Greetings

Friday, July 5, 2013

Logo baru Petronas dan masaalah sikap Omar Ong

Pada Jun 10hb bulan lepas, Petronas menetengahkan logo barunya. Pelbagai alasanlah diperkatakan mengenai logo baru itu. Ia boleh dibaca di laporan Utusan Malaysia SINI.

Intipatinya terletak di imej berikut dan tulisan Imagining energy:






Imej ini diletakkan di bawah logo baru Petronas dan ianya seolah-olah slogan baru pula. Maksud yang dapat dibaca adalah Petronas akan membawa arah tuju syarikat kerajaan ini kepada arah tuju baru dalam dunia tenaga yang luar biasa.

Ketika logo ini lancarkan Omar Ong ada tweet perkara ini:



Dia takde pula nak mendahului Petronas dengan men Tweet hari esoknya. Kalau hal mesyuarat Petronas, dia dah dahului untuk briefing segera apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Petronas kepada PM. CEO hanya dapat appointment seminggu kemudian dan apa yang dibincang dan dipersetujui dah basi.

Bezanya briefing Omar Ong siap datang dengan cadangan solution dan komen mengenai masaalah yang boleh timbul dari keputusan baru petronas. Sebaik CEO jumpa, ide-ide Omar Ong dah diterima pakai dan CEO kenalah ikut arahan PM.

Ini sifat pengampu, kaki sabo dan penjahanam. Pandangan yang ramai dan dah dipersetujui diketepikan dengan dia mempengaruhi PM kerana dia mudah dapat berjumpa. Pandangan dua tiga orang selalunya lebih baik dari pandangan seorang. Persetujuan bersama 5 dan 6 orang selalunya lebih baik dari dua tiga orang.

Dahlah Omar Ong mendahului CEO yang lebih layak brief PM dan tindakkannya adalah serupa dia mahu mengarah Lembaga Pengarah lain untuk ikut cakap dia. Kalau tak ikut, dia akan sabo dan ubah keputusan ramai.

Itu yang telah dilakukan dan ini bukan sikap orang berjemaah tapi orang yang syok sendiri seolah-olah dia saja pandai dan juga sesuai jangan campur orang dan duduk saja di pulau tengah lautan. Serupa Omar Ong lah yang uruskan Petronas. Tunggu masa, Cina muallaf yang ada masaalah peribadi yang tak islamik akan naik jadi CEO nanti.

Yang menarik mengenai tweeter Omar Ong berkenaan logo ini adalah tweeter ekorannya:


Apa disebalik maksud Twitter ini?

Perbezaan yang ketara hanya tulisan petronas diubah dari sebelah ke bawah serta titip itu dikecilkan. Walaupun garisan hijau design ada ubah skit, orang ramai akan kata tak berapa beza.

Adakah Omar Ong mahu orang ramai kata ianya tak berbeza dan takde perbezaan ketara yang disedari  orang ramai? Atau dia cuba menarik orang ramai untuk sedari perbezaan dengan memberi link tersebut.

Orang ramai juga akan kata berapa juta Petronas belanja untuk design ubah sedikit saja logo Petronas?

Mereka akan tanya berapa puluh juta akan dibelanjakan untuk perubahan yang sedikit ini untuk tukar namecard baru, stationary baru, papan tanda baru untuk semua pejabat dan pam stesyen minyak Petronas seluruh Malaysia, dan jangan pula anak syarikat yang ada guna motif logo lama pun ada perlu diubah..

Akhirnya rakyat akan dibakar pembangkang untuk tanya sapa dapat kontrak dan konsultan mana dibayar.

Dalam bab konsultan dan kontrak, ianya berbalik ke Omar Ong kerana dia raja konsultan Malaysia dan khabar dikalangan orang besar-besar bapaya Mustapha Ong ngaku dua syarikat yang kendali AES adalah syarikat syarikat proksi anaknya.

Mereka akan kata ini adalah orang nak zipit duit rakyat dalam Petronas.




11 comments:

  • Anonymous says:
    July 5, 2013 at 2:37:00 PM GMT+8

    Ingat dah takde cerita OO lagi. Menyampah............ meluat...... benci teramat sangat dengan OO ni. Ape ke bendanya? Yang dok atas tu main dengar aje ke? Entah lah bosan ... bosan..... bosan! Agak2 lah tukar logo sape kontraktor yang akan buat dan pasang logo baru seluruh Malaysia. Yakin dan percaya kroni di juga lah kan? Sapan lah duit Petronas! Reimaging hawau! Kira pandai lah cari duit kan kan?

