Greetings

Sunday, March 31, 2013

Kit Siang bakal berkubur di Gelang Patah


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan.

DAP memang lama mahu masuk Johor. Dengar komen Tunku Aziz berikut:



Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.



Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.


Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang.

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU 13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.



Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen gelang patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi.


Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.

Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan.


Pengundi-pengundi Cina tidak mengalu-alukan kepulangan Kit Siang di penghujung hayat politiknya. Mungkin Kit Siang sudah mula rasa kerana pekedai-pekedai Cina tidak mahu bersalaman dengan beliau ketika dia melawat kawasan.

Kenapa dia tidak berada di Johor selama ini? Baru sekarang nak balik ke negeri asalnya.

7 comments:

  • Anonymous says:
    March 31, 2013 at 10:26:00 AM GMT+8

    If I'm Gelang Patah voter, I will vote for Jason just because he is 100x more handsome than Kit Siang..

    I would want a young man to represent me instead of old man who is past due retirement.

    Soi Lek is also right.. Kit Siang aim is not to berbakti for his constituents but just for his political ambition.. Johorean should kick him out to South China Sea!

    Hidup Jason! Hidup BN!

  • freemalaysiakini says:
    March 31, 2013 at 11:32:00 AM GMT+8

    Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

  • diana lola says:
    March 31, 2013 at 3:51:00 PM GMT+8

    SALAM..MOHON TOLONG PAUTKAN BLOG SAYA DIBLOG ANDA..
    SYA SUDAH PAUTKAN BLOG ANDA DIBLOG SYA..
    http://rockmetalpower.blogspot.com/
    TERIMA KASIH..

  • Anonymous says:
    March 31, 2013 at 6:05:00 PM GMT+8

    Senang sungguh jadi adun/ahli parlimen pembangkang. Tak perlu kesah dimana kampung kelahiran atau tempat tinggal. Bila dah tak popular pindah. Lepas huruharakan sesuatu tempat pindah. Janji elaun masuk. Bila ada peluang kucarkacirkan negara masuk jarum rasis. Dah berpenggal2 apa sumbangan dia? Takkan pak lebai pas x nampak lagi. Hish pelik betul.

  • JB Mali says:
    March 31, 2013 at 8:07:00 PM GMT+8

    Kepada semua pengundi marhean di JB, Gelang Patah, Johor Jaya, ramai2 kita pangkah calon BN dan ramai-ramai kita sepak keluar calon PR keluar dari Johor terutamanya kalau calon PR ni babi yang diberi nama Lim Kit Siang. Babi ni dah banyak buat taik kat Ipoh Timur sebab tu lah dia lari ke Johor. Ingat - ludah dan sepak babi DAPpigs ni keluar dari Johor. Jangan ada pulak yang pegang babi ni, jenoh pulak kita nak bersamak nanti.

  • Anonymous says:
    March 31, 2013 at 9:35:00 PM GMT+8

    Yng penting dia nak buktikan kepada chauvinis yng Anwar PKR dan PAS adalh di bawah telunjuk DAP...

  • Anonymous says:
    April 1, 2013 at 1:22:00 PM GMT+8

    I'll vote in Kluang. My vote will NOT go to people who don't know how to use excel.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)