Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Tuesday, January 29, 2013

Zaki Zahid, pakar lelong jual KFC yang baik cashflow dan untung


Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan.

Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion. 

Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita. Orang awam terutamanya orang Melayu tertanya-tanya apa yang terjadi kepada KFCH. Apakah inisiatif penjualan ini telah dihentikan atau dijalankan di belakang tabir. 

Menurut blog Sanggah Tok janggut, usaha-usaha ini terus berjalan sekarang. Jika ini benar ia merupakan satu keadaan yang sangat mendukacitakan. Lebih mengelirukan mengapa YAB Dato’ selaku penjaga ekuti Johor Corp membenarkan kegiatan seperti ini berlaku. Majoriti ahli UMNO, majoriti orang Melayu dan majoriti orang Islam tidak akan rela dengan keputusan menjual kepentingan majoriti KFCH ini kepada syarikat bukan Islam. 

Jika suatu ketika dahulu Johor Corp sanggup bersepak terajang dengan usahawan Melayu lain untuk mengambil alih Kulim Berhad atas alasan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam industri makanan halal. Sekarang apa yang terjadi? 

Banyak lagi aset lain Johor Corp yang boleh dicairkan atau dijual bagi membayar hutang berjumlah RM 6 billion itu mengapa KFCH menjadi pilihan. 

Sebenarnya kedudukan KFCH sangat kompleks kerana ia tidak dimiliki secara langsung oleh Johor Corp. Ia dimiliki melalui Kulim Berhad. Dilaporkan JCorp hanya memiliki 53% saham Kulim. kulim pula memiliki 57.5% saham QSR. QSR pula memiliki 50.6% saham KFCH. 

Bayangkan betapa kompleksnya pemilikan saham KFC dan tidak mungkin JCorp boleh mendapat kesemua wang penjualan KFC ini untuk membantunya melunaskan hutang. Jumlah yang akan sampai kepada JCorp mungkin tidak sampai separuh pun daripada harga jualan. 

Bagaimanapun perkembangan terbaru menyaksikan JCorp bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebuah syarikat pelaburan Asing berjaya mengambil alih KFCH. Dengan kata lain proses penjualan kini menjadi lebih mudah dengan hanya tiga pihak perlu membahagikan keuntungan. 

Baca seterusynya di SINI

2 comments:

  • Anonymous says:
    January 29, 2013 at 2:33:00 PM GMT+8

    seorang lagi Mamak yang menjadi pengkhianat orang Melayu

  • Anonymous says:
    January 29, 2013 at 2:46:00 PM GMT+8

    Silap JCorp dari awal..asal nak kembangkan bisnes,amik hutang berbilion bilion...ada sepatut boleh bayar secara tunai,sanggup berhutang lagi,akibatnya untung naik,hutang pun naik..sudah tentu KFCH sumber cash-flow yang paling besar,kenapa mesti dijual?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)