Thursday, February 7, 2013

Budaya dewa Nik Aziz sama dengan sembah salib dan patung



SATU ketika dahulu, Nik Aziz ada melarang orang ramai khususnya rakyat Kelantan supaya tidak menggantungkan gambar Perdana Menteri (Mahathir) kerana perbuatan itu menjadikan kita mendewa-dewakan manusia.



Hari ini bagaimana? Di seluruh pelosok Kelantan sama ada di bulatan jalan atau di persimpangan, atau di mana-mana sahaja penuh dengan gambar Nik Aziz.

Ada gambar Nik Aziz menangis sedang berdoa, ada gambar Nik Aziz sedang bersolat dan berbagai-bagai lagi. Sakit mata melihat gambar- gambar itu, dan perbuatan itu sebenarnya adalah riak, perbuatan itu juga mengharapkan supaya orang jahil memuji atau mendewa-dewakan Nik Aziz.


Nik Aziz berkata UMNO tolak Islam. Saya ingin merujuk kepada kenyataan Nik Aziz seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Selasa 6 Disember di muka 7 bahawa pihak yang menolak Islam juga adalah kufur. Pihak mana yang sebenarnya menolak Islam? UMNO atau Pas? atau DAP (langkah mayat aku dulu kata Karpal Singh).

Rasulullah SAW ada bersabda bahawa al-Quran itu adalah menjadi hujah atau bukti yang kuat untuk menolong diri seseorang itu pada hari kiamat kelak, atau untuk menyusahkan dan menyulitkannya hingga ditimpakan azab ke atas seseorang itu pada hari tersebut.


Ini memang jelas. Dengan keterangan ini tiada sesiapa pun boleh atau dibenarkan berdusta dengan ajaran al-Quran iaitu wahyu Allah SWT. Sebenarnya kita tiada pilihan, suka atau tidak suka, kita kena ikut al-Quran, bukan al-Quran kena ikut cakap kita. Nik Aziz suruh al-Quran ikut cakap dia. Contoh, ringkas saja, dalam al-Quran banyak ayat yang Allah melarang kita daripada mendekati syaitan, contoh, di surah Faatir ayat 6 bermaksud:

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh yang mesti dijauhi tipu dayanya. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.

Tetapi Nik Aziz kata, kita boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan itu mahu membantu kita menubuhkan negara Islam. Syaitan mana? Allah kata tak boleh, Nik Aziz kata boleh. Jadi, sekarang siapa kufur? Pernahkah pemimpin UMNO kata begitu? Jawapannya adalah tidak. Hanya Nik Aziz sahaja yang berani berkata begitu.


Pada tahun 1999 (PRU-10) apabila Pas menang di Terengganu, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai malaikat turun dari langit ke bumi membantu pengundi untuk mengundi PAS.

Kata penceramah itu lagi, Nik Aziz berkata malaikat memegang dan menggerakkan tangan pengundi untuk mengundi Pas. Nik Aziz nampakkah malaikat turun dari langit? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Pada tahun 2004 (PRU-11) apabila Pas tewas di Terengganu lain pula kata penceramah Pas, penceramah Pas kata, Nik Aziz berkata ramai pengundi hantu UMNO datang dari Kuala Lumpur dengan berpuluh-puluh bas untuk mengundi UMNO hingga Pas hilang kuasa.

Kata Nik Aziz lagi, ini pilihan raya tidak adil dan pilihan raya tidak bersih. Persoalannya, mana perginya para malaikat di tahun 1999 itu? Siapa berbohong dan siapa kufur?

Dengan hujah-hujah di atas, seolah-olah pada tahun 1999 Nik Aziz nampak para malaikat turun ke bumi, dan pada tahun 2004 Nik Aziz nampak hantu pula sebagai pengundi. Tidak logik langsung.



Nik Aziz ialah manusia biasa. Nik Aziz bukan manusia istimewa. Nik Aziz bukan manusia ajaib. Nik Aziz bukan antara 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga oleh baginda. Nik Aziz ialah Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 (22 tahun lalu).

Nik Aziz juga seperti manusia lain, Nik Aziz juga terikat kepada ibadat kepada Allah SWT, Nik Aziz juga tertakluk kepada syurga dan neraka.

Namun, Nik Aziz sentiasa bercakap besar seolah-olah dia adalah manusia paling hampir dengan Allah SWT.


