Saturday, June 1, 2013

War Room, NCT dan UMNO HQ: Ada mangkuk buat duit???



Satu email diterima yang meminta Perdana Menteri mengkaji semula pasukan komunikasi beliau. Dia menyeru agar dikurangkan pegawai-pegawai komiunkasi beliau yang sebahagian besarnya telah basi.

Karakter tukang jaga artis berpangkat Datuk Seri mungkin boleh kembali kepada tugas asal dan tak perlu menjadi hamba abdi buta tuli. Jangan bodek tak tentu pasal lagi.

Event organizer company Pasukan Komunikasi Nasional atau NCT harus dibubarkan. Penyangak NCT tidak menilai dan tidak tahu apa itu Janji DiTepati. Mereka hanya tahu salur dana kepada syarikat sendiri. Quotation dari syarikat milik UMNO, Utusan pun ditolak tepi!!!!Karakter seperti Azman Awaldin, gundiknya Jaqueline dan saudara O, harus disiasat kerana ada maklumat mengatakan kumpulan ini telah menggelapkan dana puluhan juta ringgit.




Kepala NCT yang merupakan bekas wartawan bernama Dato K pun harus disiasat.

Mungkin ada ramai yang tidak mempercayai tetapi fakta dan maklumat risikan tidak boleh ditepis lagi. Penyangak yang tikam Perdana Menteri dari belakang dengan Janji DiTepati harus diadili.

Jika tidak percaya cuba audit aset dan pemilikan individu-individu yang disebut tadi.

Jangan lupa mahligai di P.Pinang dan Australia negeri sejuk mainan biri-biri. Periksa juga siapa pengarah dan pengerusi syarikay sapu sana sini.

Wahai bekas editor kanan berlagak penasihat memanda perdana menteri, jika ada perasaan malu dan harga diri, mohonlah maaf dan undurlah diri.

Jangan khianati kepercayaan Perdana Menteri. Jangan bersekongkol dengan penyangak tak berperi walaupun gaji puluhan ribu diberi.

Berundurlah secara terhormat jika masih ada maruah diri.

---------------------

Seorang blogger yang namanya tak boleh didedahkan telah tulis dalam komentar tentang ada dua Dato di ibu pejabat UMNO bernama Dato R dan Dato AK dikatakan telah sapu kontrak pembekalan banner, poster dll untuk pilihanraya BN.

Jumlahnya sampai RM400 juta. Betul ke ada banyak ini ni??? Atau saja buat-buat cerita????

Isyyy ... teringat PRU 12 ada kes melibatkan pembelkal Elegant Advisory yang menuduh dikencing. Menang ke kalah kes tu??? 

--------------------

Macam mana rakyat nak Yakini BN jika khabar angin macam ini berlaku. SPRM patut masuk dan siasat.

19 comments:

  • window cleaner says:
    June 1, 2013 at 11:30:00 AM GMT+8

    Syabas...teruskan usaha anda. Pastikan transformasi sepenuhnya utk UMNO/BN.

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 11:32:00 AM GMT+8

    brader, maksudnya

    1. pm bodoh lah tu.
    2. umno bodoh
    3. kerajaan bodoh
    4. atau pm pun korup
    5. kalau tak korup dia tutup mata
    6. kepimpinan semua korup
    7. umno korup

    atau all of the above. awak tak sedar tapi itulah yang awak katakan. melayu juga bodoh.

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 12:27:00 PM GMT+8

    warload umno mmg patut kene pecat...

    aku pon cukup risau bila tgk FB pada tahun lepas lagi dlm bln 5-6 2012 ...

    serangan ke kjaan ...bn ...umno... bertali arus di FB..

    tapi x dak satu pon FB umno yg benar2 dpt saingi FB yg ditaja dap dan read bean army..

