Tuesday, April 30, 2013

Nik Abduh perlu jelaskan tanah RM10 juta milikan ayah



KOTA BHARU 29 April - Tiada siapa sangka di sebalik imej zuhud, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya memiliki 14 lot tanah seluas 1.76 hektar di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya status tanah itu yang kini merupakan tanah pertanian ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Selain Nik Abdul Aziz, isteri beliau, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz itu telah didaftarkan selepas 1990 iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ini, antara projek pembangunan yang dilaksanakan di Bandar Baru Tunjong ialah kompleks jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan seperti Jabatan Audit Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Sementara itu, di pihak kerajaan negeri pula beberapa projek penswastaan telah dirancang di sana antaranya Tunjong Pavilion, sebuah pasar raya dan banyak lagi yang bakal melonjakkan harga hartanah di kawasan tersebut yang terletak di laluan utama Kota Bharu-Kuala Krai.

Pemilikan tanah oleh Nik Abdul Aziz dan isterinya itu didedahkan oleh calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang amat terkejut dengan perkembangan tersebut kerana Mursyidul Am Pas itu sering digambarkan sebagai seorang yang zuhud.






Menurut Ibrahim, beliau telah menerima sampul surat mengandungi senarai tanah dan salinan geran milik Nik Abdul Aziz dan isterinya di dalam peti surat rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu beberapa minggu lalu.

Katanya, beliau telah menjalankan siasatan bagi mengetahui kesahihan dakwaan tersebut dengan membuat cabutan dan carian rasmi di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan hasilnya amat mengejutkan, apabila kesemua senarai tanah dan salinan geran yang dinyatakan dalam sampul surat berkenaan adalah benar.

"Saya amat terperanjat apabila seorang bergelar ulama dan sering digambarkan sebagai seorang yang zuhud, memiliki tanah bernilai tinggi ketika masih memegang jawatan ketua kerajaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Persoalannya kata beliau, bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Abdul Aziz yang merupakan seorang penjawat awam dan ketua kerajaan.


Ini pendedahan dulu ... Jadi harta Nik Aziz dah RM20 juta lebih
Sidang akhbar itu turut dihadiri seorang peguam, Nor Azli Ahamed; Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Kelantan, Fauzi Mohamad.

Pada sidang akhbar itu, Ibrahim turut menyerahkan salinan senarai tanah dan geran tanah yang dikatakan milik Nik Abdul Aziz dan Tuan Sabariah, selain salinan pelan lokasi tanah terbabit kepada pihak media.

Ibrahim sehubungan itu, menuntut Nik Abdul Aziz menjelaskan kepada rakyat Kelantan bagaimana beliau dan juga isterinya, seorang suri rumah yang tidak bekerja, mampu memiliki tanah tersebut.

"Sekiranya Tuan Sabariah memiliki perniagaan, apakah jenis perniagaan itu. Saya juga ingin memohon penjelasan daripada Datuk Nik Abdul Aziz mengenai tanah Sekolah Agama Darul Anuar, apakah ia milik persendirian ataupun tanah wakaf.

"Saya menggesa Datuk Nik Abdul Aziz memberikan jawapan secepat mungkin berhubung semua tanah yang dimilikinya itu dan bagi pihak rakyat Kelantan, saya memohon kepada beliau supaya mendedahkan semua harta yang dimilikinya.

"Rakyat berhak untuk tahu kerana tanah adalah milik rakyat. Ingat Allah Maha Kaya, Allah akan menunjukkan segala-galanya," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pendedahan tersebut bukan bertujuan membuat fitnah atau tuduhan ke atas Nik Abdul Aziz yang turut diseganinya, kerana berkemungkinan Menteri Besar itu memiliki tanah berkenaan menerusi cara yang betul dan sah.

"Tetapi yang saya nak persoalkan ialah dari segi moral, bagaimana beliau sebagai seorang Menteri Besar boleh memiliki tanah tersebut. Jadi, dia kena jawab dan buat penjelasan.

"Beliau wajib menjelaskan kepada rakyat, isterinya memiliki tanah ini, rakyat berhak untuk tahu kerana tanah ini milik rakyat.

"Inilah tragedi kepada rakyat Kelantan, apabila institusi ulama digunakan untuk kepentingan peribadi. Jadi Nik Abdul Aziz wajib menjelaskan kepada rakyat," katanya.


Anak bapak, Nik Abduh yang hanya guna muka bapa untuk poster di Pasir Mas
[Utusan cuba dapatkan reaksi dari Nik Aziz tapi tiada jawapan darinya. Tak teluslah gitu ... Baca SINI di mana Nik Aziz tak larat nak jawab. Ada main tak larat nak jawab?]

Ibrahim dalam nada kesal turut mencabar anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh yang bertanding di Parlimen Pasir Pas menjawab isu tersebut kerana beliau percaya ada pihak tertentu yang terlibat di belakang perkara tersebut iaitu tauke balak sehingga menyebabkan kawasan hutan di Hulu Kelantan digondolkan.

"Saya nak cabar Nik Abduh, jangan cakap cara riak, perjelaskan macam mana bapanya yang menjadi Menteri Besar memiliki tanah itu. Saya juga nak minta bapa mertuanya, Fatah Haron, Ketua Pas Rantau Panjang mengisytiharkan harta dimilikinya.

"Ini bukan politik semata-mata, kasihan kepada rakyat Kelantan yang naif di kampung-kampung yang menganggap Pas itu Islam, Islam itu Pas.

"Rakyat Kelantan berhak untuk mempunyai kehidupan lebih baik seperti di negeri-negeri lain dan rakyat Kelantan berhak untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik," katanya.

