Monday, January 21, 2013

Rambutan hadiah harijadi Azizan untuk Tuanku?


Sempena menyambut keputeraan DYMM Tuanku Sultan Kedah, memanglah satu adat untuk Menteri Besar mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia rakyat kepada Tuanku.

Dalam ucapan tersebut, MB seringkali akan mengaskinikan Tuanku akan usaha pihak kerajaan dan rancangan pembangunan untuk negeri dalam Majlis.

Dalam ucapan Menteri Besar Kedah Dato' Azizan Abdul Razak, beliau telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan PAS akan melaksanakan projek tanaman rambutan secara besar besaran.

Yang melucukan sekali adalah Azizan memberitahu Tuanku ada "banyak anasir anasir jahat menghalang perlaksanaan projek ini".

Siapa nak tahan orang nak tanam rambutan? Yang akan dipersoalkan bukan tanam rambutan tapi adakah tanam rambutan saja yang kerajaan negeri Tuanku Sultan terdaya fikir dan lakukan?

Takkan tahap kemampuan kepimpinan PAS yang mereka ngaku ijazah dan kelulusan mereka sebagai lebih hebat sebagai idea untuk membangunkan Kedah dan membawa rakyatnya kehadapan.

Nampaknya mereka tiada visi langsung untuk membawa Kedah kedalam arus pembangunan dan kemajuan.

Jika demikian, negeri lain akan maju selari dengan transformasi yang dilakukan di bawah  Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Dato Najib tapi Kedah hanya tanam rambutan.

Bagi rakyat, Azizan hanya berikan rambutan yang berbuah setahun sekali.

Azizan rembat konsesi balak yang diusahakan oleh taukeh Cina. Taukeh ini mengaut keuntungan berlipat ganda. Azizan dan kroni hanya dapat sup tulang. Rakyat dan Negeri tak dapat apa-apa manafaat pun.

8 comments:

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 10:17:00 AM GMT+8

    tanam rambutan? kat kampung aku, buah rambutan dah tak laku bila sampai tengah musim.. murah sangat... ramai orang tebang pokok rambutan sebab hasil tahunannya tak berbaloi. hanya simpan sepokok dua untuk makan sendiri sahaja..

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 10:37:00 AM GMT+8

    hahahaha... nak kata apa xtau kat ustad nie...Tanam buah moktan?????? Sapa la insan y dok goreng ustad ni smpai hangit...kesian kat dia

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 10:45:00 AM GMT+8

    Baik dia tanam epal dr moktan... hehe .. citarasa international la skit...

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 11:04:00 AM GMT+8

    TAHNIAH AZIZAN..
    kesian plak kawan2 aku kat kedah..

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 11:14:00 AM GMT+8

    Moktan dalam tin kot....dolu dah buat tapi tak laku...jem moktan kot...dah eksport dolu pun tak laku!....tanam balak laaa tok jan baru laku!!!!

  • komandomelayu says:
    January 21, 2013 at 11:33:00 AM GMT+8

    hangpa semua salah!!

    dia tanam moktan nak ambik bulu!!!

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 11:43:00 AM GMT+8

    wakakakaka..buah mottan sekilo 3 kupang...hadoy rasa mcm bodoh je aku jadi org kedah.

  • Anonymous says:
    January 21, 2013 at 5:03:00 PM GMT+8

    Bru hang tau.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)