Tuesday, April 30, 2013

Calun PKR tak peduli artis yang dibunting dan anak

Ibrahim dan idolanya, Anwar Ibrahim yang sama tak bermoral

Mahu tahu siapakah calun PKR yang kami dedahkan SINI sebagai ada hubungan dengan artis tapi tidak bertanggungjawab. Tak adalah kami nak dramakan dan hanya dedahkan terus. Dianya adalah "chief of staff" PKR dan calun PKR di Setiawangsa, Ibrahim Tan Sri Yaacob.

Oleh kerana pengundi Setiawangsa mempunyai akses kepada Internet, eloklah kami saja dedahkan. Harap mereka sedia maklum.

Masaalah kempen Setiawangsa adalah calun pengantin, Dato Fauzi telah ambil seorang blogger penyokong Anwar Ibrahim yang tegar untuk jadi sebahagian dari pasukan kempen dan bagi tugasan public relation.

Namanya dan blognya yang dah mampus tu pun kami tahu. 

Pastinya blogger tersebut akan membantu dari dalam untuk halang kelemahan moral calun PKR dari didedahkan. Pandailah dia gunakan pengaruh dan tugasnya itu.

Ibrahim ada hubungan yang terlajak dengan seorang pelakun wanita hingga akhirnya mengandung. Tetapi dia enggan bertanggungjawab untuk menikahi dan menjadikan an honest woman out of the actress.

Pelakun ini melahirkan anak lelaki yang tidak berayah kerana ayahnya enggan bertangungjawab

Sudahlah itu, Ibrahim bukan ayah yang bertanggungjawab.

Pelakun itu bukan saja berhempas pulas berlakun mencari nafkah untuk membesarkan anak tapi turut melakukan perniagaan runcit-runcitan.

Anak itu membesar dalam keadaan yang serba kurang dan berhadapan dengan tekanan dari kepincangan dalam hidup keluarga tanpa seorang ayah. 

Ibrahim tak ambil kisah pasal anak itu kerana akhirnya anak itu mengikut profesyen ibu dan berhadapan dengan sebagai masaalah dari hidup sebagai seorang artis muda. Akhirnya dia terjerumus ke lembah penyalahgunaan dadah dan merengkok di penjara.

Si pelkun wanita yang hilang dahan dia meletakkan kasih sayang akibat kekasih yang tak bertanggungjawab akhirnya jatuh sakit dan kini tenat dalam hospital.


Inilah angkara Ibrahim Yaacob yang mahu ditawarkan PKR untuk mewakili penduduk Parlimen Setiawangsa. Sebagaiman yang kami katakan sebelum ini:

Yang penting adalah calun yang PKR tawarkan kepada rakyat adalah orang yang tak bermoral. Jadi macam mana orang tak bermoral dan tiada rasa salah dan rasa tanggungjawab atas kesalahan boleh menjadi suara dan pejuang kepentingan rakyat di Dewan rakyat?

Mana ada kredibiliti untuk bercakap mengenai keadilan, ketelusan, governance, kebersihan dan nilai-nilai dalam Parlimen tapi dirinya sendiri bukan seorang tak ada akhlak dan melakukan kerja haram!!!


Selain perihal tak senonoh Ibrahim Yaacob, AIDC menulis:

Siapakah Ibrahim Yaacub ?

Ibrahim Yaacub berumur 60 tahun adalah anak kepada Tan Sri Yaacub Latif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama. Ibrahim merupakan bekas AJK UMNO Setiawangsa yang berhijrah ke PKR pada pertengahan 2007 kerana mempunyai hubungan setiakawan dengan Anwar sejak Ketua Umum PKR itu menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.

Ketika Ibrahim Yaacub mengambil alih jawatan Ketua Staff di Pejabat Ketua Umum sekitar Februari 2008, tiga staff lain (Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tsin dan Nurul Izzah Anwar) sedang sibuk mempersiapkan diri menjadi calon Pilihan Umum ke – 12(PRU 12). Jadi kebanyakan kerja pejabat diuruskan oleh Rahimi Osman.

STAFF KETUA UMUM 2008-1

Sekitar Mac 2008, Rahimi membawa masuk Saiful Bukhari sebagai sukarelawan PKR. Selain Saiful, seorang lagi sukarelawan yang bekerja membantu Anwar bernama Shafiq.

Kerana kekurangan calon, Ibrahim Yaacub sendiri dicalonkan sebagai calon ’bidang terjun’ dalam PRU 12, bertanding sebagai calon PKR di Setiawangsa.

Setelah Ibrahim tewas kepada Zulhasnan Rafique, beliau kembali kepada tugas asalnya menjadi Ketua Staff di Pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, PJ dengan menjaga staff-staffnya iaitu Rahimi Osman, Saiful Bukhari, dan Farhash Wafa Salvador.

photo
Menurut Muhammad Shukri Md. Saad yang sering menulis menggunakan nama samaran “Mat Keri” dari AIC (Anwar Ibrahim Club), Ibrahim Yaacub adalah seorang yang memilih bulu dalam mengatur pertemuan-pertemuan ahli-ahli PKR dengan Anwar.

