Greetings

Monday, June 3, 2013

War Room, NCT dan UMNO HQ: Nama mangkok-mangkok didedah



Seorang komentator meninggalkan komen berikut di posting kami bertajuk War Room, NCT dan UMNO HQ: Ada mangkuk buat duit??? di SINI

Surat ini dikatakan adalah surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ia mendedahkan lebih banyak salahlaku di peringkat atasan UMNO, dan agensi kerajaan. Bukankah BN kini adalah BN baru, BN Transformasi yang lebih bersih dan suci dari BN dulu yang dikatakan teruk???


Betul atau tidak, pihak berwajib dan berkuasa perlu jawab dan jelaskan.

Ada pada ahli-ahli dan aktivis UMNO mahu penjelasan dan diyakinkan usaha gigih, perjuangan serta pengorbanan mereka pada parti tidak disia-siakan oleh individu-individu sedemikian.

JIka salahguna dan rasuah melibatkan pihak dalam agensi kerajaan, tentu sekali SPRM perlu masuk dan siasat. UMNO pun perlu disiasat, bukankah gitu?

Assalammualaikum Ketua Pesuruhjaya SPRM

Saya adalah kakitangan ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. 

Bos saya Azman Awaldin bersama rakan kongsi dia Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.

Tidak ada apa apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan.

Logiknya lah kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya nak tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun.


Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di handpicked directly oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Sdra Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.


Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan ketua pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.

Dan di pejabat PM pula juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di inner circle PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.


Maka terjadilah sandiwara buku manifesto BN ini.

Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tutntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lessen percetakan yang diluluskan oleh KDN.

ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak. Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta.

Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan konco-konco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan renovate rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan.


Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apa kah mereka-mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta.

Soalan saya,

1. Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lessen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?
2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara direct dari UMNO?
3. Siapa sebenarnya di belakang ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?
4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu

Ini satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri.

Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’. Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.



Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB PM. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.

Sekian, terima kasih

HAMBA ALLAH YANG PRIHATIN DAN ANTI RASUAH

Dr Ruzaidi Ishak atau Dr Zuraidi Ishak? Nanti SPRM pening dapat maklumat silap. Apahal pun, pendedahan ini dan yang sebelum adalah bersumber dari komen dari pembaca blog yang kami dapat dan terjumpa.

Adakah ini benar atau fitnah semata? Namun begitu perlu ada pihak berkuasa siasat hal ini.

33 comments:

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 11:40:00 AM GMT+8

    saya sokong kakitangan zeal ni buat laporan terus kepada SPRM, taniah sebab keberanian tuan/puan tapi biarlah bertempat, tidak ada bezanya tuan/puan dengan ketua pakatan haram tu yang kononnya ada berkotak2 dokumen rahsia salah guna kuasa kerajaan dari 1998 sampai la ni hampeh report dakwat kekal je yang paling kuat dia buat. kes video dia pun, dia dah kena balik sebagai pembuat laporan penipu.

    jadi tegakkan kebenaran buat report, barulah tuan/puan akan dilindungi dengan akta kerahsian, jangan jadi bodoh macam rafizi bangga buat press cofenrance last2 nak minta perlindungan akta kerahsian walaupun dah tak rahsia.

    jangan jadi macam cina, itu rasuah ini rasuah tapi bila masa datang dorang bagi je rasuah, lepas tu cakap melayu celaka...tolong ambil tindakan sekarang....

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 11:44:00 AM GMT+8

    nak tanya RM90 juta ni nak claim kat sapa? kat Najib? Duit ni datang dari mana? duit BN ke atau duit kerajaan aka rakyat ka?



  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 11:48:00 AM GMT+8

    Najib & Parti Tunggal

    Cerita fasal Parti Tunggal dengan Umno ni sama macam cerita Kalimah Allah dengan DAP. Dua kali lima jer.

