Thursday, February 28, 2013

Bala kebas duit RM50 ribu untuk Altantunya?

PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.

Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.

5 comments:

  • Anonymous says:
    February 28, 2013 at 9:57:00 AM GMT+8

    Barua ni dulu lari ke luar negara atas tajaan anwar dan dikehendaki polis untuk menyiasat tentang akuan bersumpah.sekarang dia dah masuk malaysia tangkaplah dan siasat semua.apa lah ni.benda-benda macam ni akan terus berlaku kerana tiada tindakan tegas.

  • Anonymous says:
    February 28, 2013 at 11:57:00 AM GMT+8

    Ni macha takleh percaya.. ckp serupa abg non aljub.. pusing bykkkk..

  • Anonymous says:
    February 28, 2013 at 3:00:00 PM GMT+8

    DULU BALA LARI KE INDIA KERANA TAKUT DITANGKAP DAN DISIASAT BUKAN? ADAKAH SEKARANG TEMPOH TANGKAPAN DAN PENYIASATAN TERHADAPNYA TELAH SELESAI OLEH PDRM? JADI BAGAIMANA BALA BOLEH BALIK KE MALAYSIA DENGAN BEBAS? ADAKAH PINTU MASUK MALAYSIA DIJAGA OLEH PKR? SAYA SENDIRI KURANG FAHAM APA YANG DILAKUKAN OLEH KDN, BENAR-BENAR MENUNJUKKAN TIDAK ADA MARUAH LANGSUNG, DULU KAWAN TU TERPAKSA LARI SELAMA 2 TAHUN DI INDIA DAN TERPIJAK TAHI DITENGAH2 BANDAR DI INDIA SELAMA 2 TAHUN, TAPI SETELAH BERSUSAH PAYAH, AKHIRNYA BELIAU BOLEH BALIK DENGAN SELAMAT KERANA TELAH DIBERILAMPU HIJAU OLEH ALJUBORI, JADI SIAPA YANG MEMERINTAH MALAYSIA SEBENARNYA? JADI SIA-SIALAH BALA LARI DAN MENDERTA MAKAN CAPATI INDIA SELAMA 2 TAHUN, TAPI SEBENARNYA TIDAK PERLU LARI, KERANA PDRM TIDAK AKAN TANGKAP DIA. KALAU NAK TANGKAP DI KLIA LAGI SEMASA KETIBAANNYA. HAL INI PERLU DIJAWAB OLEH MENTERI KDN TAK BERPOLIO.

  • amran says:
    February 28, 2013 at 4:04:00 PM GMT+8

    Bile aku tgk kes altantuya ni. Banyak persoalan yang tak terjawab. 2 anggota polis bersalah bunuh altantuya. Antara persoalan yang belum dirungkai :

    1) Ape motif 2 anggota polis tu bunuh altantuya. Setiap pembunuhan ade motif seperti dendam dan sebagainyer. Tak kan 2 polis tu membunuh secare suka2. Lagi pelik, mahkamah pun tak siasat ape motif pembunuhan.

    2) 2 polis tu tak kenal pun siapa altantuya sebelum ni. Jelas mereka tak de motif nk membunuh. Siapa yang arahkan mereka bunuh altantuya??? SIAPA??????

    3) Lepas altantuya dibunuh. Diletupkan pulak dgn bahan letupan C4 . Dari mane die dapat C4 tu? dari simpanan tentera ke? Macam mane 2 polis tu boleh dapat akses bahan letupan tersebut?

    4) 2 polis tu tak kan membunuh kecuali mendapat arahan dari seseorang yg sangat berkuasa. Siapa orang tersebut. Yang pasti bukan Razak Baginda yg arahkan. Die tak de kuasa untuk arahkan polis membunuh. Semestinyer orang yg berpangkat dan sngt berkuasa yg arahkan altantuya dibunuh,

    Tolong la berfikir secare waras selama 5 minit . dan pikir bersoalan2 yang aku kemukakan diatas. Sampai sekarang tak terjawab. Kes ni begitu misteri.



  • Anonymous says:
    February 28, 2013 at 5:14:00 PM GMT+8

    MENTERI KDN NAK KENA BANGUN, PERGI BASUH MUKA ATAU LAP BADAN.ELOKNYA MANDI SEKALI.

    KALU DULU ZAMAN TAN SRI GHAZALI JADI MENTERI KDN, AKU RASA SI BALA NI PASTI DAH TERIMA BALA. AMAN NEGARA.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)