Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, January 16, 2013

Satu kemaluan besar bagi PAS untuk flip flop


Selepas tertekan dengan isu kalimah Allah , PAS akhirnya akur dengan keputusan  Majlis Syura Ulama .

Ramai yang hairan  sebelum ini  bagaimana Hadi selaku Presiden boleh setuju kalimah Allah digunakan penganut agama lain sebelum dipersetujui Majlis Syura PAS.  Mat Sabu pun terpaksa tukar pendirian yang pasti mengecewakan adik kesayangannya Guan Eng yang menjadi dalang tercetusnya isu ini .



- Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA


Kalau begitu Mat Sabu boleh lah flip flop dari tak mengaku khalwat kepada ngaku berzina sampai tak cuci muka dengan Normah.

Elok juga kita tunggu bila puak-puak parasit lain macam Dr Zulkifli, Khalid Samad, Dr Rani, Mujahid Yusof Rawa, Nik Abduh, dll nak flip flop juga ....

Satu kemaluan besar pada PAS,  

5 comments:

  • Tukang Karut says:
    January 16, 2013 at 7:01:00 PM GMT+8

    BUKANNYA BOLEH PERCAYA SANGAT PUN PEMIMPIN2 PAS ni, semua BERFIKIRAN MCM BEBUDAK KAKI REMPIT MOTOSIKAL. Sekejap kona sana, sekejap kona sini. Menentang arus pun dorang rentap. Bgitu jugak pemimpin PAS. Dah jadi trademark mereka.

    Hari ni cakap begini, besok cakap lain pulak. Lusa ulang balik apa mula2 cakap. Dari pemimpin tertinggi sampailah yg berkedudukan 'kote' kecik.

    Aku takkan percaya lagi pada PAS, aku pun bukannya penyokong PAS pun.

    SATU UNDI AKU UTK UMNO/BN. Dan beberapa undi lagi dari keluarga aku utk UMNO/BN. PASTI ...

  • Jijan Mali says:
    January 16, 2013 at 7:09:00 PM GMT+8

    Geng-geng ni mana ada kemaluan dalam diri meeka. Nafsu besaq sangat. Itu sebab bini member pun depa gasak. LAst-last ingat kan bolehlah gasak hak Allah SWT, haaaa.. tu dia. Besaq bala' yang mendatang. Allah bagi cash dan-dan tu jugak. Ini baru sikit....hang tunggu lah tengok depa waktu sakratul maut nanti. Jangan sampai bau bangkai udahlah. Kesian kat orang yang nak buat mandi mayat tu. Nak lari tak boleh...fardu kifayah tu....

    Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan
    satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak
    dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang bersekongkol bawah PR dlm PRU13 nanti.....

  • Anonymous says:
    January 16, 2013 at 7:32:00 PM GMT+8

    doa KO BN, mengkafirkan sesama islam, bekerja sama ngan kafir harbi...semua tu ALLAH balikkan semuanya pada PAS...hambik ko!!!

  • warisan tmk says:
    January 16, 2013 at 7:45:00 PM GMT+8

    Dari episod yang amat memalukan PAS ini, umat Islam di Malaysia telah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri, bahawa UMNO dan NGO-NGO Pro-UMNO, dan blogger-blogger pro-UMNO, yang telah tidak berganjak walau seinci pun di dalam mempertahankan KESUCIAN ISLAM.

    PAS ternyata telah HILANG PEDUMAN.Angan-angan MAT JENIN mereka untuk menggantikan UMNO sebagai parti mewakili umat Melayu/Islam 'jauh panggang dari api'. Mereka terbabas di LEBUHRAYA PAS, di dalam suatu pengembaraan tanpa tujuan.

  • Anonymous says:
    January 17, 2013 at 10:43:00 AM GMT+8

    Dizaman Rasulullah SAW masih hidup pun sudah ada yang mengaku sebagai nabi. Musailamah Al-Kazzab mengaku bahawa dirinya adalah nabi dan memurtadkan ramai pengikut2nya. Musailamah al-Kazzab akhirnya mati dalam satu peperangan selepas kewafatan Rasulullah SAW. Musailamah lebih dikenali sebagai NABI PALSU.

    Hari ini muncul golongan ulamak yang terlalu ghairah mengeluarkan 'FATWA' songsang untuk mengeliru dan menyongsangkan aqidah pengiku2nya. Hadi Awang adalah salah seorang diantara mereka melalui 'Amanat Hadi Awang'. Hadi Awang lebih sesuai untuk dilabelkan sebagai ULAMAK PALSU.

    Kalau Ulamak merupakan pewaris nabi maka ULAMAK PALSU pula adalah pewaris kepada NABI PALSU. Ulamak2 palsu ini sebenarnya amat mudah dikenali dengan perbuatan dan percakapan mereka. Justeru jangan mudah keliru antara Ulamak dan ulamak palsu. Wallahualam.

    mtk

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)