Monday, March 11, 2013

Pahlawan Sauk minta rakyat beri semangat pada anggota


KERAMAT 10 Mac - Tindakan bekas anggota tentera Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid  mendedahkan kelemahan kemampuan ketenteraan negara dalam menjalankan tugas mempertahankan tanah air mempunyai agenda tersendiri dan bersifat peribadi.

Menurut Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohammad Said, tindakan Ghafir mendedahkan perkara tersebut ketika pertemuan bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan perasaan kecewa kepada bekas-bekas tentera yang berkhidmat kerana perkara tersebut adalah sulit dan tidak boleh dideahkan kepada umum.

"Bukan semuanya sempurna ada yang kurang ada yang tidak betulnya, dalam hal-hal keselamatan pengangan kami masih setia."

"Kekurangan angkatan tentera atau pasukan keselamatan kita tidak boleh disebarkan di khalayak ramai, ini sebabnya mereka berani datang (ke Lahad Datu)," katanya kepada media pada majlis penerangan Dalang Pengganas Lahad Datu dan Ancaman Keselamatan Negara dekat Keramat, malam tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad,  dan  Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong dan Presiden Muafakat Masyarakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) Ismail Mina.

Tambah Zaini, mereka yang mebocorkan rahsia rasmi kerajaan boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menjaga rahsia kerajaan.

Beliau dalam pada itu turut mengulas tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam menangani krisis di Sabah.

"Saya berpendapat bahawa tindakan kita betul dan kemajuan yang saya lihat mengikut laporan-laporan sungguh memberangsangkan."

"Kita harus menaruh keyakinan yang penuh kepada pasukan polis dan angkatan tentera kita serta pemimpin-pemimpin panglima untuk mengendalikan operasi itu, sebenarnya kita lebih hebat dari apa yang digambarkan." katanya.

Zaini turut menyeru kepada semua masyarakat agar membuat petisyen sebagai tanda sokongan terhadap pasukan polis dan tentera yang berjuang di Sabah sebagai tanda sokongan terhadap tindakan yang di ambil pihak berkuasa Malaysia.

Ghafir sebelum ini membuat kenyataan tentang kelemahan ketenteraan ketika mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

KLPOS

11 comments:

  • Anonymous says:
    March 11, 2013 at 10:54:00 PM GMT+8

    Mulut Leftenan Jen(B)ni mulut longkang!!..Klu ckp xtau berlapik, jadi modal musuh menyerang...yg ssh rakyat Malaysia termasuk ko ngn anak bini ko jgk!!..Bangang btl!!!

  • Anonymous says:
    March 11, 2013 at 11:12:00 PM GMT+8

    Pembelot saperti Jeneral musiba ni patut di buang Negara!!!

    Jenis Haram Jadah!!!

  • Anonymous says:
    March 11, 2013 at 11:15:00 PM GMT+8

    1511 - Si Kitol menjadi petualang hingga Melaka hilang.. tergadai.

    Ketika Jepun memerintah, ramai juga Melayu yg jadi talibarut Jepun.. tak kisah orang kampung sendiri kena sembelih.. yg penting mereka dapat duit..boleh hidup senang.

    Ketika Darurat 1948 - 1960, tali baru Komunis hidup bersama orang kampung di siang hari, bertukar jadi bintang merah di malamnya. Kes paling tragis ialah Peristiwa Bukit Kepong yg di caci oleh puak PAS. Semuanya kerana duit.

    Sekarang... hari ini... Si Kitol dan Datuk Manjalara berkeliaran lagi...

    Ya Allah... selamatkan masa depan anak cucuku... Selamatkan lah negaraku ini... ameen..

  • Anonymous says:
    March 11, 2013 at 11:39:00 PM GMT+8

    Anuar aljuburi bgi duit sikit..abis sume rahsia pecah!! Ghafir nie bagi aku..Lagi HINA!SAMPAH!! Dr komunis,, mkn la ko duit haram Anuar aljuburi tu! Tp x leh chalange bapak saiful dpt..5 million beb" peerrrhhh"" patut la..betul la..duit adalah segala galanya..

  • Anonymous says:
    March 11, 2013 at 11:48:00 PM GMT+8

    kuasa duit cukup jelas dlm hal ini. anwar dgn duit berbilion boleh beli siapa pon yg dia mau. anwar boleh kasi cerita yg bervariasi pada masyarakat msia dgn umpan duit berjuta. kesian pada manusia yg jadi hamba duit. jeneral tu mungkin dah kembung minum arak dlm tentera nak bertaubat tak kene cara.

  • Anonymous says:
    March 12, 2013 at 12:21:00 AM GMT+8

    Brapa banyak Anu bayar hah???

  • Tai An Jing says:
    March 12, 2013 at 12:35:00 AM GMT+8

    Anuwar berjaya mempengaruhi dan mengheret jiwa-jiwa yang sememangnya gelap terus kedalam lubuk hitam. Dia guna sihir janji dikhayali (semua dijanjikan jadi menteri, duta dan CEO GLc), duit ditaburi (semua mau jadi kaya sebab Anuwar kata duit no problem..gerenti wang besar mai).

    Jen(B) semua tak dapat tidur mikir jadi menteri pertahanan bila Nuwar jadi PM nanti.

  • Anonymous says:
    March 12, 2013 at 12:40:00 AM GMT+8

    Setahu aku setiap Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat atau akan bersara ada membuat Akur Janji tidak akan mendedahkan Rahsia Negara dengan apa cara sekali pun? So Persatuan Bekas Tentera tak...kan nak diam?? KDN?? SB?? jalankan kewajipan anda.

  • Anonymous says:
    March 12, 2013 at 1:18:00 AM GMT+8

    AG tunggu apa lagi. Buatlah first information report dan charge dia di bawah OSA. Takkan tu pun t

  • Anonymous says:
    March 12, 2013 at 7:44:00 AM GMT+8

    dia mmg patut d kenakan tindakan. jgn berlembut sbb kerana org mcm ni negara dlm bahaya. sbb dia pasti tahu semua hal dlm ketenteraan dan keselamatan negara. dia patut di kenakan tindakan OSA akta rahsia rasmi yg septt kakitgn awam kena patuh. slain itu tuntutan agama jga dlm hal amanah. di dunia mungkin lepas d akhirat allah maha mengetahui.

  • Anonymous says:
    March 12, 2013 at 11:57:00 AM GMT+8

    Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid
    memang loyar buruk dan tongkat membawa rebah [tak boleh harap untuk mempertahankan Negara Malaysia] apabila hanya menyimpan rahsia hanya orang yang ada security clearance.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)