    6 bulan sebelum praya keadaan lebih kritikal...

    org yg tebal umno pon boleh goyang dgn fakta spin DAP tapi warload umno boleh relex jee...

    page FB dap like beratus ribu... tapi page FB kelolaan pro umno hanya 6k...ekekeke...

    apa warload UMNO buat??? duduk termenung.... bodo betull... play the game they play bodoo..

    dlm masyarakat msia mmg ramai yg bliet followers atau yg pergi ke kump org ramai..

    sbb tu read bean buat false acc dan naikkan page like diaorg sampai jadi beratus ribu...

    bila dah beratus ribu.... cacai melayu yg atas pagar merasa yakin utk like dan share di FB masing2 sbb menyangka mereka dlm kump majoriti...

    padahal tu seme kerja read bean...

    sbb tu pengundi bandar masih sokong pas dan pkr padahal masa keluar video anwar nutuh amoi...masa tu mereka dah tinggai nyawa2 ikan...

    tapi warload umno gagal manipulate akhirnya berjaya disenyapkan oleh read bean dgn doktrin mereka..

    org msia ni byk pemalas nak cari kebenaran sendiri...semua nak kene suapkan...

    belajar di univ msia pon mcm tu... bukak molot luas2... kemudian lecture tuang dlm molot.. spoon feed..

    jadi warload umno kene buat artikal cantik2 dgn like page yg beratus riban dan pos di FB...

    its a fare game tapi warload umno titunn... tak tau apa dia buatt laa..

    kalaulah aku yg jadi warload tu fuhhh.... habis jahanam bdak2 dap yg menyorok kat hotel concorde tu aku kerjakan... aku bogelkan sekor2.... tak kretif langsung korang nihh..

    bangunan umno punyalah tinggi, peruntukan jota ada.... tapi ..boddo... anwaq liwat mcm tu pon ko tak bleh nak lawan... aparaa...

    atas initiatif sendiri... aku dgn kwn2 aku masa study dulu dah tekad nak tubuhkan kump sendiri nak bantu umno...guna duit sendiri woii...

    walaupon siang kerja... tapi free time akan bergerak kurang lebey mcm read bean...kami nak balas jasa umno sbb kami mengaji dulu... mara yg tolong...

    nak harapkan umno mmg x bleh harapp...anak cina taik pilat pon tak bleh lawan...hehehe..

    geospatial analysis
    klia











  • ALahaI sI LunCAi says:
    June 1, 2013 at 12:51:00 PM GMT+8

    BRO,

    BUKAN PEJABAT PM SAJA. BENDA INI BERLAKU DI PEJABAT MB. MINTAK JUGAK SEMAKAN DIBUAT.

    TENGOK JUGAK PEJABAT TPM, APAHAL JOHOR YANG BEGITU MANTAP BOLEH TERBABAS !

