Sunday, February 3, 2013

Evangelis DAP bakal penentu urusan pentadbiran Islam



Karpal Singh mengulangi lagi tuntutannya terhadap PAS supaya mengubah dan ini bermakna Majlis Syura perlu akur kepada kehendak tertinggi Pakatan Rakyat.

PULAU PINANG 2 Feb. - Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.

Malah beliau juga mengulangi desakan yang dibuat sebelum ini iaitu mahu Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.

"Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jadi, Majlis Syura Ulama Pas harus menghormati keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130203/po_01/Isu-kalimah-belum-selesai---Karpal#ixzz2JmfBFA56

Ini bermakna apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak, urusan ugama Islam bukan lagi akan berada di bawah hal ehwal raja di bawah Jabatan Ugama Islam atau Jakim tetapi bawah polisi kerajaan ie peringkat tertinggi Pakatan Rakyat akan tentukan.

Fikirkan DAP menguasai agenda dan penentu polisi Pakatan Rakyat. Dan fikirkan pengembang ugama Kristian akan menentukan polisi berhubung agama Islam.

Masa tu betul-betul berlaku PAS tak lagi bertakbir tapi Take Beer!

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 3, 2013 at 9:27:00 AM GMT+8

    Heran, selama ni berlagak sangat depan UMNo dan BN tapi bila bekerjasama dengan syaitan DAP menurut pulak?
    Padahal cuma seorang Karpal.

  • Anonymous says:
    February 3, 2013 at 10:54:00 AM GMT+8

    Saudara Pembaca,

    Minta dijauhkan Allah swt perkara itu daripada berlaku. Jadi semua orang Islam, ayuh! bangkit dan bersatu untuk mempertahankan kesucian dan martabat agama kita.
    Jangan biarkan pendatang era 50an yang begitu mudah diberi kerakyatan oleh pemimpin kita yang baik hati (lemah?)daripada cuba cuba untuk memijah maruah dan hak kita. Tanah Melayu dan Malaysia kita punya!

fda

Link2Me WeLinkBk (254)