Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, April 11, 2013

Hitam hati Nik Aziz dendam Tok Guru Minda Pondok


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.

Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.


Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.

Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.

Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.

Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.


Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.

Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda. Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS?

Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T.

Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya.


P/S Hati Nik Aziz hitam ... 

Akibat asakan Minda Pondok, kerajaan PAS Kelantran dah sitakan pondok 5 tingkat tempat operasi Minda Pondok. 

5 comments:

  • Anonymous says:
    April 11, 2013 at 9:20:00 PM GMT+8

    Salam. Kalau dia kata pembinaan Minda Pondok tidak ada kelulusan atau kebenaran sila siasat bangunan Sekolah nya diPulau Melaka itu ada CF tak? Ada kelulusan Arkitek tak.? Megikut plan tak? Kata UMNO haram kerna tak sokong Islam kini dia sendiri menghalang peekembangan Islam. Apa nak jadi. Nauzubillah...

  • Anonymous says:
    April 11, 2013 at 10:09:00 PM GMT+8

    Nik aziz b*ruk tua memang penuh kesumat pasal bila Pas kena nyah dari BN, dia telah hilang pangkat sbg penyelia KEMAS. Sampai la ni dia tak dpt lupakan perkara tu. bila ostat Nasa sebut psl unity govt., terus dia naik hangin

  • Anonymous says:
    April 12, 2013 at 12:11:00 PM GMT+8

    Bangunan yg di miliki oleh lobai2 bahalol PAS kebanyakknnya di ngr Kelantan dan Kedah , majoritinya mana ada CF...tuh bangunan sklh Hadi yg trbakar dulu pon xde CF...

    Sbb pertikaikn kekurangan dan kesalahan org len, tapi dalam kain sendiri penoh dgn kudis buta dan sopak.....myk cilako ini PAS...

  • mie says:
    April 12, 2013 at 1:08:00 PM GMT+8

    Kesian,kawan sy sorang ni punyala kuat menyokong PAS..semua salah umno yg betul NA sorang.Guru sy pernahke pondok2 kelantan dan mrk disana berkata kalau syeikh ingin dikenali,pergila jumpa NA minta restu dia,maka guru sy kata,aku xperlu dikenali dan xakan bersalam dgn org yang menghina Nabi.tetap buta juga org PAS ni walaupun kwn sy sendiri.kesian

  • Anonymous says:
    April 12, 2013 at 7:05:00 PM GMT+8

    penyokong2 pas ni nak dikatakan apa yer.. ada saja yg pandai agama tapi tak berani menegur dan mentarbiah ketuanya yang dah keterlaluan..kalu benar2 pejuang agama p tegur@tarbiah dia.. berani kerana benar..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)