Sunday, January 13, 2013

Post Himpunan 121: Enough of being enslaved by manipulators


2 comments:

  • Anonymous says:
    January 13, 2013 at 11:00:00 PM GMT+8

    Aku nak berikan pendapat aku la....aku cintakan negara aku Malaysia dan Jalur Gemilang kita walaupun aku ni bukan nye penyokong UMNO/BN. Aku juga cintakan ilmu dunia mahupun ilmu akhirat dan pengikut tegar penceramah2 sepertiUs Azhar Idrus, Us Ismail Kamus, Harun dan Hassan Din dan kebanyakan ustaz2 dari PAS walaupun aku juga bukan penyokong PAS. Aku juga ramai sahabat2 dari Parti PAS dan selalu bersembang secara ilmiah dengan Allahyarham Us Fadzil Nor, Us Hadi Awang, Us Nassaruddin, Us Ismail Kamus (kawan baik orang tua aku) dan sebagainye dimarkas PAS di Taman Melewar dan di rumah2 mereka in secara private. Pernah juga aku bertanyakan kepada mereka2 ini yang sangat2 aku hormati dari segi ilmu mengenai percaturan politik dan hala tuju yang hendak di bawa oleh Parti Pas ini dan jawapan yang aku dapat dari majlis2 ini selalu nye bercanggah. Soalan yg sering aku tanya adalah seperti berikut.
    1. Umum mengetahui bahawa kerajaan BN skarang ini mengamalkan rasuah dan sebagainye tetapi apakah jaminan yangt dapat di buat oleh Pakatan Rakyat bahawa amalan rasuah ini tidak berlaku didalam pemerintahan mereka dan kita mengetahui bahawa PAS hanyalah satu pertiga daripada pemerintahan total Pakatan Rakyat. Pada pendapat aku Parti PKR sudah tidak relevan dan Parti DAP ini hanyalah sebuah parti yg selalu menangguk di air yang keruh di atas perpecahan kaum dan ugama di Malaysia ini.
    2. Apakah jaminan Kerajaan Pakatan Rakyat kepada ketelusan proses pemilihan/undi dimasa akan datang. Adakah mereka tidak mengamalkan 'undi hantu' untuk terus berkuasa dan relevan untuk memerintah Malaysia?
    3. Betul kah nanti akan ada seorang perdana menteri dan tiga timbalan perdana menteri i.e. satu daripada PKR/DAP dan satu mewakili samada Sabah atau Sarawak. Adakah kemungkinan bahawa Kementerian2 dan GLC2 yang berpotfolio tinggi seperti kewangan, perdagangan, dalam negeri, KWSP, PNB, PETRONAS etc. akan dipegang oleh DAP/PKR dan apakah kementerian yang akan di pegang oleh PAS?
    4. Adakah kemungkinan nanti kaum LGBT akan di halalkan oleh Pakatan Rakyat atas desakan DAP dan PKR?
    5. Kenapakah orang yang menyokong Umno/BN di label kafir sedangkan orang yang mengundi PAS tidak walhal apabila kita mengundi PAS secara tak langsung 2/3 undi kita ini akan diberi kepada DAP/PKR -parti kafir.
    6. Apakah pendirian PAS dalam memertabatkan ekonomi orang melayu dan agama islam? Adakah kita akan merelakan nanti didalam kitab bible akan tertulis 'In the name of Allah, Son of Allah and The Holy Spirits'? Astaghfirullah hal'azim.
    7. Adakah amalan berdemonstrasi ini akan menjadi amalan biasa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan NGO2 pro Pakatan nanti? Aku tengok ahli parlimen/adun pembangkang dikala ini lebih mementingkan dan menghabiskan terlalu banyak masa untuk merancang demonstrasi daripada memenuhi keperluan kawasan atau konstituensi parlimen serta dun mereka sendiri. Sumpah seranah yang di laungkan semasa demonstrasi adakah islamic dan bertamadun. Ini telah mencerminkan tahap mentaliti penyokong serta pemimpin demonstrasi itu sendiri.
    Diatas adalah sebahagian soalan2 fundamental yang sering aku utarakan apabila menghadiri majlis2 bersama tokoh2 ilmu diatas dan ingin aku tegaskan disini bahawa jawapan yang aku dapat didalam majlis2 ini selalunya tiada kesepakatan lebih2 lagi diantara ahli2 majlis yang tertinggi ini dengan ahli2 bawahan sendiri. Aku jadi konfius acapkali kerana masa depan negaraku malaysia dan anak cucu aku bergantung kepada penyelesaian kepada permasalahan di atas..Salam -adi imran-

  • Anak Raja Yunan says:
    January 14, 2013 at 2:51:00 AM GMT+8

    Adi-Imran...Buat apa hang dok tanya soalan2 yang tak mampu untuk dijawab dengan betul dan ikhlas oleh mereka ini..Hang sendiri pun bodoh macam kepala lutut seolah-olah terlalu bergantung kepada petua dan amanat mereka untuk hang menentukan pilihan masa depan hang dan anak cucu hang. Dalam diri hang dah tertanam kebencian kepada UMNO/BN, manakala kesedaran hang mengatakan bahawa PR adalah pembohong dan perosak negara hang kulum dan telan.

    Satu cara yang amat berkesan bagi hang untuk menemui ilham dan keyakinan dalam membuat keputusan, hang pergi sertai POLO atau MORO. Hang akan dapat rasakan perit dan pedihnya perjuangan,apabila amanat nenek moyang untuk hang sebagai cucu cicit menjaga Islam dan kalimat Allah. Sedangkan hang sedar bahawa tiada bumi Thai dan Filipina yang merelakan hang menegakkan semula Islam ini disitu...dan jiwa hang bergetar dengan ketakutan seandainya bumi itu menjadi kubur kepada amanah Allah tersebut.


    Bila kerajaan Islam Andalusia, Granada, Ottoman, Mogul India jatuh dan diganti oleh kerajaan kafir, sampai hari ini tiada tanda akan kembalinya kuasa Islam disitu, walaupun pemimpin datang dan pergi silih berganti. Adakah hang yakin sekiranya Negara Keramat ini dieksperimenkan kepada kafir untuk memerintah, Nik Aziz dan Hj Hadi atau 100 Nik Aziz dan 100 Hj Hadi akan mampu mengambil balik dengan mudah kekuasaan untuk Islam yang digadaikan itu?

    Jika hang teramat yakin dengan kekuasaan dan kebolehan Nik Aziz dan Hj Hadi untuk berbuat demikian, hang eloklah menyokong PAS sampai bila-bila. Jika hang yakin bahawa kedua-dua pemimpin ini adalah hanya manusia lemah dan perlukan perlindungan dan bimbingan Allah, maka hang perlu berdoa hanya kepada Allah supaya Islam selamat dan seterusnya kekal memerintah di negara ini.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)