Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, February 21, 2013

Xenophon tak disetujui rakyat Australia, Wan Azizah?


Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat sudah pun mencabar Presiden PKR, Dr Wan Azizah untuk memberikan penjelasan berhubung isu Senator bebas dari Autsralia Nick Xenophon yang cuba diseludup masuk oleh Anwar untuk membuat haru biru dan kacau bilau dalam negara ini.

Berikut adalah Kenyatan Media dari Ketua Wanita Barisan Nasional

Wanita Barisan Nasional pada hari ini menuntut penjelasan dari Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sama ada benar Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab menjemput Xenophon datang ke Malaysia untuk meyakinkan Majlis Syura PAS bahawasanya beliau lebih layak dan bersih dari Datuk Seri Hadi Awang, Presiden PAS, untuk menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang.



Kedua-dua dengan tie Mc Gay Gay

Kehadiran Xenophon juga dilihat membawa agenda dan unsur negatif kepada negara yang mana boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat Malaysia yang selama ini hidup di bawah naungan kerajaan yang berdaulat dan berpelembagaan.

Wanita BN juga menyokong tindakan Jabatan Imigresen Malaysia yang tidak membenarkan kemasukan Nick Xenophon ke Malaysia baru-baru ini seperti yang dilaporkan oleh media massa serta menggesa tindakan tegas seperti ini diteruskan untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara tidak tergugat.

Shahrizat Abdul Jalil


Kalau dia datang tu, cakap dia  bahawa rakyat australia pun tak setuju dia campur tanga. Baca petikan dari Perak Today berikut:



Laporan The Australian, 19 Februari 2013, 12 pagi:-

Nick Xenophon dilantik dan dibayar gaji oleh rakyat Australia untuk mewakili kepentingan mereka di Parlimen, bukannya untuk mencampuri urusan dan hal ehwal dalaman negara lain. Daripada mencampuri politik Malaysia, adalah lebih baik jika beliau fokus terhadap isu dalam negara seperti kerajaan pimpinan Gilliard yang tidak berhati-hati dalam menangani masalah ekonomi, hubungan industri, pertahanan dan kebajikan warga emas.

Satu tindakan yang tepat untuk Malaysia menghantarnya pulang.

- John George, Cherrybrook, NSW

Nilai dan standard yang pelik: golongan atasan berasa tidak senang apabila ahli politik Nick Xenophon dihalang masuk ke Malaysia tetapi pada masa sama, golongan yang diketuai oleh bekas Menteri Imigresen, Chris Bowen merasakan tidak salah untuk menyekat selama beberapa bulan sebelum meluluskan visa ahli politik Belanda, Geert Wilders, yang mana proses itu biasanya mengambil masa tiga atau empat hari bagi rakyat Belanda.

Pada masa sama, jurucakap kepada cawangan kumpulan Islam British dikenali Hizb ut-Tahrir, Taji Mustafa yang mengecam pembunuhan askar Australia di Afghanistan dan meminta tindakan ketenteraan dikenakan terhadap Israel juga tidak diluluskan permohonan visanya.

- Jim Ball, Narrabeen, NSW

Saya berasa terkejut mengetahui kita menghantar ahli politik untuk campurtangan dalam politik negara lain di rantau ini dan saya begitu memahami mengapa Nick Xenophon telah dihalang dari masuk ke Malaysia.

Sebelum ini, Kevin Rudd mengganggu China, rundingan ternakan Indonesia yang gagal, isu pelarian dari Malaysia dan Timur Leste yang memalukan dan terbaru, tindakan Nick Xenophon.

Malaysia berkembang pesat pada kadar 5 peratus dan kadar pengangguran ialah 3 peratus, jadi wakil rakyat mereka patut ke sini dan memaklumkan kepada kita bagaimana untuk menguruskan negara ini.

- John Mather, Mosman, NSW

Laporan anda menjelaskan nilai Nick Xenophon (18/2). Saya ialah bekas kakitangan kerajan yang bergantung kepada pencen seperti yang dijanjikan oleh kedua-dua parti utama untuk diperbetulkan tetapi akhirnya ia tidak berlaku. Saya tidak dapat melupakan sikap hipokrit Xenophon yang menyokong permintaan dan kehendak kakitangan awam apabila beliau bertanding dan kemudiannya menggunakan undinya dalam Senat untuk menghalang masalah berkaitan pencen kakitangan awam daripada diselesaikan pihak kerajaan.

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat mengenali ahli politik yang suka mencetuskan kekecohan apabila mereka berjumpa dengannya.

- J. J. Goold, Mudgeeraba, Qld

Satu ingatan kepada Nick Xenophon: Malaysia sudah menjadi negara merdeka sejak 1957. Jika anda perlu bertanggungjawab dalam memperjuangkan hak orang putih, ada banyak isu di negara ini yang boleh diselesaikan melalui kepakaran anda itu.

- Lawrence Gribben, Carseldine, Qld

Sikap Nick Xenophon akan menyebabkan Austrlia dilabel sebagai angkuh dan buta dengan apa yang berlaku di negara sendiri.

Pilihanraya persekutuan lalu bukanlah yang terbaik apabila ribuan pengundi dipinggirkan untuk memenuhi keghairahan calon bebas untuk berkuasa.

Dan kini tiga ahli politik berada di bawah pemerhatian undang-undang.

Hari ini, kita mempunyai Parti Buruh yang telah membuka sempadan dan bakal memusnahkan industri, pelaburan, produktiviti dan kebebasan bersuara.

Xenophon sepatutnya peka kepada ancaman demokrasi di negara sendiri.

- Maggie Ward, Goombungee, Qld

Malaysia sebuah negara yang berdaulat untuk dilawati dan didiami rakyat Barat. Ia mempunyai hak untuk menentukan siapa yang dibenarkan memasuki negara itu.

Tahun lepas, Menteri Imigresen menggambarkan Geert Wilders sebagai ‘wakil rakyat dari negara lain’ sebelum meluluskan visa kepada ahli politik Belanda itu yang sudah tersenarai sebagai ancaman kepada Australia.

Jelaslah, Malaysia juga mempunyai senarai sama termasuklan wakil rakyat yang bercita-cita untuk campur tangan dalam urusan politiknya.
- Chris Watson, Carlton River, Tas

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)