Monday, February 18, 2013

Anwar guna pengawal peribadi Filipina terlatih Amerika


Petikan dari Sel13.com berikut:

... pengawal-pengawal peribadi upahan Anwar Ibrahim yang didatangkan khas dari Filipina serta mempunyai pelbagai kemahiran tinggi terutama dalam bidang perisikan, ketenteraan dan persenjataan, wujud semula tanda tanya apa kaitan antara pegawai-pegawai tinggi ATM itu dengan pengawal-pengawal peribadi Anwar Ibrahim?
Keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang didatangkan dari Filipina itu telah pun dikenalpasti.

spyanwar9 

1. Daniel Cruz

Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) dan lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila.

Dia merupakan warganegara Filipina pertama yang menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.

Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.

Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.

Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association.

Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI)

spyanwar8 
2. Noel Del Rosario

Noel telah berkhidmat dengan Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT). Dia telah menghadiri banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.

Dia pernah memenangi kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).

spyanwar5 
3. Alfred Sese

spyanwar7 
4. Bong Oteyza

Dengan keempat-empat pengawal peribadi Anwar Ibrahim dan keempat-empat pula bekas pegawai tinggi ATM berada setempat, adakah Anwar Ibrahim sedang memberi isyarat kepada pegawai-pegawai ATM yang lain terutama yang memang mempunyai ‘kes’ agar bekerjasama dengannya kalau mahu selamat?

Baca sepnuhnya SINI

4 comments:

  • Pisau Kedah says:
    February 18, 2013 at 7:40:00 PM GMT+8

    Mohon pautkan blog Pisau Kedah yang terbaru pisaukedah.blogspot.com setelah blog lama Pisau Kedah unitmediakedah ( Media Kedah ) digodam pihak yang tidak bertanggungjawap . Blog anda telah di pautkan ke dalam blog baru Pisau Kedah

  • Anonymous says:
    February 18, 2013 at 8:47:00 PM GMT+8

    Ada kebenaran ke bekerja di Malaysia?

  • Anonymous says:
    February 19, 2013 at 9:40:00 AM GMT+8

    Orang yang mempunyai kemahiran tinggi tentulah mendapat upah yang tinggi. Berapa Anwar Ibrahim membayar setiap dari mereka? Dari mana Anwar Ibrahim mendapat dana untuk membiyai keempat2 pengawal peribadi tersebut?

    Adakah Anwar Ibrahim telah mendapatkan work permit kepada setiap pengawal perobadi warga asing tersebut? Adakah Anwar Ibrahim sudah hilang kepercayaan atau takut untuk mengambil pegawal2 peribadi dari kalangan rakyat Malaysia sendiri?

    Terlalu banyak persoalan lagi yang perlu dijawab jika benar bahawa Anwar Ibrahim mengupah warga asing untuk menjadi pengawal peribadinya. Wallahualam.

    mtk

  • TAWAU GONDRONG says:
    February 20, 2013 at 1:01:00 AM GMT+8

    Banyak duit? Mesti duit kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor punya.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)