Sunday, February 10, 2013

Saifuddin kata PAS berkuasa tapi didomiansi PKR



Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution akui PAS lebih berkuasa di kelantan tapi apabila PR menang, akhirnya PKR akan lebih dominan dan PAS akan berubah. Ianya seolah-olah memberitahu PAS akan ikut telunjuk PKR walau bagaimana berkuas amereka itu.

Demikian jawapan Saifuddin ketika ditanya hadirin tentang kerjasama PAS dan PKR. Saifuddin kata PKR dan PAS macam adik beradik di kelantan. Dia memberitahu ahli-ahli PKR dalam satu taklimat kepada ahli-ahli PKR kelantan di MGU Hotel Kota Baru pagi semalam.

Dihadapan 120 hadirin dia turut mengingatkan hadirin jangan terkejut jika ada seorang Mufti bertanding atas tiket PKR. Samada ini hanya satu gimik atau betul-betul, desas desus ini sudah lama kedengaran sejak Anwar merancang untuk hantar Dr Mansor ke Nibung Tebal dan mengosongkan DUN penanti. Difahami dia sedang cuba dapatkan mantan Mufti Perlis, Dr Maza dan digula-gulakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau PInang.

Dalam taklimat penuh auta Saifuddin, dia bayangkan sokongan rakyat tak berpihak kepada BN dan golongan muda lebih menyokong PR. Bekas tentera sokong PR termasuk termasuk bekas pemimpin tertinggi tentera yang hanya satu tu saja. Bekas jeneral ini menuduh konon pembelian senjata banyak penyelewengan tapi tak mendapat perhatian kerana tiada fakta dan sokongan.

Dia memberitahu PKR akan tanding 98 kerusi Parlimen. Dalam usaha memberi harapan palsu kepada penyokong PKR, Saifuddin memberitahu kononnya BN hanya mampu dapat 101 kerusi. Sekejap kata 120 kerusi saja dan sekejap lagi kata 100 pulak. Overspin dah ni.

Namun begitu isu-isu calun di Kelantan, Selangor, Sabah dan sarawak tak selesai lagi. Dia akui PR silap pilih calun pada 2008 dan kini MPN tak ada kuasa pilih calun tapi ditentukan Pusat. Cabang hanya cadang dan Pusat tentukan. Bila dituduh hadirin bahaw abanyak birokrasi dalam pemnentuan, dia tak jawab.

Salah seorang hadirin menuduh SPT tipu dalam PRU. Ini Saifuddin nafikan. Dia kaui bahawa dalam hal daftar pengundi, orang mati tapi nama masih ada dalam daftar kerana tak online dengan pendaftaran.

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (254)