Wednesday, January 23, 2013

Ramalan BN pertahan Sabah dan Sarawak




Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) dijangka mempertahankan Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Selain itu, PAS pula dilihat tidak mampu untuk melebarkan penguasaannya di dua negeri terbabit, manakala calon PKR gagal menarik sokongan rakyat.

Populariti PM meningkat

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata berdasarkan kepada hasil kajian pihaknya di tujuh kawasan di Sarawak, sokongan rakyat kepada BN tidak berubah. Malah, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga semakin meningkat.

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di tujuh kawasan, 75.4 peratus memilih BN menang di Sarawak, manakala 21.3 peratus yakin pakatan pembangkang akan menang,” katanya pada Wacana Pra PRU-13 yang bertajuk ‘Sabah dan Sarawak, Siapa jadi pilihan?’, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini, semalam.

Peranan penting pengundi

Program anjuran bersama akhbar BH itu turut dihadiri Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Jayum Jawan selaku ahli panel dan Pengarang Berita BH, Kadir Dikoh bertindak sebagai moderator.

Sementara itu Jayum berpendapat, keputusan dibuat pengundi di dua negeri terbabit memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kestabilan politik negara.

Katanya, pengundi Cina di negeri berkenaan perlu membuat keputusan bijak kerana jika sokongan diberikan kepada pakatan pembangkang ia berdepan dengan cabaran untuk menstabilkan politik negara.

7 comments:

  • Anonymous says:
    January 23, 2013 at 11:53:00 PM GMT+8

    Caya lah orang sabah dan serawak.Teruskan sokongan pada BN

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 2:33:00 AM GMT+8

    orang sarawak memang sangat patriotik. di rumah panjang pun ada jalur gemilang dan bendera sarawak. respek. :)

    DS Najib popular di pedalaman, dan hampir tiada saingan. Tapi di bandar, agak diragukan sebab saingan kuat. Cuma bila teringatkan keputusan pilihanraya batu sapi sabah, perasaansaya yang BN akan menang kuat.

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 5:20:00 AM GMT+8

    Aku nak cuba PKR, tapi pemimpinnya tidak ada integriti. Masih percaya dam yakin dgn keserderhanaan BN.

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 8:14:00 AM GMT+8

    Shaking in Their Boots those who support BN!!

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 9:41:00 AM GMT+8

    Hadi Awang pernah membuat kenyataan berbau penghinaan kepada rakyat Sarawak. Hadi Awang kata orang2 Sarawak masih bercawat. Ternyata Hadi Awang dan PAS terpaksa membayar 'harga' tinggi diatas 'penghinaan' Hadi Awang apabila rakyat Sarawak pada amnya menolak PAS. Hadi Awang patut belajar dari peribahasa Melayu seperti : 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Hari ini siapa yang menaggung akibatnya? Kelantan sendiri yang diperintah PAS lebih dari 22 tahun pun tidak mustahil tumbang dalam PRU13 kelak.

    mtk

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 10:52:00 AM GMT+8

    Anon 8:14 am

    We make shake in our boots but you guys are shaking your own pricks!

  • Anonymous says:
    January 24, 2013 at 10:54:00 AM GMT+8

    Shitting and pissing in their pants those who support Penipu Rakyat.

    PKR and PAS ass being played by DAP.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)