Tuesday, February 5, 2013

Betul ke ada Ketua UMNO mahu Mahfuz menang?


Kita semua tahu Mahfuz Omar bukan cerdik orangnya. Dia bukan sekolah pun. Kerja hanya buruh di lapangan terbang. Kalau dia bercakap, selalunya merepek. Cabar mencabar macam budak-budak main gasing.

Satu-satu orang yang paling tak layak dalam PAS untuk pegang sebarang jawatan terutama jawatan-jawatan tinggi. Apa lagi untuk jadi wakil rakyat dan berbahas di Parlimen.

Satu perkara yang memalukan ummat Islam dan bangsa Melayu untuk seorang seperti Mahfuz menjadi pemimpin. Dia tak menyumbang dan tidak ada daya untuk menyumbang samada kepimpinan atau idea atau peupayaan mentadbir atau mengurus.


Yang peliknya desas desus berkata Mahdufz Omar akan menang senang di Pokok Sena. Dah dia bukan orang hebat maknanya ini hanya taktik atau strategi kempen. Sori brader ... itu pun bukan.

Undi PAS yang taksub tu dah tentu dia punya. Dengan imejnya PAS yang teruk dan Mahfuz pula menjilat jubotr Anwar Ibrahim, lagi patutnya dia kalah.

Khabar berkata ada Ketua dalam UMNO yang akan memastikan Mahfuz menang. Macam mana kita tak tahu. Tapi kita boleh menganggap. Mungkin bukan dia suruh orang UMNO di Bahagian mengundi Mahfuz. Matilah dia akan dikerjakan kelak.

Mungkin dia akan sabotak jentera. Duit kempen tak sampai. Bilek gerakan dia lambat-lambatkan. Sini dia tahan, Situ dia tahan. Duit minyak nak angkut orang dia tak beri.

Dari dalam dia buat orang marah.

Tujuannya mungkin adalah supaya Mahfuz jadi wakil rakyat dan dia ada can jaga peruntukan BN untuk kawasan sebagai penyelenggara. Maka masyikkkklah kantung haraminya.


Itu satu ... kami ada dengar seorang ketua bahagian terlalu senyap hingga tak dengar apa-apa darinya. Semua tahu bahawa salah seorang ahli keluarganya dah cabut ke PKR dan ramai menjangka dia akan tanding balik kawasan lamanya.

Sebelum ini, dia ke PKR kerana tak dapat jadi Pengerusi sebuah GLC. .

Kesunyian ketua Bahagian ini juga mengerikan kerana kalau benar abangnya bertanding di situ, dimana sumpah setianya? Parti atau abang? Kerana abang, dia naik dalam parti. Kerana abang juga, dia seorang usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.

Dulu Ketua Bahagian ini yang bertanding di tempat itu tapi kalah. Adakah dia akan bertanding lagi? Adakah dia beri lalauan kepada orang lain tapi .... tak sanggup kami nak sebut.

Harap-harap Ketua tersebut boleh ketepikan hal keluarga dan pentingkan bangsa, agama dan negara. Memenangkan abangnya satu hal tapi yang berkuasa kelak adalah DAP dan kumpulan sesat jalan dalam PKR.

Akhirnya siapa yang tergadai kalau tak bangsa ummah dan rakyat.

Carik-carik bulu ayam. lama-lama bercantum juga. Setakat gaduh atau saing politik, ini semua hal kecil. Pasti keluarga yang educated dan matang tak bercerai berai hanya kerana politik.

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (254)