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 2:51:00 PM GMT+8

    suatu hari ah jib jumpa dong zhuang. maka berlakulah perbualan.
    dong zhuang : si u ah jib (dalam hati mampu u ah jib).
    ah jib : see you to. you are so marvelous … I like you. I love you. You are so kind.
    dan dengan penuh teruja dan kasih sayang yang amat dipeluknya dong zhuang. sambil berulang-ulang berkata : “I love you …”
    sambil tersenyum gembira ah jib memandang muka dong zhuang. dan dong zhuang memandang ah jib dan membalas dengan senyum sinis dan mencebik dengan sekilas.
    melihat senyuman dong zhuang itu ah jib merasa cukup gembira dan bangga. merasa seakan dunia dia yang punya. tidak ternampak pun cebikan dari dong zhuang. betapa gembiranya dia. dan dengan penuh ceria dia mengambil wang sejumlah RM 10,000.00 yang dibawanya dari rumah dan dengan penuh gembira diberinya ke pada dong zhuang. Duit itulah satu-satunya yang dia ada dan tiada berbaki lagi.
    Ah jib bertanyanya kepada dong zhuang, “cukup tak … er I yakin you tak cukup … tak apa …”
    Ah Jib memandang kepada mamat disebelahnya dan berkata, “Mat RM berapa you ada”.
    Sahut Mamat, “kejap saya cuba tengok dalam dompet saya”
    Mamat pun mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. Setelah mengeluarkan semua wang dalam dompetnya termasuk duit syiling, duit lama zaman maharaja melaka … dan mengira-ngira maka dapatlah jumlah semuanya RM 1,000.00. Mamat pun memberitahu Ah Jib jumlah wang yang dia ada.
    Dengan pantas Ah Jib berkata, “Er … itu tak cukup Mat … apa lagi yang kita ada …”
    Ah Jib memandang keliling, dan dia ternampak sebuah kereta wak segan buruk yang dinaikinya tadi bersama Mamat.
    “Hah itu pun dia …”, kata Ah Jib.
    Dengan tersenyum gembira Ah Jib berkata kepada Dong Zuang, “Hem … nih saya tambah RM 1,000.00 dan kereta ini hadiah persahabatan saya kepada kamu Dong Zuang.
    Dong Zuang hanya tersenyum sinis memandang Ah Jib. Gembira tak terkata Ah Jib melihat senyuman Dong Zuang hatinya berdetuk-detap.
    Ah Jib kemudiannya berpaling kepada Mamat, dan berkata, “Mat perjalanan kita masih jauh … jom kita pergi … ”
    Kemudiannya Ah Jib memandang mesra kepada Dong Zuang dan berkata, “Terima kasih kerana sudi menerima pemberian saya”
    Ah Jib kemudiannya berkata kepada Mamat, “Hah Mat apa kita tunggu lagi jomlah”
    Mamat pun berkata, “Kita mahu meneruskan perjalanan ini dengan apa, semua wang kita dah beri kepada dong zuang, kereta kita pun dah kita beri kepada dong zuang, yang kita tinggal hanya kudrat empat kerat dan kaki yang dah tak larat dan kita perlu wang untuk isi minyak dan untuk isi perut.”
    Ah Jib pun berkata kepada Mamat, “Ah … itu small matter sahaja … dong zuang kang ada kita buleh minta tolong dia”
    Ah Jib pun memandang kepada dong zuang dan berkata, “tentu kamu buleh tolong saya … kerana kamu saya kenal sebagai orang yang amat baik.”
    Dong zuang pun berkata, “Saya buleh tolong kamu … tetapi jika wang yang kamu minta … kamu kenalah bayar balik dan bunga untuk pinjaman tu saya tetapkan sebanyak 10% … kereta yang saya ada tu saya buleh bagi sewa … murah sahaja … RM 100.00 sehari.”
    sambil menunjukkan kepada kereta Wak Segan yang baru diberi oleh Ah Jib tadi dan sambil mengambil wang yang baru dihulur oleh Ah Jib sebentar tadi.
    Mat terkesima memandang Dong Zuang ….
    Tetapi ah jib gor terus menerpa Dong Zuang dan memeluknya dengan penuh kasih-sayang dan berpaling kepada mat sambil berkata, “Mat inilah manusia yang bijaksana … dia telah menggunakan modal yang kita berikan dengan penuh berkesan … walaupun seinci kita tidak bergerak dari tempat perbincangan dan pertemuan ini dia telah membuat untung sebanyak 10% dan keuntungan harian ialah RM 100.00 terima kasih Dong Zuang … terima kasih … tuan telah memberi ilmu yang amat bernilai kepada hamba … sekiranya ada lagi harta benda milik hamba … akan hamba serahkan kepada tuan … kerana tuan amat bijaksana orangnya …”

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 3:19:00 PM GMT+8

    Bagus..tugas rakyat bawah pantau BN. Kita penyokong BN mau yg diatas benar bebar jujur amanah dan Pro Melayu Bawah.

    Najib harus menyiasat tanpa pandang bulu dan buku kerana mereka telah membusukkan nama anda dan memberi nasihat yg tak jujur. Jika bersalah mereka harus dipecat dan dihukum.

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 3:42:00 PM GMT+8

    Itulah kehebatan umno..penyokong berhak memberi pendpt dan memberi nasihat ke pm najib. Kerana mereka dikanan kiri telah menyebabkan nama najib sendiri rosak dan busuk. Pemimpin boleh bertukar tetapi UMNO TETAP TIDAK BERUBAH.

    Berbeza pakatan..org bawah hanya ikut membabi buta dan disumbat citer fitnah dan bohong bukan utk rakyat tapi utk kuasa diri sendiri.

    Pakatan parti anak beranak..undi dalaman boleh tipu..tak boleh lawan boss..tak boleh bantah..tak.boleh lawan undi..dr dulu hingga kini pemimpin sama..fitnah citer bohong..mengayakan diri dan keluarga..rasuah lagi dahsyat hanya ditutup dgn KATA BERSIH. Masalah moral dahsyat.

    Pejuang UMNO MELAYU PINTAR bukan hang penyokong pakatan membabi buta. Hang pakatan mana ada tempat nak komen perangai pemimpin pakatan. Menumpang bangap nak beri komen pemimpin Umno.