    Dalam kisah Kalimah Allah, Lim Guan Eng baru cadang nak minta kerajaan benarkan kalimah itu digunakan dalam bibble. Dia bukan kata nak desak atau nak ugut kerajaan. Tapi tak pasal2 dua ekor ulamak tersohor Pas pula sampai sanggup dihina dicaci dan dicerca malah sanggup bergaduh (berbalah) dengan lain2 ulamak hanya kerana nak sokong cadangan Lim Guan Eng. Tahap kebodohan dua ekor ulamak tersohor Pas itu, tak ada benda yang boleh nak disamakan. Nak disamakan dengan lembu, sebodoh2 lembu dia tak akan terjun meredah sungai kalau memang dia nampak ada buaya dalam sungai itu.

    Parti Gerakan melalui pemimpinnya (saya tak ingat apa jawatan dia dalam parti) baru menyuarakan pendapat saja. Dia tak sungguh2 pun, dia tak mendesak pun. Tapi kenapa Najib ni gelabah tak pasal2. Arahkan semua peringkat pemimpin Umno mesyuarat dan bincang idea Parti Tunggal oleh Gerakan itu. Najib takut dia tak dapat undi orang cina kah ? Apa Najib ingat pengundi cina masih ada hati dengan Umno lagi kah ? Saya nak bagi tahu dekat Najib, "pengundi cina dah kirim salam dekat Umno". Harap Najib faham lah. Harap Najib tak lah memiliki tahap kebodohan sebagaimana yang saya gambarkan dalam isu Kalimah Allah tu.

    Kalau Najib masih tak faham juga, minta para perwakian Umno cari orang lain saja lah untuk memimpin Umno .. PRU Umno nak mai dah, ini adalah masa yang paling sesuai.

    Kepada Najib, kita nak ingatkan. Awak dah bagi cukup2 kaw punya bantuan kepada orang cina, apa tuntutan orang cina yang awak tak tunaikan sebelum hari pembuangan undi PRU13. Cuma orang cina tak minta telor awak, kalau mereka minta silap2 itu pun awak sanggup bagi kepada mereka .. kerana nak kan undi mereka.

    Pertanyaan Besar : Adakah Najib berani beritahu kita bahawa Umno menang PRU13 kerana telah mendapat sokongan dan undi daripada orang cina.

    Peringatan Kepada Najib : Jangan lah buat orang melayu dan bumiputra meluat kepada pemimpin Umno kerana terlalu sangat nak jaga orang yang tak bagi undi pun kepada Umno pada PRU13 baru2 ini.

    Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Pondok .. lama sangat dah mereka memendam rasa menelan air liur melihat kerajaan mencurah berbagai bantuan kepada sekolah2 cina dan tamil. Giliran mereka Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Pondok pulak la kut ...

    Itu pun kalau Umno ada hati nak kekal jadi kerajaan dan jadi PM pada PRU14 nanti.

    Hj Ariffin

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 11:55:00 AM GMT+8

    Rumah siap pahat berbunyi.

    Kenapa dan mengapa masih ada lagi berita2 yang pahit ditelam yang masih terjadi dalam kerajaan melaksanakan kerja Transfomasi.

    Kami penyokong tegar BN naik loya/muntah membaca berita2 sebegini.

    Sepatutnya pembersihan awal telah tamat dilaksanakan. Pecat saja mangkok hayun yang masih berpegang pada tampuk lama. Atau pihak atasan masih tidak dpt mengesan adanya dalang2 yang terus menghancurkan kerajaan. Atau pun dalang2 ini segaja dibiarkan bagitu sahaja berluluasa.

    Kalau dibiarkan elok juga War Room ditukar nama kpd RAW ROOM demi kesinambugan kerja tersebut.

