Greetings

Friday, January 25, 2013

Rakyat ke Istana Feb 2hb bawa isu ladang rakyat


Sebagaimana yang dirancang dan kami hebahkan tadi di SINI, satu demonstrasi telah diadakan tadi pukul 3 petang di Serian Batu 11, Gua Musang.

Seramai 150 orang telah turut sama mendesak mendesak kerajaan negeri dan MB Kelantan menyelesaikan masalah tanah penduduk serian yang dikatakan telah kehilangan tanah akibat diceroboh oleh syarikat TLC yang diberi hak untuk mengusahakan tanah oleh kerajaan negeri. Tanah yang dituntut oleh penduduk Serian untuk dipulangkan hak kepada mereka berjumlah 400 ekar.


Demonstrasi diketuai oleh Muhammad Rofi b Ismail, ahli mesyuarat MPLB (Majlis Pembangunan Luar Bandar) yang merupakan penggerak utama penduduk Serian berhubung isu tanah ini.


Demonstrasi mendpaat liputan media RTM, Astro Awani dan TV3.



Seramai 10 orang wakil penduduk telah memberi kenyataan kepada media untuk menuntut penjelasan dan tindakan dari kerajaan negeri memperbetulkan kembali hal ini dan membela hak rakyat.


Hak rakyat dirampas untuk hasil besar dinikmati oleh kontraktor Cina dari luar kelantan dan sedikit keuntungan disalurkan kepada ahli-ahli PAS Perompak. Mereka yang menikmati hasil diberi sijil sah hak meroampak

MTRK (Majlis Tindakan Rakyat Kelantan) menggesa pemilik tanah menyediakan dokumen secukupnya untuk berarak ke Istana pada 2/2/2013 ini untuk menghantar memorundum kepada Sultan Kelantan untuk menyelesai masalah ini.


0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)