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 3:42:00 PM GMT+8

    terbaik dan terhibur

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 4:19:00 PM GMT+8

    Sedihlah umno tak pernah aman. Dari pemimpin atasan, unit media, pemuda, wanita, puteri hinggalah pembantu tugas2 khas presiden pun nak di serang. Udah2 la jadikan isu permusuhan dlm parti sbg berita...gerakan jatuhkan Tun Abdullah dulu dari marhain bukan dari millionaire...jauh sgt lari tajuk tu. Sumpah.

    Abg Jambu.

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 4:50:00 PM GMT+8

    dato rauf mmg celaka. quotation kami yg ada sokongan dr najib sendiri pon dia dunno je. alasan dia, bekalan telah tersedia dan telah dibuat. masa tu bulan 3/2012.. logik ke?.. alasan utk nk mkn sorg. pastu design banner tulisan jawi ntah apa2.. nmpk sgt cina yg buat. bodo nya rauf..

  • Peniti Karat says:
    June 1, 2013 at 4:56:00 PM GMT+8

    Anon 12:27 p.m.

    Gua setuju komen lu bro. Gua jadi trooper sukarela selama 5 tahun tapi bila gua tengok Red Pigs Army ni serang blog pro UMNO/BN, gua tengok macam tak da respons je dari UMNO HQ. Dibiarkan troopers babi ni menyerang. Penat bro mengangkis sebab mereka ramai.

    Komen gua satu je. Kalau dah dibayar tapi tak buat kerja, duit yangt dapat tu kira haram bro. Tak berkat.

    Sampai bila kita nak macam ni. Siapa yang restrategise operasi UMNO selepas ini.

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 6:26:00 PM GMT+8

    Malang betul sekarang 2:51:00 PM satu komen Komunis mata syaitan dah meleluasa di blog BN pulak.

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 6:49:00 PM GMT+8

    Operasi umno kali Ini biar kita sndiri yg aturkan.. Jgn pk sgt pasal salah siapa.. Jika kita semua merajuk anak cucu kita dlm bhaya .. Ingat!!! Cina cuma perlu satu langkah lg utk hancurkan kita... Tumpukan serangan pada cina dap.. Klemahan parti umno jgn serang di sini.. Hantar surat kpd pm sahaja ...ingat!! Walaupun kita tidak dibayar, apa yg kita buat adalah untuk anak cucu kita...

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 8:44:00 PM GMT+8

    Datuk K memang tidak ada kredibiliti, tengok warisan yang dia tinggalkan kat tempat kerja lamanya. Dia singkirkan orang yang boleh buat kerja dan ada idea dan lantik orang yang korup ganti tempatnya. Sebab tu masa PRU13 media BN gagal saingi Red Bean Army sebab diketuai oleh orang yang hanya nak bodek dan buat duit. Orang perjuangan terutama kat tempat kerja Datuk K dulu yang pagi petang siang malam berjuang untuk UMNO/BN disingkir mentah-mentah, Tapi PM tak kisah benda tu semua. Jadi, lantiklah orang yang korup dan tak da idea mengetuai media BN dan itu juga yang dilakukan oleh Datuk K masa dia tinggalkan tempat kerja lamanya, Datuk K cadangkan, PM terima. Pejuang UMNO/BN yang sejati duduk tepi saja, yg dilantik pula lebih sibuk isi poket sendiri

  • Anonymous says:
    June 1, 2013 at 9:11:00 PM GMT+8

    RED BEAN COMMUNIST penghasut sedang aktif jaga2 kejap lagi kena sumbat dalam lokap..dah kalah dah...lagi nak hasut..semua orang dah penat dan boring dengan hasutan kau...everybody can detect you so get lost....