    Patutkah kerja2 pembersihan dibuat sekali lagi once and for all. Jgn tunggu PRU14 baru nak bertindak.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 11:58:00 AM GMT+8

    mari belajar bahasa pasar ... cina stail ...

    melayu kata mari ... cina kata mali ...
    melayu kata almari ... cina kata almali ...
    melayu kata pergi ... cina kata pelegi ...
    melayu kata perigi ... cina kata peligi ...

    semua orang tahu bahkan budak tadika pun tahu cina amat susah nak sebut huruf r ... bahkan huruf r tiada dalam sebutan mereka ... er meleka ...

    kenapa aku tulis perkara ini?
    cuba tengok ... cina tulis nama najib sebagai ... ah jib gor ... nama cina tidak ada "gor" ... tetapi goh memang ada ...
    kenapa cina perlu tulis "gor"?
    sedangkan cina tidak dapat menyebut "gor" ...

    jadi apabila cina tulis Ah Jib Gor ... apa yang cina akan sebut ...
    tidakkah cina akan menyebutnya sebagai "Ah Jib Go ..."
    go ... a gogo ...

    hem ... go dalam bahasa inggeris maknanya pergi ... er pelegi ...
    semasa cina menyebut "Ah Jib Go", dalam hatinya berkata, "Ah Jib pelegi"
    Ini bermakna semasa mereka memberi nama "Ah Jib Go" kepada Najib memang terpendam hasrat mereka yang tersembunyi iaitu "Ah Jib pelegi" ... yang membawa maksud "Ah Jib pergi" ...

    Pergi kemana kamu Ah Jib ... Pergi dari persada politik kerana kami (cina) dah menolak kamu ah jib ... tak percaya? ... Ah Jib Go ... heh heh heh ...

    penasihat ah jib go?
    apa dia buat?
    dia balun 25% dari Najib ... dia bodek Najib ... dia kata Cina suka sama Najib ... sampai sanggup memberi nama cina kepada Najib ...

    kemudian dia balun 25% dari cina ... dia bodek cina ... dia kata najib dah setuju dengan nama ... "Ah Jib Go" ... er "Ah Jib Pelegi" ... er "Ah Jib pergi ..." itu Ah Jib sudah setuju mau pergi ... jadi semua cina tak perlu undi najib ... tapi tunjukan sokongan kepada najib dengan menyebut ... "Ah Jib Go ..." dan semua mesti datang ke majlis najib ramai-ramai kerana "Ah Jib dah nak pergi ..."

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 12:02:00 PM GMT+8

    mari belajar bahasa pasar ... cina stail ...

    melayu kata mari ... cina kata mali ...
    melayu kata almari ... cina kata almali ...
    melayu kata pergi ... cina kata pelegi ...
    melayu kata perigi ... cina kata peligi ...

    semua orang tahu bahkan budak tadika pun tahu cina amat susah nak sebut huruf r ... bahkan huruf r tiada dalam sebutan mereka ... er meleka ...

    kenapa aku tulis perkara ini?
    cuba tengok ... cina tulis nama najib sebagai ... ah jib gor ... nama cina tidak ada "gor" ... tetapi goh memang ada ...
    kenapa cina perlu tulis "gor"?
    sedangkan cina tidak dapat menyebut "gor" ...

    jadi apabila cina tulis Ah Jib Gor ... apa yang cina akan sebut ...
    tidakkah cina akan menyebutnya sebagai "Ah Jib Go ..."
    go ... a gogo ...

    hem ... go dalam bahasa inggeris maknanya pergi ... er pelegi ...
    semasa cina menyebut "Ah Jib Go", dalam hatinya berkata, "Ah Jib pelegi"
    Ini bermakna semasa mereka memberi nama "Ah Jib Go" kepada Najib memang terpendam hasrat mereka yang tersembunyi iaitu "Ah Jib pelegi" ... yang membawa maksud "Ah Jib pergi" ...

    Pergi kemana kamu Ah Jib ... Pergi dari persada politik kerana kami (cina) dah menolak kamu ah jib ... tak percaya? ... Ah Jib Go ... heh heh heh ...

    penasihat ah jib go?
    apa dia buat?
    dia balun 25% dari Najib ... dia bodek Najib ... dia kata Cina suka sama Najib ... sampai sanggup memberi nama cina kepada Najib ...

    kemudian dia balun 25% dari cina ... dia bodek cina ... dia kata najib dah setuju dengan nama ... "Ah Jib Go" ... er "Ah Jib Pelegi" ... er "Ah Jib pergi ..." itu Ah Jib sudah setuju mau pergi ... jadi semua cina tak perlu undi najib ... tapi tunjukan sokongan kepada najib dengan menyebut ... "Ah Jib Go ..." dan semua mesti datang ke majlis najib ramai-ramai kerana "Ah Jib dan nak pergi ..."