  • Anonymous says:
    July 5, 2013 at 2:47:00 PM GMT+8

    Apa beza sangat? Sama juga. Tulis nama Petronas kat bawah. Itu saja. Ini semua kes pencetak letter head dan bisnis kad nak buat duit.

  • Anonymous says:
    July 5, 2013 at 3:13:00 PM GMT+8

    ingat tak lagi masa mula2 petronas ubah logo dari jauh nampak macam bendera pas, lebih kurang jer, nak bagi kaya orang yg ubah logo, kat lori, bangunan dan lain2

  • Wendy says:
    July 5, 2013 at 3:51:00 PM GMT+8

    Kenapa PETRONAS perlu ada logo baru? PETRONAS bukannya ada masalah penjenamaan atau rakan kongsi baru untuk ditukarkan logonya. Lebih membingungkan logo baru HANYA lain sedikit sahaja tetapi impak dari pertukaran itu akan mencapai berpuluh juta ringgit. Kenapa perlu PERTRONAS membazir wang??????

  • Anonymous says:
    July 5, 2013 at 4:30:00 PM GMT+8

    real consultant in action ...

  • Anonymous says:
    July 5, 2013 at 5:27:00 PM GMT+8

    bodoh gila tukang reka logo ni

  • Anonymous says:
    July 5, 2013 at 5:28:00 PM GMT+8

    najib... apa tuan hamba dah buat.. org dah tau pasal ong ni.. tak kan mata tuan hamba tak nampak.. rakyat kecil aje tau.. pekerja bawah petronas aje tau.. peniaga melayu yg dihalau secara halus aje tau... air spritzer air kuboq tu aje org tau.. weh weh weh.. gamaknya bomoh mana la yg ditender... hebat tu... oooo jgn sebut jgn bukak.. mcm dulu muncul ong satu lagi.. ooo melalak.. tapi bila ada org suruh jawab soalan blogger dan komen org... sampai sekarang sonyap aje?????

    saya masih ingat.. ong dulu kata anaknya tak terlibat.. yg buat semua najib.. jika felda isa.. tak percaya tanya najib tanya isa???? hahaha

    la..ni ada pulak bahagian nama co. anak beranak.. jawab ong jawab ong???

    twitter itu memberi seribu makna.. mungkin nak diubah.. tapi jika dia suruh nanti org berbunyi.. nak tutup sikit.. jolok org ramai.. boleh lah kata kehendak permintaan org ramai.. tu kan biasa kata kata sebutan permainan org atas... dah ubah masyukkkkkkk duit lagi.. mungkin bukan seorang tapi byk yg makan..

    mungkin juga ada cerita disebalik cerita.. nak buat perangkap dan masukkan seseorang dlm perangkap... tau la jika sifat org kepala licik sesiapa pun akan berfikir mcm cara... orgkan asyik bukak rahsia dia.. mungkin ada tujuan nak balas sesuatu.... waktu yg akan membuktikan.

    tu la ingatlah pemimpin di atas... jgn anda yg dapat nama busuk gara gara punahsihat yg memunahkan.. bukaklah mato tu.. jgn ditutup.. dgr pendapat org lain dan ambil kira pendpt org bawah.

  • Anonymous says:
    July 5, 2013 at 7:26:00 PM GMT+8

    Omar nak sabo logo ini supaya dia punya logo, konsultan pilihan dia dan advert company pilihan dia yang dapat.

  • Anonymous says:
    July 6, 2013 at 12:18:00 PM GMT+8

    Tentu dia jual logo kononnya baru ni ada 'ong' atau 'Ong'. Tentu orang-orang berkenaan percaya dan yakin.

  • Anonymous says:
    July 7, 2013 at 12:59:00 PM GMT+8

    Cilaka, cilaka, cilaka...beribu2 cilaka dpt PM yg jd tunggul kayu..

  • Anonymous says:
    July 8, 2013 at 9:18:00 AM GMT+8

    ROsmah semakin bermaharajalela - apakah DIA jadi penyebab nama keluarga Tun RAzak & Hussein Onn hilang dari persada politik Malaysia?

    "saya tau lah mcmana nak jaga isteri saya (Rosmah)"

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)