Friday, March 1, 2013

Lahad Datu: Selamat tinggal pejuang ku


.... 3 orang anggota VAT 69 telah disahkan gugur mempertahankan negara iaitu Inspektor Zulkifli , Sarjan Sabarudin dan Koperal Azman Ampong .

Al Fatihah .




Gambar di atas dan di bawah ini adalah gambar wira negara arwah Inspektor Zulkifli yang terkorban selepas terkena bom mortar ketika mengawal pos kawalan di Lahad Datu.

Di bawah pula adalah SMS terakhir arwah kepada rakan-rakan sebelum bertugas.


Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli b. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin b. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)

Kita doakan kedua-dua pejuang kita selamat dan sejahtera.

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.

Rahmat Allah kita pohonkan.

MIM

12 comments:

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 12:12:00 AM GMT+8

    sedih amat mengenangkan politikus yg khianat pada negara sehingga membawa pengorbanan jiwa dan raga

    Al Fatihah

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 12:27:00 AM GMT+8

    Bukan 3, tetapi sebaliknya 2 sahaja.

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 1:25:00 AM GMT+8

    Menitis air mata saya baca sms arwah ni.
    Al Fatihah untuk 3 pejuang.

    Bangsat kau anwar!!!!. Kekal lah kau dalam sejarah sebagai penghianat negara!!!!.

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 2:42:00 AM GMT+8

    Kpd pengkhianat negara, siap le korang. Pegi mampus le PKR. Aku harap xpyh lagi le guna komando polis. Hantar je pasukan komando gerak khas ATM. Gempur habis. Selesai terus. Jgn bagi muka langsung.

  • Ahmad Albab says:
    March 2, 2013 at 4:25:00 AM GMT+8

    Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

    Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

    Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

    Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

    Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

    Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

    Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

  • Zakir says:
    March 2, 2013 at 7:07:00 AM GMT+8

    moga roh2 mereka dicucuri rahmat Allah ameen.

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 7:18:00 AM GMT+8

    xkn nk panggil veteran yg baru ptt gals tugas yg diberi dgn dedikasi. kalo tak depa rasa tidak dberi kepercayaan utk menjlnkn tugs. smpi bila nk guna veteran. kita tak nafi depa mmg hebat dn berpengalmn.

  • azlan aini says:
    March 2, 2013 at 7:40:00 AM GMT+8

    Minta je nasihat daripada M sabu and the gang..

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 9:02:00 AM GMT+8

    Aku doakan komando askar dan polis juga hapuskan pengkhianat negara yang celupar mulut dan selalu menghina pasukan keselamatan kita . . .

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 9:37:00 AM GMT+8

    Nnt sabun minta tlg ngn komunis.

  • Anonymous says:
    March 2, 2013 at 10:25:00 AM GMT+8

    bukan hishamudin je, igp pun sama... letak jawatan!

  • Anonymous says:
    March 14, 2013 at 12:18:00 AM GMT+8

    Sedih bila mengenangkan mereka yg terkorban! Keluarga mereka pasti lebih pilu. Tapi apakah pengorbanan mereka mendapat pengiktirafan yang sewajarnya???? Artis yang meninggal mendapat gelaran Tan Sri!!!! Apakah mereka yang terkorban ni setakat mendapat pencen yang lebih sedikit?? Juga buat pemimpin negara berhentilah mempolitikkan isu ini, kerana nyawa pejuang kita tiada nilainya. Persoalannya bagaimana mereka yang begitu ramai dgn senjata yang begitu banyak dapat berlabuh dibumi Malaysia??? Kalau rasuah dikaitkan dgn anggota keselamatan kita yang jumlahnya cuma sekelumit kuman jika dibandingkan rasuah mereka yang lebih berkuasa??? Lahad datu sudah menjadi satu dari hasil rezeki rasuah kemasukan warga asing.. Tiada sempadan lagi buat warga asing selagi mereka berduit...RENUNGKAN....

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)