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 12:09:00 PM GMT+8

    RM 12.83 - RM 1.17 = RM 11.21
    RM 11.21 x 7 000 000= RM 86 660 000?
    Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD hendak untung besar jika tanya pembaca beri RM 12.83 senaskah tiada pembaca nak beli lagi surat khabar.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 12:11:00 PM GMT+8

    benda camni kalu didedahkan akan memalukan umno dan PM. kalu wat report pun nnti akan senyap sendiri. ni cara melayu tolong melayu. macam x biasa plak

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:02:00 PM GMT+8

    Zeal high tech beroperasi i bandar sri damansara. Singkatan nma keluarga azman awaludin. Tp dengar khbar zeal hi tech dah d bubarkan. Dah ada company baru tp orang sama jugak.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:02:00 PM GMT+8

    INI SEMUA URUSAN DALAMAN UMNO.

    YANG BUAT BISING INI AJEN PKR SENGAJA NAK BUAT CERITA.

    KAMU PUN BERSUBAHAT DENGAN MUSUH!

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:12:00 PM GMT+8

    Sebenarnya NCT tidak berperanan langsung membantu PM. Patut dibubarkan. Datuk Khalid Botak adalah makhluk petosak BN. sdra Sufi Yusof yang kononnya merupakan head NCT tidak mempunyai apa kuasa melainkan mendengar cakap dan arshan si Khalid Botak. Khalid yang dilantik atas kapasiti Penasihat NCT yang sebenRnya mengawal NCT mengikut cara beliau sperti wsktu beliau menjadi Chief Editor Utussn Malaysia. Sdra Sufi, Khairuddin dan seorang bekas wartwan akhar bhs Cina yg menjadi anggota NCT dijadikan tools oleh Khalid Botak untuk melaksanakan directive Khalid Botak kononnya untuk PM. Hakikatnye Khalid wants to be seen close to PM after he was sidelined n become scumbag after his retirement from Utusan. Well he was handpicked by Azman Awalludin. APA NK CAKAP.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:24:00 PM GMT+8

    Tanyala gua pasal NCT. Gua adalah bekas Anggota NCT yang dipecat kerana menghentam si KHalid Mohmad aka Puaka Jelmaan kerana menghentamnya masa meeting pada datu ketika. Jalil Hamid bekas head NCT hnaya jadi macai Khalid sewaktu biau di NCT. Dengar kisah seterusnya.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:28:00 PM GMT+8

    aku tak suka rasuah
    baca dan faham isi surat tersebut
    DISINI BUKAN DARI ARAHAN NAJIB
    NAJIB PREFER 'UTUSAN' LINK DGN UMNO
    TAPI,,,,, ORG BAWAHAN YG SPIN BAGI KE ZEAL
    KENAPA NAJIB YG KENA ???? SUKA ATAU TAK LAIN HAL TAPI CERITA DARI KEBENARAN DIATAS
    BCA BETUL2 SALAH SAPA

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:46:00 PM GMT+8

    Di NCT khalid tak boleh ditegur sbb die operate NCT mcm bapak die punya. Meeting d NCT ikut arahan dan perintah mahkluk perosak BN dan negara. Apa sja idea cadangan tidak di gunapakai. Yg penting whatt he wanted to give to PM and not what is good and benefits the PM. Everyday is about meeting the PM supaya PM KNOWS HIM PERSONNALY. Ex NCT head Jalil now NST managing editor jadi kerbau dicucuk hidung diheret ke sana ke mari oleh Khalid yang kono.nya know all about spinning. Hasilnya Najib performed worst than Pak Lah. Tahniah Khalid. Ang what happens to NST under Jalil NST circulation went to the abyss and the.figure is even low than Malaysian Nanbam. Apa tidaknya kalau Jalil before masuk NST fikir pasal temboknya berapa gaji kereta apa dapat n whether his secretRy cantik atau tidak. Dgr khabar dah kawin lain skrg. Tahniah kpd cerdik pandai yang mengaku DR SPIN PM sehingga tonggang langgang PM di slin mereka2 ini.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:57:00 PM GMT+8

    Anon 1:02 PM

    Kalau hujah kamu macam gitu, bungkuslah UMNO di PRU14.

