Tuesday, February 5, 2013

Peranan Wanita UMNO bukan hanya di dapur


The Unspinners memetik berita berikut dari Sg Rapat Online:

Pehin Seri Taib Mahmud akui jentera wanita Barisan Nasional memang hebat dan mampu menjadi barisan hadapan bagi menarik pengundi untuk menyokong kerajaan.

Sehubungan dengan itu seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.

Baca sepenuhnya di SINI

Sebenarnya PRK demi PRK yang telah dilalaui, menang atau kalah, mereka yang bekerja bertungkus lumus dan hempas pulas tiada lain tapi hanya sayap Wanita UMNO.

Wanita UMNO taat dan setia kepada kepimpinan. Apa yang dipinta dikota. Apa yang diharapkan mereka usaha tanpa banyak cekadak dan banyak soal.

Terus terang cakap, hari ini sayap wanita saja yang berkesan semasa pilihanraya. Sayap Pemuda agak syok sendiri dan walaupun ada kegiatan, agak tak bermaya. Sayap Puteri pula menyendiri dan hilang punca dan arah selepas peninggalan Datuk Azalina.


Manakala, kaum bapa pula banyak bermain politik dan berebut kuasa dan pengaruh hingga kadang-kadang menjadi musuh dalam selimut dalam bekerja sama pem

Boleh dikatakan kalau Sayap Wanita mati, maka matilah UMNO.

Sudah sampai masanya Wanita UMNO diberi lebih banyak peranan dalam UMNO dan pilihanraya. Wanita tidak patut hanya buat kerja dapur saja macam orang gaji. Itu patut dilakukan oleh anak-anak Pemuda dan Puteri.

Hari ini, wanita lebih berjaya dalam bidang akademik. Dari 100 penuntut Universiti, 70 adalah wanita. INi bermakna wanita lebih pandai dari lelaki dan diberi masa lebih bijaksana dari lelaki.

Islam pun tak pernah mengetepikan wanita untuk hanya peranan sampingan. Ada masa wanita juga kedepan dalam medan peperangan. Wanita juga ada wali seperti Rabiatul Adawiyah. Wanita seperti Aisyah adalah perawi hadith. Faitamh pernah mengepalai Empayar Fatimiyyah.


Wanita mungkin berlainan naluri dan cara tapi mereka tetap releven alam politik hari ini. Sebabnya wanita lebih memahami kehendak dan keperluan keluarga. Sigfat keibuan menghayatai lebih maasaalah harian yang dihadapi dan masalaah anak cucu dan orang perseorangan dalam keluarga. Mereka sentiasa merisaukan diri dengan masa dpean.

Ini semua adalah sangat sangat releven. Mereka lebih menghayati bila pembangkang gagal dalam mentadbir IPT-IPT untuk anak-anak mendapat pelajaran. Lebih faham bila kalimah Allah diperguna hingga jadi senjata untuk memertadkan anak-anak muda.

Maka jika kaum bapa dan anak lelaki diberi peranan berceramah, wanita pun patut sama berceramah. Walaupun tidak berdegar seperti orang jantan, suara keluhan dan tangisan ibu mengenangkan anak, keluarga, masyarakat, bangsa, ummah dan negara boleh lebih dihayati dan meyakinkan.

Kalau kaum bapa susah nak akui kelemahan dan kesilapan, kaum ibu lebih mudah akui dan terus diperbaiki. Mereka lebih bersifat maju dan kehadapan.

Wanita UMNO perlu diberi perana yang lebih besar.

Hidup wanita!

1 comments:

  • Anonymous says:
    February 5, 2013 at 1:52:00 PM GMT+8

    Kepala Bana yang dok berkarat kat bahagian masih dok ingat UMNO=United Macho National Organisation


    Prof Sharifah Salbiah
    Bekas Ketua Wanita Cawangan Seksyen 7
    Shah Alam

fda

Link2Me WeLinkBk (254)