P/S Rakyat Kelantan berhak tahu kenapa Nik Abduh ke sana sini memandu keret amahal Mini Cooper yang mana dipunyai oleh Cina taukeh balak.

Betulkah Nik Abduh adalah orang yang jaga duit dari sumbangan atau komisyen taukeh balak?

17 comments:

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 3:50:00 PM GMT+8

    N.ajiz tu menabung dr kecil lagi dlm BSN

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 3:52:00 PM GMT+8

    Inilah yang dikatakan ULAMAK anjing .....golongan yang mempergunakan ugama untuk memperkayakan anak beranak sedara mara ..Kalau orang PAS kata pemimpin UMNO dan BN selewing ni apa NAK KITA PANGIL BILA TERJADI KAT KELUARGA TUAN GURU nik AZIZ SENDIRI?

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 3:58:00 PM GMT+8

    zuhud kepala bapak mu...

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 4:01:00 PM GMT+8

    Pas akan kata ini fitnah walau pun dah terang2 ada bukti. Selalunya puak2 ni mencari kemungkaran orang lain, tapi kemungkaran pemimpin sendiri, lagi nak ditutup-tutup.. Nik aziz macam biasa la, jangan tanya..

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 4:18:00 PM GMT+8

    ORANG ORANG PAS YANG BODOH BAHLOL TU MANA PERCAYA NI SEMUA..
    NIKNAZIZ ZUHUD.
    MAKAN GUNA DAUN PISANG.
    SOLAT TANPA SEJADAH KAT PADANG.
    DUDUK RUMAH BURUK.

    SAYANG, AKAL DA, TETAPI TAK AMPU BERFIKIR.

    NIK ABDUH SEBAGAIANAK SOLEH, SILA PERJELASKAN.

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 4:31:00 PM GMT+8

    Ini FITNAH, Orang PAS tak makan rasuah dan tak makan komisyen. Mana ada. Ini Fitnah UMNO, Ini Konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Nik Aziz, tokoh yang paling tersohor yang tahu serba serbi.

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 5:13:00 PM GMT+8

    zuhud..tak boleh nunjuk sgt...nnt rakyat datang mintak duit.. kalau zuhud rakyat kena bagi duit..

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 5:25:00 PM GMT+8

    Tak mungkin,tak mungkin Nik Aziz kebas tanah rakyat.Bayangkan elaun Menteri Besar pun dia enggan ambil.Tinggal pun dirumah sendiri.Semuanya dibuat atas dasar tidak mahu guna duit rakyat.Berdosa tau tuduh beliau saorang yang zuhud.Baik korang minta ampun kat dia.

  • Zain Masterchef says:
    April 30, 2013 at 5:27:00 PM GMT+8

    Kita tunggu macamana buruk atau cantiknya buah silat Nik Aziz menangkis isu ni.

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 5:34:00 PM GMT+8

    Eeeiiik hari itu dia kasi 2 pemimpin DAP 10000 ekar tanah.Dia pun ambil juga.( Ish ish jangan undi Umno sebab mereka tu zalim)

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 5:39:00 PM GMT+8

    Eeeiiik hari itu dia kasi 2 pemimpin DAP 10000 ekar tanah.Dia pun ambil juga.( Ish ish jangan undi Umno sebab mereka tu zalim)

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 10:01:00 PM GMT+8

    kalau umno dipanggil seleweng..rasuah..korup..
    kalau Pas dipanggil rezeki dari Allah..
    sebab Kami pakai sarban mana boleh seleweng..rasuah..korup..
    itu semua Kami ambik je bukan curi..
    ambik halal..curi haram..
    ada paham...

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 10:17:00 PM GMT+8

    Ni semua salah umno. Takde 4 saksi Jgn main putar je. Video pun takde. Semua salah umno ni kawe dapat tanah banyak-banyak tu-
    N.ajis

  • Anonymous says:
    May 1, 2013 at 10:53:00 AM GMT+8

    harap serban je tebal.. guna nya untuk menyimpan dosa... dan mrngkababuri mata rakyat... yg kurang mahir berfikir tuuuu.

  • Nichole lee says:
    July 29, 2013 at 2:18:00 AM GMT+8

    Am Nichole dari Perancis dan saya tidak akan percaya bahawa suatu hari nanti i akan
    berkongsi hidup saya dari kanser dengan sesiapa sahaja kerana kanser hampir berakhir saya
    kehidupan.

    Saya memberkati hari itu setia i pergi dalam talian untuk mencari bantuan dan saya mendapati saya
    pembantu Dr George yang membantu saya melalui e-mel beliau untuk mengalahkan kanser yang mempunyai
    hampir menghisap kehidupan daripada saya dengan minyak ganja beliau yang berkesan
    kerana beliau berkata ia adalah.

    Saya juga akan suka menggunakan medium ini untuk menghargai Dr.George
    contacthospital_eastern.george@yahoo.com untuk penjagaan, sokongan dan
    tentu minyak ganja itu kerana saya akan menjadi sejarah jika tidak kerana anda saya
    wira terhebat Dr George.

    Terima kasih anda supaya banyak Sir dan Allah akan memberkati anda lagi.

  • Anonymous says:
    January 4, 2014 at 5:08:00 PM GMT+8

    KALAU ADA ORANG NAK MENJATUHKAN KITA,ITU BERMAKNA KITA BERADA DI ATAS MEREKA..

  • Anonymous says:
    October 22, 2014 at 9:48:00 PM GMT+8

    Senyap je isu ni skang?ibrahim kata nk bw ke mahkamah...ibrahim taik

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)