    Terlalu old scchool

    Tak ada siapa percaya Unspinners subahat nak jatuhkan UMNO dan BN.

    Cara dia menyerang dan membogelkan pembangkang tak menunjukkan mereka jenis subahat hancurkan UMNO.

    Orang yang perjuangkan rasuah dan salahguna kuasa sebenarnya mengancurkan UMNO dan BN dari dalam.

    Yg macam gitu subahat dengan pembangkang

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 1:58:00 PM GMT+8

    IT IS SIMPLE AS A B& C. IF THEY ARE FOUND TO BE UNDERPERFORMING, SACK THEM. IF THEY ARE FOUND TO BE CORRUPTED, PROBE THEM. THEY THEY ARE GUILTY, JAIL THEM. PM SHOULD NOT BE CLEAN BUT SEEN TO BE EAN. AND SO ARE HIS SOLDIER AND STOOGES. TAKKAN BANGLA CURI AYAM JE KENE JAIL. IBU CURI SUSU KERANA ANAK LAPAR PUN KENE JAIL. THESE ERRANT BOYS TO PM ARE ALSO HUMAN BEING WHO ARE ALSO GREEDY AND ABUSING THEIR POWERS. REFORM AND WALK THE TALK NAJIB.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 2:25:00 PM GMT+8

    cerita ni jauh dari kebenaran...

    kalaulah semua benda yg make-up price dianggap sebagai rasuah dan salahguna kuasa...

    aku rasa, separuh masyarakat perniaga akan masuk jail...hehe

    cth. mcm kjjan luluskan land acquisition utk maksud awam ke kompeni ali. ali dpt tanah sekaki RM 2.50 tapi lepas tukar syarat tanah jual RM 15.00 sekaki. tu salah ka??

    scope of work yg lain2 tak cerita. Cthnya ground work, infra, dll. tu semua kos mahal tuhh...

    lagi satu penulis hanya concentrate pada perbezaan harga senaskah upah printing...

    penulis tak dedahkan plak apa scope of work Zeal hitech solution yg lain2.... yg kene absorb..

    takkan plak zeal hitech nak bgitau apa scope of work yg lain2... rahsia wooo...

    penulis juga tau yg zeal hitech tak akan bgitau scope of work yg lain2 ke blogger atau akhbar...

    kalau kes sampai ke mahkamah tu ceta lain, baru bleh dedahkan scope of work yg lain2..

    so ruang yg ada tu.... si penulis akan gunakan utk manipulate dan fitnah habis2an..

    hehehe.... dah lama hidup bro.. dah kenal sgnt teknik anwar al jubb mainkan satu2 isu... hehehe






  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 2:30:00 PM GMT+8

    tu belom tengok war room red bean dan DAP HQ lg. mcmana depa songlap di penang. tgk mcm kes Nga yg bagi isteri dia kontrak buat baju lepas semingu berkuasa di perak dulu. lagi jahanam.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 2:34:00 PM GMT+8

    ini mcm kes exec account yg kene prepare invois yg bos suruh. lepas tu buat investigation sendiri dgn kerani kontrak nak tau jumlah orde sebenar berapa. lepas tu capai kalkulator dan berangan sendiri. malam tulis komen di blog2. otak 2 kupang betul. hehehe...

