Greetings

Tuesday, March 5, 2013

Lanun Sulu pakai M16, siapa biaya? Siapa dalang sebenar?

Malam tadi, Saudara Lokman Nor Adam muncul di Hello Malaysia Astro 502 bagi tajuk program berjudul "Tuntutan Sabah : Kenapa sekarang?"

Lokman Adam pernah menajdi penasihat kepada Sultan Slu yang sebenar ketika dia duduk di Bangsar, Kuala Lumpur. Kini mereka berada di Manilla dan hidup dalam keadaan amat daif, kata Lokman.

Sebelum muncul di kaca TV, Lokan telah mengeluarkan kenyataan berikut: 

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback.

Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang. Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan takhta.

Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar.

Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak.

Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.
[Baca laman SINI]

Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. 


Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.

Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara
kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak
mampu.

Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013


Seorang askar bertanya Bangsamoro menggunakan AK47, Kumpulan pemisah Pattani guna AK47.  Rejim kerajaan Myanmar guna AK47.

Bagaimana lanun Sulu yang miskin boleh guna M16? Siapa biaya?

11 comments:

  • Anonymous says:
    March 5, 2013 at 8:46:00 PM GMT+8

    ingatlah wahai saudara2ku yang sebangsa dan seagama. jika kesultanan Sulu ini yang satu ketika dulu begitu gah dan luas tanah jajahan takluknya blh menjadi sebegini akibat sengketa sesama mrk, tidak mustahil perkara ini blh berlaku kpd kita jika kita tidak berjaga2 dan sedar diri. muhasabah lah ...

    - Hantu Siber -

  • PANJI ALAM says:
    March 5, 2013 at 9:00:00 PM GMT+8

    Senjata M16 tu bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan Malaysia,bantuan diberi utk membantu para pejuang Moro yg ditindas oleh kerajaan Filipina sekarang senjata tu mkn tuan - http://militaryofmalaysia.net/2013/01/black-ops-operasi-sabah-selamanya/

  • PANJI ALAM says:
    March 5, 2013 at 9:01:00 PM GMT+8

    Senjata M16 bantuan dr kerajaan Malaysia utk pejuang Moro & sekarang senjata tu makan tuan - http://militaryofmalaysia.net/2013/01/black-ops-operasi-sabah-selamanya/

  • This comment has been removed by the author.
    PANJI ALAM says:
    March 5, 2013 at 9:03:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by the author.

  • Zack ( The Original) says:
    March 5, 2013 at 9:25:00 PM GMT+8

    Bro,lu pelik kenapa geng2 sulu ni leh pakai M16..

    lu nak tahu kenapa?kalau lu nak tau bro..orang2 filipina ni buat sendiri raifal M16 hingga raifal terbaru buatan amerika iaitu M4 carbine pun dorang produce sendiri.

    kalau lu tak caya,lu sendiri leh buka youtube atau goodle sendiri industri pembuatan senjata filipina ni.

  • Anonymous says:
    March 5, 2013 at 9:30:00 PM GMT+8

    kpd panji alam...bukan setakat m16 yg makan tuan,anwar pun sama jugak,makan tuan.dulu bukan main berlagak mcm hero.hari ni jadi dajjal melayu.hidup dgn memfitnah org memanjang.masa dia dalam penjara,aman malaysia.bila dia keluar jer,tunggang langgang semuanya.kpd org2 yg mcm panji alam dan penyokong2 PAS,DAP & PKR,hangpa semua bawak2 lah bertaubat dan berdoa pada ALLAH s.w.t supaya diberi petunjuk dan dipertunjukan kebenaran.

  • Anonymous says:
    March 5, 2013 at 9:35:00 PM GMT+8

    logic ke brunei hadiahlan 'sekeping' tanah seluas SABAH untuk sultan SULU?

  • iluvmesia says:
    March 5, 2013 at 10:00:00 PM GMT+8

    memang anwar yg bagi senjata2 & mortar tu...anwar banyak duit ada billion2 banyak dr mahadeath lg...kui3...anwar kan ejen amerika, ejen cia, ejen isreal....tak pelik kalau dia bg senjata tu...puak2 UMNO yg bengap & bodoh terus percaya 120%...kesian

  • Anonymous says:
    March 5, 2013 at 10:30:00 PM GMT+8

    Fakta ;
    - Sabah dibawah pemerintahan Brunei sebelum Sultan Sulu mengambil alih.
    - Sultan Sulu telah memajak kpd sykt British dan kemudian mengadaikan terus Sabah.
    - Kemasukan Sabah ke Malaysia di iktiraf malah tuntutan Filipina keatas Sabah dan beberapa pulau turut gagal.

    Itu yg patut cai-cai fikir sebelum kluar soklan tahap lembu. Ade ke tanye 'Sultan Brunei hadiah sekeping tanah seluas Sabah?" Ko nak pertikaikan benda yg dah terjadi puluhan/ratusan tahun yg lepas?
    Kemon la bro. Dulu Sabah mungkin tiada kepentingan berbanding Selatan Filipina yg ada kegiatan ekonomi. Hanya hutan dan gunung. Sebab tu jugak mereka sukati gadai kat sykt British....

  • Oshin says:
    March 6, 2013 at 11:37:00 AM GMT+8

    To iluvmesia..
    Aisey..dont you know that His wife called him Anugerah Tuhan.:)
    May I add some more titles:
    Mr Pornstar
    Mr Bisexual
    Best Actor
    Best manipulator
    Si Kitol
    Mr Satan
    Mr Dajal..etc..
    Please use your brain and eyes that Allah has bestowed upon you..many people around the world (more intelligent and educated than you) have acknowledge his involvement with these foreign agents.

    Please read other than Harakah /keldai Daily/wikipedia..

    Re Mahadeath...He has been given many honorary titles, respected all over the world.invited to be inside Kaabah..
    How about You?anything you have done for the country/Islam?

  • Anonymous says:
    March 6, 2013 at 11:56:00 AM GMT+8

    to iluvmesia..

    dimana bumi di pijak disitu langit dijunjung..

    tak reti menghargai jasa org yg telah memberi sebuah negara yg aman kepada kamu yg maju dan megah di antara asia tenggara yg lain..

    kau tak pecaye anwar meliwat,
    kau tak pecaye anwar lindung israel,
    kau tak pecaye izzah bg kebebasan beragama,
    kau tak percaye psl isu memali,
    kau tak pecaye ape yg selama ini UMNO dan BN bagi..

    yg kau pecaye, dimana butuh anwar berada, disitu kau tadah punggung..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)