Greetings

Sunday, September 29, 2013

Bolehkah proses baru adil jika Ku Nan 'endorse' penyandang Naib?



Dalam perbincangannya mengenai sistem 'electoral college' atau 'satu bahagian satu undi', blogger APA menimbulkan persoalan-persoalan:

1. Apakah setiap calun boleh mengetahui jumlah undi sebenar yang mereka perolehi dari kesemua 191 Bahagian?Jika boleh bagaimana kaedahnya...?

2. Bagaimana setiap calun dan perwakilan dapat memastikan BAHAWA kaedah "penjumlahan" undi dilakukan dengan telus tanpa ada UNSUR UNSUR PENIPUAN DAN SILAP MATA?

3. Dimanakah pusat penjumlahan undi?Adakah penjumlahan undi dilakukan di Bahagian itu sendiri atau bakal dilakukan disuatu lokasi "berpusat"?

4. Siapakah KAKITANGAN yang bakal mengendalikan proses membuang undi dan mengira undi?Jika mereka nanti dikalangan Ahli Umno/Kakitangan dari Ibu Pejabat,sejauh mana ketelusan dan kejujuran dalam memastikan proses pengiraan dan penjumlahan undi ini tidak dipersoalkan kelak.

5. Memandangkan SETIAP CALUN datang dari Bahagian masing masing beerti MEREKA hanya akan berada di Bahagian masing masing sewaktu proses membuang dan pengiraan undi.Soalannya...bagaimana MEREKA dapat memantau apa yang berlaku di 190 Bahagian lagi dimana masib mereka turut ditentukan.

Cukuplah rasanya beberapa SOALAN BODOH aku kemukakan masa ini kerana aku yakin akan ada lebih banyak soalan cerdik yang bakal timbul selepas kita melalui proses PEMILIHAN KACUK AMERIKA-UK ini nanti?

Lihat SINI akan penjelasan dari ibupejabat tentang sistem baru ini.

Ramai yang masih bingung dan tak jelas dengan sistem baru ini.

Mengingatkan kisah lampau bagaimana Anwar Ibrahim boleh manipulasi pencalunan hingga akhirnya Tun Ghaffar tiada dapat pencalunan dan teurs bertanding pun tak dapat, mungkinkah beberapa orang dalam pucuk kepimpinan atau orang tertentu di bahagian memanipulasi keputusan?

Jika undi dijalankan secara rahsia dan pengiraan dijalankan dengan amanah, rasanya tidak apa perlu dirisau.

Tetapi apabila Setiausaha Agong Tengku Dato Adnan Mansor tidak bersikap berkecuali untuk paksa satu wilayah persekutuan untuk terima pilihannya untuk ketiha-tiga Naib presiden yang ada, marah dan ugut pencalunan di bahagian, ini yang merisaukan.


3 comments:

  • kampong lad says:
    September 29, 2013 at 11:22:00 AM GMT+8

    hantaq wakil calon masing2 ke 199 bahagian - boleh ka?

  • Anonymous says:
    September 29, 2013 at 2:23:00 PM GMT+8

    Jika Anwar Ibrahim pandai manipulasi pilihan naib UMNO terus tukarkan kaedah yang baru yang akan tukar pemilihan naib secara adil dan saksama sebaik mungkin.

  • Anonymous says:
    September 29, 2013 at 6:59:00 PM GMT+8

    Caya lu bro....sikap kurang bijak KN tu wajar diperkatakan dan DITEGUR...sikapnya hanya akan memecahkan belahkan ahli dan akan melemahkan parti.Kempen tak boleh dan macam2 lagi halangan diadakan bagi menyekat kebebasan memilih..sdhingga ada yang terpaksa merayu untuk bertemu PERWAKILAN.Apa nak buat UMNO,parti kerabat aje ke?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)