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 2:38:00 PM GMT+8

    Yang jahat tetap jahat. Takkan nk imut peragai nga kot. Dah tentu mmg penyamyn. Tp yang buat guna selimut BN Lebih jahat dr nga sebab ramai tak tAu. Yang dapt effect PM. bukan lu bro. Penat PM JALN ke hulu hilir ckp pasal integriti n pembaharuan tp perangai lu org sama mcm tu gak. Dah setan tetap setan. Tak boleh ubah.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 5:26:00 PM GMT+8

    PRU 14 tak tau la pulak kalau NCT Masih wujud. Kalau dah tk perform jgn lah nk myalahkan org lain pulak. Terima dgn hati terbuka. Kaji apa yg anda perlu lakukan. Kaji diri sndiri. Kalau rasa fikiran n idea dinasour dah tk boleh pkai, undur diri. Itu lebih bermaruah dr nk myalahkan org lain menongkat langit n bergayut pada kuasa. Fikir2kan lah Dtk Khalid.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 7:12:00 PM GMT+8

    @1:02:00 PM
    Jika ada bukti lebih baik ia ada kertas kerja untuk membuktikan sama pemiliknya tukar nama syarikat.

  • Anonymous says:
    June 3, 2013 at 8:46:00 PM GMT+8

    Setelah baca dan membuat penyelidikan tersendiri, kekurangan kerusi BN dlm pru13 adalah salah org umno dan bn sendiri. Yang boleh menang diketepikan, yg ada cable diambil jadi calon. Agensi2 lain hanya bertindak untuk membantu krn hakikatnya di setengah PDM no one was working. Lagi satu kalaulah betui staff yang buat laporan tu dari zeal takkan dia tak tahu nama penuh boss dia?? Udah2lah memfitnah..time to work utk pru14. Simpan dulu rasa PHD tu, sebab kerja banyak yang perlu dibuat demi agama bangsa dan tanah air...kalau nak asyik kata dan tunding jari, sampai PRU14 pun tak abes...nauzubillah..

  • Anonymous says:
    June 4, 2013 at 11:39:00 AM GMT+8

    Nampak sangat tuan hj tak tau bahasa politik. Mai saya tafsir utk tuan hj supaya xlah jd bodoh dan jd agen musnahkan pemimpin sendiri tanpa disedari:
    -najib kata akan dikaji/dihalusi maksudnya akan dibakul sampahkan.
    -najib kata umno parti terkuat dlm pru 13 maksudnya kamu ingat saya bodoh sgt nak bubarkan umno parti terkuat?
    -najib kata cina kena tipu maksudnya memang cina ni dah tipu saya bulat2.

    Perlu diingat klu bukan transformasi najib buat spnjg 4 tahun ni mmg sah2 bn dah terlingkup. Sbg pemimpin malasia sdh tentu beliau perlu fikir semua bkn stkt bangsa melayu shj. Bantuan pd melayu spnjg najib ni mmg dah terlalu byk klu nk kira. Cuba fikir2 brim,prima,krim,gtp,etp, majoriti manfaat akn dinikmati olh bumiputra sbnrnya. Dlm usaha kurangkan monopoli cina dlm peruncitan najib telah galakn glc spt felda, sime darby pecahkn monopli trsbt dan hari ni dpt dilihat produk glc mengamuk dipasaran. Sekian

  • Anonymous says:
    June 4, 2013 at 10:26:00 PM GMT+8


    War Room or whatever you call it needs to be revamped. Are those people in the war room really doing their job? Or maybe we can just call it Rest Room. NCT should be renamed Non-Performing Communications Temberang.

  • Anonymous says:
    June 5, 2013 at 8:46:00 AM GMT+8

    Obvious la, they have done a lousy job. But good at siphoning money into their own pockets. When you pay peanuts you get monkeys. But now they paid millions and still we get monkeys. Rich monkeys.

    Who is Alies Anor of war room. Never heard of him. And Azman Awaludin? Is he a politicians? Who is Jaqualine? Ali Baba partner?

    No wonder la, Najib perform lower than Sleepy Man. But he should blame his wife also. Perception very bad.

