Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Tuesday, February 12, 2013

Kerja jahat Ronnie Liu laga-lagakan Melayu



AIDCNews – 08/02/13 – Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata DAP mempunyai agenda rahsia terhadap Pakatan Rakyat iaitu melancarkan operasi rahsia untuk meminggirkan pengaruh PAS dan PKR, menguasai Pakatan Rakyat dan mengambil alih kawalan kerajaan negeri dengan melantik ahli Melayu sebagai menteri besar.

Jefrei Nordin mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.Menurut FMT, Jefrei berkata operasi DAP itu berlaku di seluruh negara khususnya di Perak dan Selangor dengan membariskan calon-calon Melayu mewakili parti mereka.

“Saya tahu di mana mereka mengadakan mesyuarat rahsia untuk mengenal pasti dan memilih calon-calon untuk bertanding di Selangor dan Perak,” katanya pada sidang akhbar di mana beliau telah diiringi oleh Ahli Parlimen bebas Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Pendedahan terbaru itu sebagai menyokong kenyataan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mendedahkan parti didominasi kaum Cina itu sedang memikat anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz bertanding dalam pilihanraya mewakili parti mereka.

Jafrei turut mendakwa terdapat tangan tersembunyi di portal Malaysiakini dan media lain pro Pakatan untuk melemahkan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO, dalam usaha untuk menggagalkan perpaduan kepimpinan Melayu.

Beliau berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa adalah salah seorang mangsa operasi tersebut.Dedahnya lagi, pada Pilihanraya Umum ke-13 ini, DAP percaya bahawa Barisan Nasional akan dapat dikalahkan sekaligus akan meruntuhkan konsep politik ketuanan Melayu, dan peranan UMNO itu akan diganti dengan PAS.

“Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat Selangor.“Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas PRU 13,” katanya.

Beliau berkata DAP mempunyai sumber dana yang tidak terhad untuk meneruskan agenda dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan Pas untuk mengawal kerajaan negeri di  dan Sarawak.

“Saya menyeru kepada rakan-rakan Pas saya untuk berhenti menjadi bapa ayam DAP,” katanya. “Cukuplah cukup lah.”Jefrei berkata, Ronnie Liu dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti ‘pak lawak” dan sering kali berseloroh serta bertanya kepadanya “bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh jokers”

Menurutnya, Ronni Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.

Beliau turut berkata beberapa pemimpin DAP yakin bahawa Anwar adalah lelaki dalam video seks China Doll dan Azmin Ali adalah lelaki dalam video “ais krim”.

“Saya bersedia untuk membuat satu akuan berkanun dan memberi keterangan di mahkamah untuk menyokong kenyataan saya,” katanya. - AIDC

8 comments:

  • MELAYUJATI says:
    February 12, 2013 at 11:26:00 PM GMT+8

    Mengapa salahkan Ronie liu dia bijak mempermainkan Melayu, tapi yang bodonya Melayu tak sedar dipermainkan, hanya kerana kuasa sanggup dipermainkan, dah tenag lagi bersuloh DAP punya sifat, tapi puak2 Melayu PAS dan PKR ni bangang sunggoh masih lagi tersengih sengih nak berkawan.

  • azlan aini says:
    February 13, 2013 at 12:10:00 AM GMT+8

    Puok pas memang bodo

  • Anonymous says:
    February 13, 2013 at 2:21:00 AM GMT+8

    Pemimpin-pemimpin melayu yang berada di dalam parti pembangkang perlu sedar sebelum orang melayu di Malaysia menerima nasib macam di Singapura.Sekarang ni memang kita tak nampak kekurangannya! Takkan nak tunggu 5 tahun lagi! 10 Tahun lagi! Masa itu negara Malaysia dah tiada rupa MALAYSIA...Jangan Tanah Melayu lebur kerana gila kuasa.

  • Anonymous says:
    February 13, 2013 at 2:23:00 AM GMT+8

    Pemimpin-pemimpin melayu yang berada di dalam parti pembangkang perlu sedar sebelum orang melayu di Malaysia menerima nasib macam di Singapura.Sekarang ni memang kita tak nampak kekurangannya! Takkan nak tunggu 5 tahun lagi! 10 Tahun lagi! Masa itu negara Malaysia dah tiada rupa MALAYSIA...Jangan Tanah Melayu lebur kerana gila kuasa.

  • Anonymous says:
    February 13, 2013 at 9:51:00 AM GMT+8

    Mengapa salahkan Ronnie Liu kalau itu memang hajatnya?
    Iblis dan Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga kiamat!
    Yang salah orang Melayu sendiri yang tidak sedar diri. Kalau nasib kamu tergadai di bumi sendiri akibat perbuatan pendatang era lima puluhan yang diberi kewarganegaraan oleh TAR, nasiblah!
    Allah tidak akan mengubah nasib sesaorang kecuali dia sendiri berusaha untuk mengubahnya!

  • Anonymous says:
    February 13, 2013 at 10:05:00 AM GMT+8

    Dari dahulu lagi Ronnie Liew telah dikaitkan dengan kerja2 jahat. Ronnie Liew pernah didakwa kerana menghalang penjawat awam dari melakukan tugas penyitaan keatas hotel bajet yang dijadikan sarang maksiat. Kes berkenaan 'berkubur' tanpa batu nesan. Ronnie Liew telah menunjukan kesamsengannya dengan menendang pintu pejabat SPRM di Shah Alam ketika Teo Beng Hock membunuh diri. Ronnie Liew juga adalah bapak maksiat diSelangor dengan membuka lebih dari 4000 rumah2 urut dengan majoriti pekerja2nya diimport dari Cina.

    Kerja Jahat Ronnie Liew melaga-lagakan Melayu dalam pakatan haram kerana Ronnie Liew tahu bahawa pemimpin2 Melayu dalam PKR dan Pas terdiri dari orang2 BODOH yang hanya gilakan kuasa sahaja. Pemimpin2 Melayu dalam pakatan haram ini mudah dikelabukan dengan wang ringgit dan kemewahan.

    Ahli1 Melayu dalam PKR patut sedar bahawa selama ini mereka diPERBODOHKAN oleh pemimpin2 mereka. Ahli2 Pas pula wajib bangun dari tidur lena mereka dan menghukum pemimpin2 mereka dalam PRU13 kelak. Lihatlah kemewahan pemimpin2 mereka hari ini. Nilailah apa yang mereka cakap dan apa yang mereka lakukan. Pemimpin2 mereka yang berlagak sebagai ulamak ini sebenarnya adalah syaitan yang bertopengkan manusia. Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    February 13, 2013 at 10:44:00 AM GMT+8

    dulu masyarakat cina rasa impossible utk mengurangkan pengaruh UMNO dan melayu, jadi mereka menyokong MCA demi kelangsungan ekonomi mereka, tp sekrg, mereka melihat DAP adalah satu platform yg mungkin berjaya utk menghakis hak istimewa org melayu apatah lagi dgn bantuan kebahlolan PKR dan PAS serta penyokong2 mereka..

    org cina akan memainkan isu rasuah yg dilihat isu yg lebih universal utk menutup agenda tersembunyi mereka utk menghapuskan hak istimewa org melayu..

  • Anonymous says:
    February 13, 2013 at 10:53:00 AM GMT+8

    Melayu pak pacak akan kehilangan semangat dan budaya. tapi bukan semua Melayu bersetuju...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)