Saturday, February 9, 2013

Ulamak setan bisu rompak duit anak yatim, lelong mesin jahit balu

mesin jahit singer




Airmata Memali: Duit Jual Mesin Jahit Pun PAS Sanggup Kebas?

Sangat menghairankan apabila PAS yang kononnya “buat kerja cara Islam” rupa-rupanya sanggup meratah hak balu dan anak-anak yatim yang merupakan waris kepada mangsa tragedi Memali di Baling, Kedah.
Sudahlah Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit itu “lesap” entah ke mana, duit jual mesin jahit yang sepatutnya menjadi hak balu dan anak-anak yatim itu pun dikebas PAS?
Buruk benar perangai PAS sampai duit hasil jual mesin jahit pun mereka nak sapu masuk kocek sendiri?
Begitulah yang didedahkan oleh salah seorang pemegang amanah Tabung Memali, CN Al-Afghani di dalam satu pertemuannya dengan saya baru-baru ini.
Beliau yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Non mendakwa bahawa Ketua Dewan Muslimat PAS ketika itu, Ustazah Jamilah Husin telah berusaha untuk mewujudkan bengkel jahitan untuk balu-balu dan anak-anak yatim itu.
Dengan bengkel tersebut, mereka diharapkan agar dapat berdikari dengan hasil jahitan masing-masing yang berkemungkinan dapat menyara hidup mereka selepas tragedi tersebut.
Modal sebanyak RM40,000 telah diambil dari Tabung Memali dan sehingga bengkel tersebut dibawah seliaan Cikgu Non, asetnya dianggarkan bernilai sekitar RM60,000 sebelum diserahkan kepada salah seorang pemimpin PAS tempatan di situ.
Mungkin telah disalah tadbir dan faktor pengurusan yang lemah, bengkel itu telah ditutup oleh penyelianya tanpa sebarang perbincangan dengan balu-balu terbabit, termasuklah balu kepada Allahyarham Ibrahim Libya yang menjadi bendahari di dalam projek bengkel jahitan tersebut!
Penutupan bengkel itu sebenarnya tidak direstui oleh balu-balu tragedi Memali dan ada di antara mereka yang merayu agar mesin-mesin jahitan itu dijual kepada mereka melalui bayaran ansuran memandangkan ia adalah sebahagian dari punca pendapatan mereka mencari sesuap nasi…
Pun begitu, rayuan balu-balu mangsa Memali itu tidak diendahkan malah ke semua mesin-mesin itu telah dijual pada sebuah syarikat dari negeri Perlis dengan harga RM30,000 sahaja!
Lebih menggemparkan, Cikgu Non mendakwa bahawa hasil jualan mesin-mesing jahit terpakai itu pun “lesap” entah ke mana dan tidak dapat dikesan…
Baca sepenuh di Kedahan69ers SINI

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 9, 2013 at 3:34:00 PM GMT+8

    Apalah yang nak diharapkan kepada seorang Pemegang Amanah yang hanya seorang peon bergaji RM200/sebulan?

  • Anonymous says:
    February 9, 2013 at 7:13:00 PM GMT+8

    Jika benarlah seperti di dakwa.... Pas memang parti tak guna. Buat malu Islam je...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)