“Ibrahim Yakob. manusia aneh yang mintak CV semua orang yang nak jumpak Anwar. aku tataula samada semua orang dia mintak CV, tapi yang aku boleh pastikan, dia mintak CV semua pimpinan AIC yang nak berjumpa Anwar. mintak CV???”, tulis Mat Keri (sekarang Presiden AIC) di blognya, jahilgoblog.net. Klik di sini

Sikap sinis Mat Keri kepada Ibrahim Yaacub mudah difahami, kerana Ibrahim yang sudah berusia emas, tidak begitu gemar dengan ‘politiking kebudakan’ dalam AIC.

Sebab itu, Farhash Wafa Salvador bekas Presiden Anwar Ibrahim Club United Kingdom (AICUK) yang kemudiannya menjadi staff Anwar di Pejabat Ketua Umum tidak begitu disukai Ibrahim. Klik di sini

Baca sepenuh di AIDC SINI

15 comments:

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 7:43:00 PM GMT+8

    i know siapa artis itu dan anaknya...but please tolong jgn reveal siapa artis itu. she is going through the worst moments of her life now so please spare her from all these. she has suffered enough n her life. tq

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 8:02:00 PM GMT+8

    boleh bagi klu sapa artis tu?

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 8:13:00 PM GMT+8

    tak payah aibkan artis yg kini teruk menderita tu...kesian dia ...mungkin ini kifarah buat beliau ...menuju ke syurga...amin. Allah swt maha pengasih dn penyayang

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 8:18:00 PM GMT+8

    Kesian, beginilah nasib orang perempuan..terlalu percaya pada CINTA..

    Siapa pun DIA, semoga Allah swt mengampuni dosa2 dia dan dia tabah menghadapi dugaan hidup yang fana ini.

    Tetapi LELAKI yang bertanggungjawab mesti dibawa ke tengah tak kiralah SIAPA dia. Jangan lepaskan dia..ini kejam dan tidak adil sekali.

  • The Unspinners says:
    April 30, 2013 at 8:31:00 PM GMT+8

    Anon 7:43

    Kami tak akan lepaskan nama artis tersebut

    Isunya mengenai Ibrahim Yaacob

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 9:07:00 PM GMT+8

    AKU TAHU SIAPA ARTIS TU DAN SIAPA ANAKNYA... AKU DOAKAN MUGA MEREKA TABAH MENGHADAPI DUGAAN DIDUNIA INI.. DAN ALLAH MAHA ADIL....

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 9:08:00 PM GMT+8

    Akupun tahu, artis wanita tu sgt popular dgn lakonannya dan pernah menang anugerah dan skrg beliau menderita kanser. Anaknya baru dibebaskan dari pusat tahanan dadah thn lalu. Apapun dosanya moga Allah mengampunkannya. Dan LELAKI SIAL itu, kau jwblah diakhirat nanti. Lain kali lah!

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 9:18:00 PM GMT+8

    OMG a fren gave me the link to this write up ....
    But i beg you i beg you while it is in fact the truth what you wrote about that guy, please jgn reveal siapa artis tu because she is doing her best for herself and her child. I know her very very well. Kesian dia. That guy mmg binatang!

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 9:51:00 PM GMT+8

    tksh unspinners kerana tk siarkan nama artis tu...moga pkr lingkup kali ni...pembawa bala pd negara..nyesal undi PR dulu!

  • Anonymous says:
    April 30, 2013 at 10:06:00 PM GMT+8

    Arwah ayah saya sepupu dengan mak ibrahim ni.. Ibu saya panggil ibrahim ni yem.. Mengenai artis ni memang betul..kita doakan semoga artis ni sembuh dri penyakitnya..amiinnn

  • Anonymous says:
    May 1, 2013 at 12:01:00 AM GMT+8

    Pelakon wanita sangat aib...macam manalah Calon PKR main hatam sahaj?

  • Anonymous says:
    May 1, 2013 at 12:48:00 AM GMT+8

    http://stopthelies.my/?p=3074
    Sekarang kita dah tahu kenapa Anwar Ibrahim dan penyokong DAP PKR PAS cakap 200811 September 16 dan liwat pertama lagi Anwar Ibrahim. Mestilah Calon PKR juga sama tingkah laku.

  • Anonymous says:
    May 1, 2013 at 9:14:00 AM GMT+8

    Sebenarnya artis wanita tu dah pun mendedahkan siapa diri dia dan hubungan silamnya dgn Ibrahim ni. Ingat lagi tak dalam TV apabila anaknya mula-mula kena tangkap, dia merayu di TV kpd Ibrahim supaya tolong datang jengok anaknya itu di penjara. She said, "Ibrahim please do your part as his father for once in your life". Tapi agaknya, Ibrahim tu tetap buat tak tahu laa kut.

    Semoga Allah meringankan kesakitan yang sedang ditanggung oleh artis berkenaan sekarang ni... semoga Allah menerima taubatnya...
    Dia adalah mangsa kepada lelaki yg pentingkan darjat tu yg sanggup 'membuang' anak sendiri.

  • Anonymous says:
    May 1, 2013 at 11:24:00 PM GMT+8

    Saya rasa saya tahu siapa artis itu sebab ada orang sudah bagi bayang-bayang yang agak terang cuma sumber saya katakan memang ada hal dgn anak Datok Bandar cuma yang mana sat ye?

  • Anonymous says:
    May 2, 2013 at 3:59:00 PM GMT+8

    Jambu-jambu belaka staff Anuwar ni yer...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)