Saturday, February 16, 2013

Sessat penyokong PAS taksub Nik Aziz seperti Jesus Christ


Penyokong Pas seperti pemilik rumah dibawah ini antara pentaksub kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gambar tersebut dirakamkan di Kampung Kuchelong, Bachok Kelantan, disamping rumahnya dicat dengan warna hijau, gambar Nik Aziz turut dijadikan sembahan apabila pemilik rumah ini mengagungkan gambar tersebut dengan meletaknya  dipintu masuk rumah berkenaan.

Kalaulah macam ni akhlak penyokong Pas, bagaimanalah dengan akidah generasi yang akan datang, mengagungkan Nik Aziz bagaikan Tuhan, sikap jahiliah yang diterapkan ini wajib dikikis agar umat Islam berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah bukannya ajaran Pas yang dibawa oleh Nik Aziz.

Kebiasaannya kita sering melihat gambar-gambar Nik Aziz hanya digantung didalam rumah, namun hari ini cukup berbeza, gambar Nik Aziz digantung dihadapan pintu rumah yang hampir menyerupai amalan agama-agama tertentu, dan amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.


Sepatutnya penyokong kepada perjuangan Islam harus lebih faham hukum hakam mengenai perkara ini, sekalipun gambar yang dipuja itu orang yang mulia, Islam tetap tidak membenarkannya.


Bahkan bertambah jijiknya umat Islam bilamana mengagungkan sekaligus mendewakan makhluk yang kata-katanya tidak pernah konsisten, dan hidupnya pula lebih utama mengajak manusia kepada Parti Pas bukannya kepada Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

5 comments:

  • LAYMAN says:
    February 16, 2013 at 3:43:00 PM GMT+8

    Umat Islam perlu mengkaji kenapa Nabi Muhammad tidak dibenar digambarkan dimana-mana.

    Kajilah sebabnya dan boleh kita bicara mengenai gambar Nik Aziz atau mana-mana pemimpin dinegara ini. Disesetengah negara, pemimpin mereka digambarkan pada patung-patung (statue) tanda kebesarannya, tapi kebanyakannya dah tumbang.

  • usin says:
    February 16, 2013 at 5:51:00 PM GMT+8

    kejap lg ada la komen2 bangang yg kata kalau potret nik aziz tak boleh, kenapa potret agong, permaisuri agong, pm, mb negeri2 boleh diletak di pejabat2. letak tinggi lg. hehehehe...dorang mesti tak mau kalah. aku nk bg sedikit je jawapan kalau ada persoalan mcm tu. pejabat2 kerajaan meletakkan gambar2 mcm yg tersebut di atas sebagai lambang ketua negara, ketua perlembagaan, ketua kerajaan dan bukan utk disembah. pejabat mb kelantanpun ada gambar yb tuan guru. tp kalau letak gambar pemimpin serupa spt dlm gambar kt atas tu, takut akan merosakkan aqidah. taksub terlebih-lebih. rumah adalah tempat ibadah selain masjid.

  • Anonymous says:
    February 16, 2013 at 6:59:00 PM GMT+8

    Sorang peyokong PAS defended tindakan seperti ini sebab katanya ustaz selebriti UAI dah keluar fatwa bahawa harus gantung gambar alim ulamak supaya dgn melihat gambar itu dapat buat si pelihatnya lebih dekat dgn Allah.

    (perasan tak.. bunyi fatwa ni ada meh meh syiah aje kan?)

    Dia juga kata, UMNO pun suka gantung gambar pemimpin juga. Memang betoi tu... mungkin para blogger pro-Umno boleh nasihatkan pentaksub UMNO supaya jangan dok buat keje macam tu lagi.

    Benda baik ni kena tegur semua pihak laa.

    Nak gantung gambar manusia kat rumah tu boleh tapi tak leh besar ketara sangat hingga boleh buat orang fikir penghuni rumah tu dah taksub dgn org dlm gambar tu.

    Tak kiralah gambar pemimpin politik ke, artis ke, tok nenek ke.. sapa-sapa lah.

    Sekadar untuk kenangan aje tak menjadi hal. Orang boleh nilai bila org dtg ke rumah kita dan tengok cara kita pamerkan gambar.

    p/s: Wajah Nabi-nabi tidak boleh digambarkan untuk elakkan difitnah oleh musuh Islam.

    Ingatlah... Dajjal akan muncul dengan mengakui bahawa dirinya adalah Isa Al-Maseh. Kerana tiada seorangpun manusia akhir zaman yakni zaman kita ni yg pernah melihat wajah Nabi Isa maka ramai yg terpedaya kecuali orang-orang yg beriman yg diberi hidayah dan mata hati oleh Allah untuk mengenali bahawa itu adalah Dajjal laknatullah.
    Kerana itulah kita WAJIB belajar akan sifat-sifat para Nabi dan Rasul juga sifat2 Dajjal supaya kita dapat kenal dan sentiasalah berdoa semoga kita, anak cucu keturunan kita terpelihara daripada fitnah Dajjal.

    -bekas penyokong PAS

  • azlan aini says:
    February 17, 2013 at 1:36:00 AM GMT+8

    Yang sebetulnya.. Puak Pas memang bodoh..

  • Anonymous says:
    February 18, 2013 at 8:49:00 AM GMT+8

    yg menyokong fuckatan haram adalah kebodohan yg hanya terdapat pada pencacai pembangkang yg terdiri daripada kafir HARBI atau melayu BANGSAT yg mnjadi BARUA kepada kafir HARBI seperti N.AJIS, HADI AMANAT dan AL-JUBURI

fda

Link2Me WeLinkBk (254)