Lawatan Dato Husam Musa ke Pulau Gaya semalam betul-betul menimbulkan banyak persoalan.
Apa perlu PAS datang ke situ dan cuba membuka cawangan di Pulau Gaya dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin situ dengan hanya beras 5 kilo, rumpai laut yang banyak kedapatan di Pulau Gaya dan makanan ringan keropok kentang goreng?
Bukankah Pemuda PAS juga yang melaungkan isu PATI tapi dirinya sendiri rupanya adalah PATI? Isu PATI adalah isu popular di Sabah dan adakah tujuan Lahithul itu untuk mempopularkan PAS?
Mungkin juga kerana kedatangan Husam dan rombongannya yang seramai 15 orang termasuk Peruruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Zulfikar Abdul Mijan hanya disambut oleh tuan rumah Ahmadi bin Manaf dan jiran-jiran yang diajak hadhir.
Dalam ceramah yang disampaikan keapda hadirin seramai 35 orang yang mana separuh adalah tetamu ke Pulau Gaya itu, tiada apa yang diucapkan Aminuddin melainkan kata-kata biasa ahli politik pembangkang yang tiada pengisian.
Husam juga juga macam orang terpinga-pinga kata pembukaan cawangan
Pulau Gaya hanya enunjukkan PAS mangkin diterima. Cerita biasa juga
Husam mengata BN dan kepimpinan BN.
Tapi tidakkah dia terfikir
dalam-dalam apabila dia katakan Sabah negeri yang kaya dan sekiranya PR
memerintah, kekayaan tersebut akan dikembalikan kepada rakyat. Sambil
itu dijaja juga Nik Aziz sebagai pemimpin sederhana dan tidak sombong.
Bagaimana
dia nak katakan bila orang-orang Pulau Gaya ini tahu bahawa tanah,
satu-satu sumber kekayaan Kelantan dah di "lelong" PAS kepada
taukeh-taukeh Cina murah-murah dan selamanya? Nik Aziz yang depan alim
dan cakap macam Tok Guru tapi munafiq terbesar bila berumah kampong di
depan hanya buat menutup istana di belakang dan turut sama merogol tanah
PKINK untuk dirinya.
Husam tidak langsung mengatakan apa
sangat sebenarnya. Tiada isu-isu nasional yang boleh memperkuatkan
serangannya terhadap kerajaan pimpinan Dato Najib.
Maka apa yang dibuat dan dicari Husam di sini, kawasan perumahan PATI yang mana PAS Sabah sendiri menimbulkan isu?
Nampaknya
satu saja tujuan Husam melainkan mencari minyak di Pulau Gaya dan
cawangan PAS sini akan berperanan menjadi ejen untuk berurusan menjanji
dan mengurus royalti minyak untuk penduduk.
Oh ... jangan
lupa, pasti Husam dah merancang untuk buat stadium, buat highway, buat
tanaman kayu gaharu, bela kambing, dan hebat sekali matawang sendiri
untuk Pulau Gaya berdasarkan emas yang dijual oleh rakan baik
sepenyamun, Prof Omar Vadillo.
penduduk di Pulau Gaya sume baik2...
dah masuk si Husam ni, tak tau ape die godek kang...
jadi haru plak nnti...
kawasan pelancongan plak tu..
Alhamdulillah, PAS masuk sudah di pulau gaya...takbirr!! Ini kalilah
tidak sangka pas boleh tembus di pulau gaya. ini kali la!