Saya masih ingat, menjelang PRU pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 penceramah Pas menggunakan strategi yang sama iaitu mana-mana calon yang diputuskan oleh parti merupakan calon terbaik kerana Nik Aziz mendapat petunjuk setelah bermunajab kepada Allah SWT.


Penyokong tidak boleh menolak mana-mana calon yang diputuskan oleh parti kerana ia telah diputuskan terlebih dahulu oleh Mursyidul Am Pas setelah diperkenankan oleh Allah SWT kata penceramah Pas dengan sombong..

5 comments:

  • Xpas says:
    February 7, 2013 at 8:46:00 PM GMT+8

    'mrk mengambil org org alim mrk dan rahib rahib mrk sbg tuhan tuhan selain Allah swt,...' At Taubah 31.
    sila baca tafsiran ayat ini dlm kitab kitab tafsir !

  • Anonymous says:
    February 7, 2013 at 9:19:00 PM GMT+8

    ore kelate keno berani buang nik aziz ke parit.

  • Anonymous says:
    February 7, 2013 at 9:34:00 PM GMT+8

    Kerajaan harus sedar bahawa ideologi nik Aziz telah bertapak sekian lama terutamanya di Kelantan.Sejak dari kecil lagi penduduk kelantan diasuh dengan ideologi beliau melalui ceramah beliau,ibu bapa yang terpengaruh dan sekolah-sekolah pondok.justeru kehidupan masyarakat kelantan sentiasa dalam liputan ideologi beliau iaitu Islam cara beliau.Sebab itu sukar bagi mereka untuk menolaknya walaupun mereka berada di tempat lain seperti melanjut pelajaran dan bekerja.Ke mana sahaja mereka berada,mereka sentiasa berkumpul di klangan mereka sehingga mereka memulaukan orang lain yang bukan dari Kelantan.Jadi,kita masyarakat d luar Kelantan perlu sedar dan tidak terpengaruh dengan corak pemikiran sebegini agar kita dapat mengekalkan pemikiran terbuka.

  • Anonymous says:
    February 8, 2013 at 10:35:00 AM GMT+8

    Rasulullah SAW berjaya mengembangkan syiar Islam hanya dalam masa 23 tahun dalam keadaan serba serbi susah. Rasulullah menunggang unta sebagai kenderaan ketika baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah. Rintangan, kepayahan dan berbagai cabaran baginda SAW lalui. Akhirnya Allah SWT menurunkan Wahyu terakhir yang bermaksud 'Hari Ini Aku Sempurnakan Islam sebagai Agama Mu'.

    Nik Aziz pula telah memerintah Kelantan selama kira2 23 tahun juga dalam keadaan yang amat 'mewah'. Kesana sini menaiki kereta mewah. Kesana sini menaiki kapal terbang. Kesana kesini mendapat layanan istimewa. Masuk Hospital mendapat layanan kelas pertama.

    Apa yang Nik Aziz lakukan untuk Kelantan dan rakyatnya? Tanah2 yang telah diusahakan oleh rakyat Kelantan 'dirampas' dan diberi kepada orang luar Kelantan. Bekalan air bersih gagal diberi kepada rakyat Kelantan. Infrastruktur diabaikan. Rakyat Kelantan terpaksa menjadi penghijrah ekonomi kerana 'susah cari makan' di Kelantan. Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz mengeluarkan berbagai 'fatwa' karut untuk memperbodohkan rakyat Kelantan khasnya ahli2 totok Pas.

    Apa pun mutaakhir ini sudah banyak tanda2 penolakan rakyat Kelantan keatas Nik Aziz sendiri khsnya dan Pas amnya. Pun begitu pada usia lanjut dan dengan kudrat yang semakin lemah Nik Aziz masih 'berselera' untuk terus berkuasa sedangkan beliau GAGAL total melaksanakan tanggung jawab selama lebih 22 tahun memerintah Kelantan.

    Soalnya adakah rakyat Kelantan masih lagi hidup penuh mimpi untuk 'kesyurga' yang dijanjikan oleh Nik Aziz? Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    February 10, 2013 at 12:00:00 AM GMT+8

    org kelantan(tidak semua) mudah diperbodohkan oleh munafik yg bertopengkan ulamak sprti nik aziz atau mudah dipesongkan oleh nik aziz a.k.a setan tua kutuk laknatullah yg direjam.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)