  • Anonymous says:
    June 2, 2013 at 12:51:00 AM GMT+8

    Siapa dato R dan dato AK Tu

  • Anonymous says:
    June 2, 2013 at 7:51:00 PM GMT+8

    Ini surat saya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM
    Assalammualaikum Ketua Pesuruhjaya SPRM
    Saya adalah kakitangan ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. Bos saya Azman Awaldin bersama rakan kongsi dia Jacqualine dan seorang lagi rakan mereka telah mendapat kontrak percetakan manifesto BN untuk PRU13 yang lalu.
    Tidak ada apa apa yang pelik kalau mana-mana syarikat dapat kontrak secara telus tetapi cuba Tan Sri bayangkan, YAB Dato Sri Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada Utusan. Logiknya lah kerana Utusan merupakan UMNO linked company dan PM dengan kemuliaan hatinya nak tolong Utusan sebab Utusan ini bukan untung sangat pun.
    Tetapi apa yang terjadi, syarikat tempat saya kerja ini di handpicked directly oleh Dato’ Raof dan kuncu-kuncunya seperti Dr. Zuraidi Ishak dan Sdra Nor Azwan Aziz dari Ibu Pejabat UMNO dan menyerahkan kontrak percetakan manifesto BN ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.
    Bukan setakat itu sahaja, Dato Khalid mantan ketua pengarang Utusan Melayu yang sekarang ini merupakan pengarah Kumpulan Komunikasi Nasional atau NCT yang bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ehwal media Perdana Menteri juga telah terlibat sama merencanakan pemberian kontrak ini kepada ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD.
    Dan di pejabat PM pula Dato’ Sri Farid Ridwan juga berperanan menyakinkan pihak-pihak yang terlibat dalam sandiwara ini. Barang tentu, Utusan akan mempercayai kata-kata mereka ini yang semuanya berada rapat di inner circle PM dan apa yang mereka kata, pastinya pihak UTUSAN mempercayainya sebagai kata-kata PM.
    Maka terjadilah sandiwara buku manifesto BN ini. Saya hanya menyedari perkara ini kerana baru baru ini saya diminta oleh bos saya untuk menyiapkan tutntutan sebanyak hampir RM 90 juta kerana kerja-kerja mencetak manifesto BN untuk PRU13 lalu. Setahu saya, syarikat kami tidak ada lessen percetakan yang diluluskan oleh KDN.
    ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD. menuntut sebanyak RM12.83/naskah x 7 juta naskah yang dicetak.

    Sedangkan, apa yang dibayar kepada Utusan hanyalah RM1.17/naskah x 7 juta naskah yang hanya berjumlah tidak sampai pun RM10 juta.
    Seperkara lagi, berapalah sangat gaji sebagai pengurus atau pengarah bahagian di ibu pejabat UMNO sehinggakan konco-konco Dato’ Raof ini berupaya membeli rumah tunai dan renovate rumah mereka dengan jumlah tiga kali ganda harga rumah berkenaan. Sila dapatkan maklumat mengenai rumah Dr. Ruzaidi Isyak dan Nor Azwan Ali. Apa kah mereka-mereka ini tidak tertakluk dengan perintah pengistiharaan harta.
    Soalan saya,
    1. Kenapa ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD mendapat kontrak tersebut tanpa pun ada lessen percetakan seperti yang ditetapkan oleh KDN?
    2. Mengapa Utusan tidak dapat kontrak berkenaan secara direct dari UMNO?
    3. Siapa sebenarnya di belakang ZEAL HITECH SOLUTION SDN. BHD sehingga berlaku pengkhianatan terhadap Perdana Menteri ke tahap ini?
    4. Siapa yang mendapat habuan lebihan RM80 juta itu
    Ini satu pengkhianatan terhadap YAB Perdana Menteri. Mereka yang sangat-sangat dipercayai sudah menjadi “harapkan pagar, pagar makan padi’. Ini mesti dihapuskan kerana mereka semua ini adalah gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.
    Surat ini dihantar dengan hasrat supaya satu siasatan oleh SPRM dilakukan dan Tan Sri juga mesti melaporkan hal ini kepada YAB PM. Semua penasihat beliau tidak ubah seperti penasihat 25% dalam cerita P. Ramlee yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.
    Sekian, terima kasih

    HAMBA ALLAH YANG PRIHATIN DAN ANTI RASUAH

  • Anonymous says:
    June 4, 2013 at 1:36:00 PM GMT+8

    ai baru nak tahu..curi mencuri dari boss..COO aku ada simpan lagi surat project zaman mahathir..siap tandatangan Tun Mahathir, sila uruskan secepat mungkin..jumlah project Rm500 juta. baru je nak happy..menteri dari MIC(bukan JKR) dah mintak cash 10% dari keseluruhan project..belum jalan lagi dah nak minta duit.. no money no go.. bye2 je la..

  • Anonymous says:
    June 5, 2013 at 4:21:00 PM GMT+8

    Red bean army relek la brader..

fda

Link2Me WeLinkBk (254)