luar kawasan?

Dipercayai mesyuarat di adakan di situ bersempena kematian Chin Peng. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha kerajaan Pakatan Rakyat mahu pertahan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.



Segala perbelanjaan pemergiaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dengan demikian bermakna kerajaan Selangor menghormati pengganas.

Penyokong Pakatan menagungkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan tetapi dia sendiri bukan  warganegara Malaysia. Sebagai kaum pendatang sebelum merdeka dia hanya British subject. Hanya orang Melayu saja yang merupakan rakyat kepada raja-raja Melayu.

Kononnya Chin Penang menentang penjajah British tapi sesuatu yang ramai tidak sedar, penubuhan Parti Komunis Malaya dibantu oleh British untuk menentang Jepun. Ia di persetujui dalam satu pertemuan seorang agen British yang kemudian menerajui PKM bernama Loi Tek, Spencer CHapman dan beberapa orang seorang di Bidor.

Selepas Jepun meninggalkan Malaya akibat kalah, Chin Peng bersama Bintang Tiga menggunakan bekalan senjata dari British berdendam untuk membunuh ratusan orang Melayu yang merupakan warganegara asal negara ini.

Ketika itu Bintang Tiga yang ditubuh oleh penjajah British mahu menggantikan kerajaan penjajah Jepun dengan mereka sebagai tentera bukkan warganegara sebagai penjajah baru.

Sudahlah Chin Peng bukan rakyat, tetapi tak habis-habis dia menentang kerajaan-kerajaan negeri hingga kerajaan persekutuan Tanah Melayu yang berdaulat melalui kegiatan politik dan subversif hingga ke rusuhan kaum tahun 1969.

Bersama PUTERA, komunis mahukan mansuhkan negeri-negeri Melayu berdaulat dan tanpa persetujuan negeri-negeri tersebut, dia mahu menubuhkan negara baru dengan Perlembagaan baru yang dipanggil Perlembagaan PUTERA-AMCJA.

Buat apa negeri-negeri berdaulat dimansuhkan atas desakan mereka yang tidak berkuasa dan locus standi. AMCJA bukan warganegara dan kedaulatan negeri-negeri Melayu terletak pada raja-raja Melayu. Muka tak mancung, mata sepet, pipi tersorong-sorong.

CHin Penang mati pada September 16hb pada umur 90 tahun. Kerajaan Malaysia tidak membenarkan walau abu Chin Peng pun untuk dibawa pulang. Adakah exco Selangor akan curi masuk abu mayat Chin Penang pulang?


Tidakkah kerajaan DAP Penang mahu buat lawatan rasmi juga?

10 comments:

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 11:19:00 AM GMT+8

    tio na seng

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 12:10:00 PM GMT+8

    kalau benar, malunya aku mengaku rakyat selangor. mcm sial jer pembangkang ni asal yg berkait dgn agenda nasional semua nak ditentang

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 12:37:00 PM GMT+8

    Atas desakan Empress Dowager H.Y, Emperor Puyi TSK, the Slumberjack II ikut aje....

    Prof Awe Kecik

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 5:52:00 PM GMT+8

    PSM DAP PKR PAS diwakili oleh Exco Selangor tak patut mula Operasi membawa satu habuk sekecil tak nampak dimata pun. Chin Peng dari Bintang Tiga memang tak boleh harap selepas mati balik ke negara Malaysia. Kotorkan Tanah Melayu.

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 6:11:00 PM GMT+8

    apa kata org selangor... rasanya kat klang dan kawasan selangor lain byk yg terbunuh atau cedera atau harta musnah akibat angkara komunis.. peristiwa besar bulan mei tu pun angkara komunis..

    jika ada keluarga yg kena kejahatan komunis dan sekarang jadi penyokong pkr.. apa kata dunia????????

    kpd peminat si komunis ni.. bolehlah buat ziarah kubur kat thai.... mcm org islam selalu buat ziarah kubur ulama besar di indo...

    bolehlah si sabun jadi ketua ziarah... hehehehe
    bisnes baru pelancungan.. ziarah kubur ketua komunis dan jln jln... hahahaha.. makan 2 kali sehari.. hihihihi.. berak kencing sendiri.. hahaha

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 6:19:00 PM GMT+8

    haiiiii org selangor....... ada sesape yg keluarga yg terbunuh teraniaya akibat ANGKARA KOMUNIS.... jika anda menyokong pr.. apa kata dunia???????????

    sibuk nak bawak abu.. guna duit kerajaan pi melancung ke thai... hahahaha

    punya la ramai org dah meninggal kat kuar negara.. rakyat malaysia lagi.. takde masalah pulak jika ditanam kat luar negara...

    aneh.. bukan rakyat malaysia tapi guna duit rakyat kerajaan utk makhluk ni..

    jika ada org islam yg sokong sgt.. tak tau apo nak dikato??????

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 7:38:00 PM GMT+8

    balik nanti check poket mereka kalau ada tersorok abu chim pan ze..nak sangat undi cina sanggup buat kerja bodoh..

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 8:16:00 PM GMT+8

    memang tipikal hipokrit PR ni, belanjakan wang rakyat untuk meeting di luar Negara?? Style suka bermewah-mewah mereka terserlah. Selama ini mereka mengutuk UMNO hanya kerana mereka juga teringin nak merasa hidup mewah. Tapi berselindung disebalik nama "rakyat". Memang hipokrit. Ptui!!!

  • Anonymous says:
    September 18, 2013 at 10:34:00 PM GMT+8

    exco kerajaan negeri selangor, ikan bertulang ikan gelama mengata orang korang pun sama

  • Anonymous says:
    September 21, 2013 at 12:49:00 AM GMT+8

    kiranya geng PR ni sama dengan komunis....

    bole la kita simpulkan, sokong PKR,DAP dan PAS sama dengan sokong komunis

    sokong PR = sokong komunis
    tahniah Pas sebab berjaya tarbiyah yg hebat

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)