KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ahli
politik warga Australia Senator Nick Xenophon dilarang masuk ke negara
ini kerana melanggar peraturan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan
undang-undang negara ketika lawatan beliau sebelum ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias
Ahmad berkata larangan kemasukan membabitkan Xenophon itu adalah
mengikut Seksyen 8(3) Akta Immigresen 1959/63 sebagai orang yang
dilarang masuk.
"Xenophon pernah beberapa kali memasuki
Malaysia sebelum ini dan didapati pernah menyertai aktiviti haram yang
melanggar undang-undang negara," katanya dalam kenyataan Sabtu.
Alias berkata senator itu juga didapati
menyebar maklumat negatif yang tidak berasas berkaitan Malaysia menerusi
pelbagai tuduhan liar.
"Tindakan larangan kemasukan terhadap
Senator Nick Xenophon adalah hak kerajaan Malaysia, selaras dengan
undang-undang dan Perlembagaan negara ini," katanya.
Xenophon tiba di Terminal Penerbangan
Tambah Murah (LCCT) Sepang pada 6.50 pagi dari Melbourne, dan beliau
dimaklumkan tentang larangan itu oleh pegawai imigresen di LCCT, kata
Alias.
"Xenophon kini berada di bilik menunggu
JIM di LCCT Sepang sementara menunggu untuk berlepas pulang ke Melbourne
menaiki pesawat berikutnya," kata pengarah imigresen itu.
Alias menarik perhatian Xenophon berada
di bawah jagaan JIM dan diberi layanan biasa sebagai individu yang
dilarang masuk ke negara ini, dan bukan sebagai penjenayah.
"Xenophon juga dibenarkan menghubungi pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur menerusi telefon," katanya.
-- BERNAMA



Xenophone should count himself lucky. Negara lain dah kena buat full body dan cavity search....baru padan muka si Gay tua ni...oops aku lupa dia ni penyokong LGBT sama dgn Bang Non Aj-Juburi Wal-Liwati. Memang dia nanti-nantikan lah procedure full body & cavity search tu...malangnya ini Malaysia. Itu yang dia bengang tahap gaban, tak dapat nak share dia nya horny erotic experience dgn Bang Non kahkahkah.....
http://landdestroyer.blogspot.com/2013/02/western-exceptionalism-crumbling-as.html
"Xenophon's planned meeting with Anwar Ibrahim, who with Western-backing has in fact created Bersih to propel himself into power, is also indicative of Australia's insidious meddling in Malaysia's sovereign, internal affairs."