Greetings

Wednesday, February 13, 2013

DAP tak akan siarkan video yang kuat bunyi Yes


Pihak pembangkang berbangga dapat mengacau majlis tahun baru BN dan perhimpunan yang ditujukan untuk bertemu rakyat jelata.

Kita dengar sikap kurang ajar dan kurangnya adab dan ketamadunan DAP Pulau Pinang.


Benarkah PM di boo sebegitu kuat dan jelas?


Logik juga ... adakah mereka akan keluarkan video mereka yang tidak didengari suara boo terhadap PM?




Baguslah ... pengundi dapat lihatlah bagaimana adab sopan dan ketamaudnan DAP Pulau Pinang yang memerintah Pulau Pinang.

Dahlah Ketua menterinya CAT ... Cocky, Arrogant and Tokong

Dalam usaha PM untuk bertemu semua pengundi, menurut Perak Today, hairannya ada pihak blog pro kerajaan mempertikaikan usaha Datuk Najib. Kononnya, dari di boo’ ratusan ribu penonton yang hadir dalam majlis semalam, lebih baik Najib menumpukan perhatian kepada negeri-negeri yang lebih berpotensi untuk dikuasai BN, dibanding dengan Pulau Pinang.


SIkap ini dianggap sebagai gesaan seorang pengecut.  Mana mungkin Perdana Menteri melepaskan setiap peluang yang ada untuk menguatkan pengaruh BN di mana-mana tempat dalam negara ini!!  

Yang mungkin ramai orang tidak tahu, dalam keadaan terburuk BN pada 2008 pun, DAP tidak mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang bersendirian, tanpa sokongan tambahan 2 kerusi dari mana-mana satu PKR dan PAS untuk membentuk kerajaan negeri.  Baca sepenuhnya SINI.

.

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 13, 2013 at 4:07:00 PM GMT+8

    Tadi saya baca MalaysianToday.

    RPK tulis, mereka yg hadir ke majlis CNY BN di Han Chiang tu adalah orang2 yg takde prinsip, mereka tak suka BN tapi mereka datang untuk free show dan free food(tak sangka penyokong PR ni jenis manusia lagu tu).

    tapi benarkah yang datang tu SEMUAnya penyokong PR?

    Pada saya, kalau benarlah ramai yg jawab "No", itu menunjukkan Najib seorang pemimpin yg berani.

    Dia tahu yg dia datang ke lubuk musuh. Of all places, dia datang ke Han Chiang. Tapi dia tetap beranikan diri utk tanya soalan maut tu kpd orang ramai.

    Najib bukan baru setahun dua dlm politik, dah lama. Dia membesar sebagai anak Perdana Menteri. Semasa 13 Mei 1969, saya yakin dia nampak dan belajar bagaimana ayahnya menghadapi saat genting tersebut. Najib tahu apa yg dia buat semasa dia lontarkan soalan itu.
    He didn't get where he is today by being naive.

    Kata RPK, kalau orang Malaysia ada prinsip, pasti majlis CNY hari tu akan kosong.

    Wow! begitu yakin sekali RPK.
    Saya tak faham, kenapa penyokong PR begitu yakin yg majoriti rakyat Malaysia telah memilih PR sebagai kerajaan baru.

    22 tahun saya undi PAS di K'tan tp bila PAS pilih untuk benarkan kalimah Allah digunakan spt kehendak LGE, tambah lg dgn video jelas Anwar dan China Doll dan Mat Sabu pertahankan komunis... - tiga sebab ni dah cukup untuk saya sedar yg saya harus/mesti beri undi kpd BN.

    3 sebab itu adalah 3 faktor asas KENAPA PR TIDAK BOLEH DIBENARKAN PERINTAH MALAYSIA.

    Soal mismanagement, corruption, kronisme dan nepotisme - semua tu turut berlaku di Selangor, Kelantan, Kedah dan P.Pinang.

  • Rusli Dollah says:
    February 13, 2013 at 4:52:00 PM GMT+8

    KUALA LUMPUR 13 Feb. - Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya "Gangnam Style", hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

    "Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

    Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

    Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

    Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College. - BERNAMA



fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)