Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Saturday, February 2, 2013

Hadi bisu hari 42: Hadi PM ... tutup beberapa Jabatan dan Kementeriaan


Dah 42 hari Haji hadi membisu tak mahu jawab atau tarikbalik isu Amanah haji Hadi. Selagi dia tak jawab, kita akan kejar dia hehehe....

Ketika Anwar Ibrahim sedang mainkan propaganda 916 untuk bawa wakil rakyat BN lompat ke PR, Ibrahim Ali kata di Parlimen Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri dari Anwar Ibrahim.

Tujuannya adalah untuk memperlecehkan Anwar.

Rupanya ada golongan dalam PAS menerimanya dengan serius kerana di Muktamar PAS terbaru, timbul suara dari bawah menuntut Hadi jadi Perdana Menteri. Mungkin juga untuk menempelak kumpulan parasit Anwarinas dalam PAS dan DAP.

Bagai halilintar, DAP segera bangun dan nyatakan pendirian mereka mahukan Anwar.

Sebab ... banyak tengkorak dalam almari yang akan mudah mereka gegarkan jatuh. Mudah untuk dijadikan boneka. Lagi pun, anwar ini hanya tahu cakap dan politik saja tapi kebolehan pentadbiran, perangkaan polisi dan rancangan pembangunan ekonomi hancur.

Elok Hadi dinaikkan jadi Perdana Menteri, boleh jimat wang. Hadi takkan lelong Putrajaya kerana dia kemaruk Putrajaya.

Bawah Hadi, Tak perlu diwujudkan lagi Jabatan Ugama Islam atau JAKIM. Semua orang Islam akan dipaksa mendaftar sebagai ahli PAS. Mereka yang tak daftar akan dikategorikan kafir oleh Amanah Haji Hadi.

Kementeriaan dalam negeri akan ditutup. Hadi sendiri akan ambil peranan tersebut dengan bantuan Unit Amal.


Kementeriaan Kesihatan pun tak perlu ada. Kita semua nanti ambil air-air baca-baca dari Hadi, Harun Din, Ismail Kamus, dan lain-lain.


Oh ye ... Jabatan Kebajikan pun tak perlu lagi ada.

Duit pungutan Mangsa Memali dari jualan kicap, mee kering, dan lain-lain ketika tazkirah dan ceramah di seluruh negara yang dibuat selama ini oleh mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamuddin boleh disalorkan kepada anak-anak yatim lain.

Janda-janda Memali ada 14 tapi yang hidup difahami hanya tinggal 8 orang saja. Anak yatim pun hanya pulohan.

Cuma kita berdoa mudah-mudahan nyawa Taib  panjang. Kalau tidak duitnya yang berjutaan dalam Bank Islam tu akan dianggap sebagai duit pesaka untuk isteri, anak-anak dan waris2nya.

Kalau tak faham sindiran artikel ini, baca Cili Padi SINI yang tak ada sindir-sindir.

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 2, 2013 at 12:34:00 PM GMT+8

    Tapi bajet lebih untuk tuka unifom tentera ke unifom bintang 3 bawah Mat Sabu....

  • Anonymous says:
    February 5, 2013 at 3:22:00 PM GMT+8

    Kalau Hadi jadi PM, rakyat akan dikategorikan kepada 2..... Islam & Kafir....

fda

Link2Me WeLinkBk (254)