    MG

  • Anonymous says:
    June 5, 2013 at 9:46:00 AM GMT+8

    Ya la..now everyone can create "fly-by-nitgh" and become millionaires if they are close to Najib. get millions and "curi duit rakyat". Rakyat kerja kuat bayar cukai. They all kerja kuat untuk curi duit rakyat. Azman Awaldin? Jacqueline? Siapa they all? Penyamun zaman moden ka? Same lah like Kalimullah, 2 x 5 and 5 x 2..

  • Anonymous says:
    June 5, 2013 at 9:49:00 AM GMT+8

    War Room? NCT? Same people lah inside. Like Maharaja Lawak. Same people all the time and same people getting first place. Kudos to War Room and NCT people for misleading Najib and making him lousy and Pak Lah. For Anak Awaludinn Jaquelina..cukup-cukuplah....

  • Anonymous says:
    June 5, 2013 at 9:56:00 AM GMT+8

    Paku Dulang Paku Serpih
    Mengata Orang Die Yang Lebih
    Eh betul ke Peribahasa ni?
    Yang Dok Mengata Anwar Jahat
    Tapi Yang Mengata Lebih Jahat (War Room and NCT lah)
    Tapi Yang diKata Tetap Utuh
    Tang Mengata Dah Nak Runtuh
    Kepada War Room dan NCT
    Do You Know the Meaning of War Room and NCT?
    Kalau Tak Tau Pegi Ambik Kamus Budak Darjah 3 and Study

  • Anonymous says:
    June 5, 2013 at 1:58:00 PM GMT+8

    YG BUNUH UMNO, AHLI UMNO SENDIRI, , ITU AJA.

  • Anonymous says:
    June 6, 2013 at 5:00:00 AM GMT+8

    Assalamualaikum...yg salah tetap najib sbb dia xfoloup....lepas bg arahan dia xselidik....bila ketua lepastangan org bawah nek tocang yg sengsara ketua gak...nila ong melayu
    suker na arah arah arah tp xamiktao arahan dijlnkan dgn betoi ker idak...janji aku dah arah arah arah...pastu aku tao siap....dr mana aku xmo amik tao....ya Allah jgnlah m'sia muslim lingkup....Kau berilah taufik dan hidayah kpd najib n rosmah sekuarga tok mikir ugama bangsa n negara m'sia..amin ya Allah amin...

  • Anonymous says:
    June 8, 2013 at 5:47:00 PM GMT+8

    Saya sebagai ahli UMNO sungguh kecewa dgn ape yg terjadi di UMNO Bhgn Bulit Bintang. Rauf sebagai SUK telah menyalah gunakan kuasanya dgn memasukkan ahli baru seramai 100 orang ke tiap-tiap 15 cwgn di Bulkit Bintang. Ini kerana apa?? Kerana dia nak merebut jawatan Ketua Bahagian di Bukit Bintang. Dia tahu dgn cara kotor ini saje dia mempunyai peluang utk menang. Kalau dia buat begini, memang dia akan kalah. Ayuh Semua, Mari lah kita beramai-ramai berdoa agar hajatnya tidak Kecapaian,kerana orang cm Rauf ni lah yg akan memusnahkan & rosak parti keramat kita ini.

  • Anonymous says:
    June 8, 2013 at 5:49:00 PM GMT+8

    Saya sebagai ahli UMNO sungguh kecewa dgn ape yg terjadi di UMNO Bhgn Bulit Bintang. Rauf sebagai SUK telah menyalah gunakan kuasanya dgn memasukkan ahli baru seramai 100 orang ke tiap-tiap 15 cwgn di Bulkit Bintang. Ini kerana apa?? Kerana dia nak merebut jawatan Ketua Bahagian di Bukit Bintang. Dia tahu dgn cara kotor ini saje dia mempunyai peluang utk menang. Kalau dia buat begini, memang dia akan kalah. Ayuh Semua, Mari lah kita beramai-ramai berdoa agar hajatnya tidak Kecapaian,kerana orang cm Rauf ni lah yg akan memusnahkan & rosak parti keramat kita ini.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)